{"id":15828,"date":"2026-09-23T08:19:49","date_gmt":"2026-09-23T08:19:49","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=15828"},"modified":"2026-09-23T08:19:49","modified_gmt":"2026-09-23T08:19:49","slug":"anwar-minta-loke-fikir-semula-keputusan-letak-jawatan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/anwar-minta-loke-fikir-semula-keputusan-letak-jawatan\/","title":{"rendered":"Anwar minta Loke fikir semula keputusan letak jawatan"},"content":{"rendered":"<p>Perdana Menteri Anwar Ibrahim meminta Loke Siew Fook mempertimbangkan semula hasrat untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan susulan keputusan pengampunan bersyarat terhadap Najib Razak.<\/p>\n<p>Anwar berkata, Loke tidak wajar dipersalahkan berhubung keputusan Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan kerana perkara itu bukan diputuskan oleh beliau.<\/p>\n<p>\u201cKenapa Loke? Patut semua DAP keluar. Itu cadangan siapa? Kenapa dia nak keluar? Dia tidak ada salah.<\/p>\n<p>\u201cBukan dia cadangkan (keputusan pengampunan), malah dia cuba sedaya upaya menolak,\u201d katanya seperti dilaporkan Harian Metro.<\/p>\n<p>Anwar berkata demikian ketika ditemui media dalam perjalanan menaiki kereta api laju dari Shanghai ke Hangzhou, China.<\/p>\n<p>Menurutnya, rundingan lanjut bersama Loke akan diadakan dalam masa terdekat bagi mendengar penjelasan rasmi selain memintanya mempertimbangkan semula keputusan berkenaan.<\/p>\n<p>Anwar turut berkata, beliau menghormati pendirian Loke dan DAP yang konsisten menentang kleptokrasi serta rasuah, namun perkara itu menyebabkan parti berkenaan berdepan situasi sukar susulan keputusan Lembaga Pengampunan.<\/p>\n<p>\u201cSaya bagi ruang dan tidak mahu terburu-buru kerana hormat keputusan beliau,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Pada masa sama, Anwar menegaskan DAP tidak seharusnya tunduk kepada tekanan politik yang boleh menjejaskan kestabilan kerajaan perpaduan.<\/p>\n<p>Minggu lalu, Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan dilaporkan memutuskan Najib dibenarkan menjalani baki hukuman penjara secara tahanan dalam rumah, tertakluk kepada syarat ditetapkan.<\/p>\n<p>Anwar berkata, pandangan serta isu berkaitan perkara itu turut disampaikan kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, termasuk pendirian Peguam Negara Mohd Dusuki Mokhtar dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, beliau mengingatkan kuasa eksekutif mempunyai batas di bawah Perlembagaan Persekutuan dan keputusan pengampunan berada dalam bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong.<\/p>\n<p>Beliau turut menolak dakwaan berlaku kompromi atau pakatan rahsia antara dirinya dengan kepemimpinan UMNO berhubung isu pengampunan berkenaan.<\/p>\n<p>Menurut Anwar, keutamaan kerajaan ketika ini ialah memastikan pentadbiran negara terus stabil, hubungan dengan institusi raja-raja Melayu dipelihara serta agenda pertumbuhan ekonomi diteruskan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Perdana Menteri Anwar Ibrahim meminta Loke Siew Fook mempertimbangkan semula hasrat untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan susulan keputusan pengampunan bersyarat terhadap Najib Razak. Anwar berkata, Loke tidak wajar dipersalahkan berhubung keputusan Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan kerana perkara itu bukan diputuskan oleh beliau. \u201cKenapa Loke? Patut semua DAP keluar. Itu cadangan siapa? Kenapa dia nak [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":2740,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[508,170,63,114,1826,121,407],"authors":[],"class_list":["post-15828","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-anthony-loke","tag-anwar-ibrahim","tag-dap","tag-letak-jawatan","tag-menteri-pengangkutan","tag-najib","tag-pengampunan"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15828","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=15828"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15828\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15829,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15828\/revisions\/15829"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/2740"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=15828"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=15828"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=15828"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=15828"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}