{"id":15848,"date":"2026-09-24T02:03:08","date_gmt":"2026-09-24T02:03:08","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=15848"},"modified":"2026-09-24T02:03:21","modified_gmt":"2026-09-24T02:03:21","slug":"pn-ambil-tindakan-undang-undang-selepas-digantung-ros-takiyuddin","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/pn-ambil-tindakan-undang-undang-selepas-digantung-ros-takiyuddin\/","title":{"rendered":"PN ambil tindakan undang-undang selepas digantung RoS: Takiyuddin"},"content":{"rendered":"<p>Perikatan Nasional (PN) mengambil langkah undang-undang bagi mencabar keputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) menggantung semua kegiatan gabungan itu sehingga tarikh yang tidak ditentukan.<\/p>\n<p>Setiausaha Agung PN, Takiyuddin Hassan berkata, PN mengambil maklum keputusan berkenaan namun tidak bersetuju dengan asas yang digunakan RoS.<\/p>\n<p>Menurutnya, tindakan undang-undang itu diambil bagi mempertahankan matlamat penubuhan serta agenda perjuangan PN yang didukung ahli dan penyokongnya.<\/p>\n<p>\u201cPN tidak menolak kemungkinan tindakan terhadap PN adalah natijah agenda berniat jahat (mala fide) dan tekanan politik yang memangsakan PN daripada pihak-pihak dari dalam dan luar PN,\u201d katanya dalam kenyataan hari ini.<\/p>\n<p>Takiyuddin berkata, PN menerima notis di bawah subseksyen 13(2) Akta Pertubuhan 1966 bagi tujuan cadangan pembatalan pendaftaran gabungan itu selepas tempoh tunjuk sebab selama 30 hari.<\/p>\n<p>Katanya, cadangan pembatalan berkenaan berkait dengan aduan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengenai satu mesyuarat pada 16 Julai lalu.<\/p>\n<p>\u201cSusulan notis tersebut, PN turut menerima perintah di bawah subseksyen 13(2A) Akta Pertubuhan 1966 yang memerintahkan penggantungan semua kegiatannya sehingga tarikh tidak ditentukan.<\/p>\n<p>\u201cKedua-dua notis dan perintah itu diserahkan kepada PN secara berturut-turut pada 22 dan 23 September lalu,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Menurut Takiyuddin, tarikh penyerahan notis dan perintah itu bertepatan dengan pengumuman serta pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.<\/p>\n<p>Sehubungan itu, beliau meminta ahli dan penyokong PN supaya bertenang sementara perkara berkenaan diuruskan melalui saluran sewajarnya.<\/p>\n<p>\u201cPN akan memberikan maklumat dan dokumen berkaitan kepada masyarakat secara telus serta memaklumkan perkembangan dari semasa ke semasa,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Pada masa sama, PN mengeluarkan larangan kepada mana-mana pihak daripada membuat kenyataan bagi pihak gabungan itu, kecuali Pengerusi dan Setiausaha Agung PN.<\/p>\n<p>Takiyuddin turut memaklumkan PAS akan bersama parti komponen PN meneliti serta mengambil langkah yang wajar mengikut undang-undang dan peraturan ditetapkan.<\/p>\n<p>Sebelum ini, RoS mengesahkan penggantungan semua kegiatan PN berkuat kuasa 23 September.<\/p>\n<p>RoS memaklumkan perintah itu dikeluarkan di bawah subseksyen 13(2A) Akta Pertubuhan 1966 (Akta 832) bagi menjaga kepentingan pertubuhan daripada terus melanggar aturan pertubuhannya.<\/p>\n<p>Perkembangan itu berlaku ketika persiapan menghadapi PRN Melaka sedang berlangsung susulan pembubaran DUN negeri berkenaan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Perikatan Nasional (PN) mengambil langkah undang-undang bagi mencabar keputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) menggantung semua kegiatan gabungan itu sehingga tarikh yang tidak ditentukan. Setiausaha Agung PN, Takiyuddin Hassan berkata, PN mengambil maklum keputusan berkenaan namun tidak bersetuju dengan asas yang digunakan RoS. Menurutnya, tindakan undang-undang itu diambil bagi mempertahankan matlamat penubuhan serta agenda perjuangan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3375,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[73,631,58,126,541,2991,693,402],"authors":[],"class_list":["post-15848","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-bersatu","tag-gantung","tag-mahkamah","tag-pas","tag-perikatan-nasional","tag-ros","tag-takiyuddin","tag-undang-undang"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15848","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=15848"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15848\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15849,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15848\/revisions\/15849"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/3375"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=15848"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=15848"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=15848"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=15848"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}