{"id":15820,"date":"2026-09-23T04:41:29","date_gmt":"2026-09-23T04:41:29","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=15820"},"modified":"2026-09-23T04:41:29","modified_gmt":"2026-09-23T04:41:29","slug":"dua-pengarah-mandiri-ditahan-bantu-siasatan-amla","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/dua-pengarah-mandiri-ditahan-bantu-siasatan-amla\/","title":{"rendered":"Dua pengarah Mandiri ditahan bantu siasatan AMLA"},"content":{"rendered":"<p>Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan dua pengarah Mandiri Development Centre Sdn Bhd ditahan bagi membantu siasatan berkaitan penerimaan dana yang disyaki mempunyai kaitan dengan hasil daripada aktiviti haram.<\/p>\n<p>Ketua Polis Negara, Mohd Khalid Ismail berkata, kedua-dua individu berkenaan ditahan kira-kira jam 3.53 petang, Selasa di Pejabat Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.<\/p>\n<p>Menurutnya, kertas siasatan dibuka pada 10 September lalu di bawah Seksyen 4(1), Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613).<\/p>\n<p>\u201cSatu kertas siasatan berkaitan Mandiri Development Centre Sdn Bhd telah dibuka susulan satu laporan polis berdasarkan hasil semakan terhadap syarikat berkenaan.<\/p>\n<p>\u201cSemakan itu berkaitan penerimaan dana yang disyaki hasil daripada aktiviti haram bagi tempoh 2024 hingga 2026,\u201d katanya dalam kenyataan hari ini.<\/p>\n<p>Mohd Khalid berkata, siasatan akan dijalankan secara menyeluruh terhadap mana-mana pihak yang disyaki mempunyai kaitan dengan kes berkenaan.<\/p>\n<p>Katanya, penelitian turut merangkumi aspek penyimpanan, pemindahan dan penggunaan wang selain kemasukan atau pengeluaran dana yang disyaki mempunyai kaitan dengan hasil daripada aktiviti haram.<\/p>\n<p>\u201cPDRM akan meneruskan siasatan secara menyeluruh dengan berlandaskan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang disyaki mempunyai kaitan dengan kes ini,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau pada masa sama meminta orang ramai tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih berhubung siasatan yang masih berjalan.<\/p>\n<p>PDRM memberi jaminan siasatan akan dilaksanakan secara profesional, telus dan mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.<\/p>\n<p>Kes berkenaan sebelum ini mendapat perhatian susulan dakwaan berkaitan penyaluran dana kepada Mandiri Development Centre.<\/p>\n<p>Pada Mei lalu, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Kamil Abdul Munim dilaporkan menggesa pihak berkuasa menyiasat dakwaan penyaluran dana lebih RM1.5 juta daripada The Tides Foundation kepada Mandiri.<\/p>\n<p>Mandiri sebelum ini menafikan dakwaan berkenaan dan dilaporkan mengambil tindakan undang-undang terhadap Muhammad Kamil.<\/p>\n<p>Siasatan polis kini tertumpu kepada aliran dana dan urus niaga berkaitan bagi menentukan sama ada terdapat elemen kesalahan di bawah Akta 613.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan dua pengarah Mandiri Development Centre Sdn Bhd ditahan bagi membantu siasatan berkaitan penerimaan dana yang disyaki mempunyai kaitan dengan hasil daripada aktiviti haram. Ketua Polis Negara, Mohd Khalid Ismail berkata, kedua-dua individu berkenaan ditahan kira-kira jam 3.53 petang, Selasa di Pejabat Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram, Jalan Tun Razak, Kuala [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":997,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[2955,1470,5045,627,237,23],"authors":[],"class_list":["post-15820","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-amla","tag-ketua-polis-negara","tag-mandiri-development-centre-sdn-bhd","tag-mohd-khalid-ismail","tag-ngo","tag-siasatan"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15820","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=15820"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15820\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15821,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15820\/revisions\/15821"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/997"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=15820"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=15820"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=15820"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=15820"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}