{"id":1585,"date":"2025-07-17T08:52:22","date_gmt":"2025-07-17T08:52:22","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=1585"},"modified":"2025-07-17T08:52:22","modified_gmt":"2025-07-17T08:52:22","slug":"pmx-kecam-serangan-di-syria-cabul-undang-undang-antarabangsa","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/pmx-kecam-serangan-di-syria-cabul-undang-undang-antarabangsa\/","title":{"rendered":"PMX kecam serangan di Syria, cabul undang-undang antarabangsa"},"content":{"rendered":"<p>Malaysia mengutuk keras serangan udara terbaharu yang dilakukan rejim zionis Israel terhadap ibu negara Syria, Damsyik, semalam.<\/p>\n<p>Pendirian Malaysia itu disuarakan Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang menyifatkan serangan tersebut sekali lagi melanggar kedaulatan Syria dan mengakibatkan kehilangan nyawa yang tidak berdosa.<\/p>\n<p>Pada masa sama, beliau berkata, serangan itu merupakan pelanggaran jelas undang-undang antarabangsa dan Perjanjian Pemisahan 1974 antara Israel dan Syria.<\/p>\n<p>\u201cSyria telah menanggung penderitaan yang amat dahsyat sepanjang lebih sedekad, dan rakyatnya berhak menikmati keamanan, bukannya terus menjadi mangsa keganasan atau campur tangan asing.<\/p>\n<p>\u201cMalaysia berdiri teguh bersama rakyat Syria dan menggesa agar pencabulan seperti ini dihentikan serta-merta, di samping menyeru komitmen semula terhadap prinsip kemanusiaan dan kedaulatan undang-undang,\u201d katanya dalam hantaran di akaun Facebooknya hari ini.<\/p>\n<p>Israel melancarkan serangan udara pada Rabu ke atas Damsyik yang menyasarkan Kementerian Pertahanan Syria serta kawasan berhampiran Istana Presiden.<\/p>\n<p>Serangan itu berlaku ketika Israel meneruskan serangannya di wilayah Suwayda di selatan Syria, dengan alasan bagi melindungi komuniti minoriti Druze, sambil memberi amaran bahawa operasi akan diteruskan selagi pasukan Syria tidak berundur.<\/p>\n<p>Tentera Syria sebelum itu telah dihantar ke kawasan terbabit bagi memulihkan ketenteraman susulan pertempuran antara kumpulan bersenjata Druze dan Badwi yang mengorbankan sekurang-kurangnya 30 nyawa.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Malaysia mengutuk keras serangan udara terbaharu yang dilakukan rejim zionis Israel terhadap ibu negara Syria, Damsyik, semalam. Pendirian Malaysia itu disuarakan Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang menyifatkan serangan tersebut sekali lagi melanggar kedaulatan Syria dan mengakibatkan kehilangan nyawa yang tidak berdosa. Pada masa sama, beliau berkata, serangan itu merupakan pelanggaran jelas undang-undang antarabangsa dan Perjanjian [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":853,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[13,18,928,927],"authors":[],"class_list":["post-1585","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anwar","tag-pmx","tag-serangan","tag-syria"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/1585","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=1585"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/1585\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":1586,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/1585\/revisions\/1586"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/853"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=1585"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=1585"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=1585"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=1585"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}