{"id":15833,"date":"2026-09-23T08:31:37","date_gmt":"2026-09-23T08:31:37","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=15833"},"modified":"2026-09-23T08:31:37","modified_gmt":"2026-09-23T08:31:37","slug":"hubungan-dengan-istana-retak-mahfuz-persoal-kedudukan-mb-negeri-sembilan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/hubungan-dengan-istana-retak-mahfuz-persoal-kedudukan-mb-negeri-sembilan\/","title":{"rendered":"Hubungan dengan Istana retak, Mahfuz persoal kedudukan MB Negeri Sembilan"},"content":{"rendered":"<p>Naib Presiden Parti Amanah, Mahfuz Omar melihat kemelut pentadbiran Negeri Sembilan kini memasuki fasa membimbangkan apabila hubungan antara kerajaan negeri, Institusi Diraja dan perkhidmatan awam semakin tegang.<\/p>\n<p>Beliau berkata perkembangan itu bukan lagi sekadar perbezaan pandangan mengenai pentadbiran, sebaliknya sudah membabitkan persoalan kepercayaan antara beberapa institusi utama negeri.<\/p>\n<p>Kenyataan itu dibuat susulan tindakan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir membatalkan pelantikan semua 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) pada 20 September lalu selepas Istana mendapati mereka memungkiri sumpah jawatan.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, Menteri Besar Negeri Sembilan, Ismail Lasim menegaskan barisan Exco sedia ada masih sah dan akan terus menjalankan tugas seperti biasa, selain tidak akan mengemukakan senarai Exco baharu kepada Tuanku Muhriz.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan terbaharu, kerajaan negeri turut menggantung tugas Setiausaha Kerajaan Negeri, Mohd Zafir Ibrahim dan Penasihat Undang-Undang Negeri, Muzalmah Mustapha Kamal berkuat kuasa serta-merta.<\/p>\n<p>Namun, Jabatan Peguam Negara (AGC) kemudian menyatakan Exco tidak mempunyai kuasa dari segi undang-undang untuk menggantung tugas kedua-dua pegawai berkenaan.<\/p>\n<p>AGC menjelaskan perkara berkaitan pelantikan dan penggantungan mereka tertakluk kepada bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam serta Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan.<\/p>\n<p>Mahfuz berkata keadaan itu menimbulkan persoalan lebih besar mengenai keupayaan kerajaan negeri mengurus hubungan antara Institusi Diraja, kerajaan dan perkhidmatan awam.<\/p>\n<p>\u201cPersoalan sekarang bukan siapa lebih berkuasa, tetapi siapa yang boleh dipercayai. Kerajaan boleh mempunyai perbezaan pandangan, tetapi kerajaan tidak boleh kehilangan kepercayaan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Menurutnya, pegawai awam yang mengambil pendirian berasaskan undang-undang tidak seharusnya dianggap sebagai pihak yang memusuhi kerajaan kerana fungsi semak dan imbang penting bagi mengelakkan keputusan pentadbiran tersasar daripada kerangka perundangan.<\/p>\n<p>Beliau turut menyifatkan Menteri Besar sebagai pihak yang sepatutnya menjadi jambatan antara Istana, kerajaan negeri dan perkhidmatan awam.<\/p>\n<p>\u201cJambatan dibina untuk menghubungkan dua tebing. Kalau jambatan itu sendiri sudah dibakar, jangan pura-pura kata sungai masih boleh diseberangi seperti biasa,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Mahfuz berkata rakyat tidak seharusnya menjadi mangsa kepada pertikaian kuasa antara institusi, sebaliknya mahu kerajaan memberi tumpuan kepada ekonomi, pekerjaan, kos sara hidup, pelaburan serta pembangunan infrastruktur.<\/p>\n<p>Beliau turut menggesa Ismail melakukan muhasabah politik dan menilai sama ada beliau masih mempunyai ruang kepercayaan mencukupi untuk memulihkan hubungan antara kerajaan negeri dengan Istana.<\/p>\n<p>\u201cJika kepercayaan sudah terlalu terhakis sehingga hubungan antara kedua-dua institusi tidak lagi dapat dipulihkan di bawah kepimpinannya, demi kepentingan Negeri Sembilan, beliau wajar mempertimbangkan pengunduran diri.<\/p>\n<p>\u201cItu bukan soal kalah atau menang. Itu soal meletakkan kepentingan negeri lebih tinggi daripada kedudukan individu,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Mahfuz menegaskan Negeri Sembilan bukan kekurangan kuasa, sebaliknya memerlukan usaha untuk membina semula kepercayaan antara institusi.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Naib Presiden Parti Amanah, Mahfuz Omar melihat kemelut pentadbiran Negeri Sembilan kini memasuki fasa membimbangkan apabila hubungan antara kerajaan negeri, Institusi Diraja dan perkhidmatan awam semakin tegang. Beliau berkata perkembangan itu bukan lagi sekadar perbezaan pandangan mengenai pentadbiran, sebaliknya sudah membabitkan persoalan kepercayaan antara beberapa institusi utama negeri. Kenyataan itu dibuat susulan tindakan Yang di-Pertuan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1211,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[2580,4644,3300,1154,2355,3684],"authors":[],"class_list":["post-15833","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-exco","tag-ismail-lasim","tag-mahfuz-omar","tag-negeri-sembilan","tag-parti-amanah","tag-tuanku-muhriz-tuanku-munawir"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15833","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=15833"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15833\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15834,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15833\/revisions\/15834"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1211"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=15833"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=15833"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=15833"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=15833"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}