{"id":15853,"date":"2026-09-24T07:35:08","date_gmt":"2026-09-24T07:35:08","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=15853"},"modified":"2026-09-24T07:35:08","modified_gmt":"2026-09-24T07:35:08","slug":"mb-sahkan-exco-negeri-sembilan-dilarang-masuk-pejabat-selepas-titah-tuanku","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/mb-sahkan-exco-negeri-sembilan-dilarang-masuk-pejabat-selepas-titah-tuanku\/","title":{"rendered":"MB sahkan Exco Negeri Sembilan dilarang masuk pejabat selepas titah Tuanku"},"content":{"rendered":"<p>Menteri Besar Negeri Sembilan, Ismail Lasim mengesahkan barisan Exco kerajaan negeri dilarang memasuki pejabat masing-masing di Wisma Negeri, malah tidak dibenarkan menjalankan tugas sebagai anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).<\/p>\n<p>Menurut Ismail, beliau dimaklumkan mengenai arahan itu namun tidak mengetahui pihak yang mengeluarkannya. Setakat ini, katanya, tiada sebarang arahan bertulis dikemukakan kepadanya.<\/p>\n<p>\u201cSaya dimaklumkan ada perintah larangan ataupun arahan melarang ahli-ahli Exco masuk ke pejabat masing-masing.<\/p>\n<p>\u201cSaya juga difahamkan bukan setakat tidak boleh memasuki pejabat Exco di Wisma Negeri, tetapi tidak boleh menjalankan tugas sebagai ahli Exco,\u201d katanya dipetik semasa sidang media di Seremban, hari ini.<\/p>\n<p>Ismail berkata, perkara itu perlu dinilai semula kerana tindakan menghalang Exco menjalankan tugas boleh memberi kesan kepada kelancaran pentadbiran negeri serta kepentingan rakyat.<\/p>\n<p>Beliau menegaskan barisan Exco sedia ada masih sah dan sepatutnya meneruskan tugas seperti biasa.<\/p>\n<p>Katanya, mesyuarat MMKN juga perlu diteruskan kerana pelbagai keputusan berkaitan kepentingan rakyat perlu dibuat, termasuk urusan peruntukan pembangunan dan bantuan.<\/p>\n<p>\u201cKalau ini tersekat tanpa alasan yang munasabah dan tanpa perintah mahkamah dan sebagainya, ini merupakan satu penafian kepada hak rakyat,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Ismail turut meminta pihak berkuasa mengkaji semula arahan berkenaan dan membenarkan anggota Exco kembali memasuki pejabat serta menjalankan tanggungjawab masing-masing.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, beliau berkata dirinya sendiri setakat ini tidak berdepan sebarang halangan untuk memasuki pejabat Menteri Besar.<\/p>\n<p>Ketika ditanya mengenai status arahan tersebut, Ismail berkata setakat pengetahuannya, tiada arahan daripada mahkamah atau polis dikeluarkan berkaitan perkara berkenaan.<\/p>\n<p>\u201cTak ada peringkat mahkamah, tidak ada arahan polis dan sebagainya. Jadi saya menyebut sebagai pihak berkuasa sajalah, tak nak sebut siapa.<\/p>\n<p>\u201cTak ada. Setakat ini tak ada secara bertulis,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan sama, Ismail menegaskan beliau tidak pernah dirujuk atau memberikan nasihat berhubung pemberhentian mana-mana anggota Exco kerajaan negeri seperti diperuntukkan di bawah Perkara 38(5) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959.<\/p>\n<p>\u201cDengan itu, sekali lagi saya nak tegaskan Exco yang sedia ada masih sah dan akan menjalankan tugas seperti biasa,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Isu itu timbul ketika kedudukan pentadbiran Negeri Sembilan menjadi perhatian susulan perkembangan berkaitan pelantikan serta status anggota Exco kerajaan negeri.<\/p>\n<p>Mengenai persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), Ismail berkata tarikh persidangan seterusnya masih belum diputuskan.<\/p>\n<p>Beliau menjelaskan DUN perlu bersidang sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh enam bulan, manakala persidangan terakhir berlangsung pada Ogos lalu.<\/p>\n<p>\u201cSidang DUN ini belum saya putuskan kerana kita masih dalam tempoh enam bulan. Dewan Undangan ini mesti bersidang sekali dalam enam bulan,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Menteri Besar Negeri Sembilan, Ismail Lasim mengesahkan barisan Exco kerajaan negeri dilarang memasuki pejabat masing-masing di Wisma Negeri, malah tidak dibenarkan menjalankan tugas sebagai anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN). Menurut Ismail, beliau dimaklumkan mengenai arahan itu namun tidak mengetahui pihak yang mengeluarkannya. Setakat ini, katanya, tiada sebarang arahan bertulis dikemukakan kepadanya. \u201cSaya dimaklumkan ada [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":13991,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[2580,4644,408,5054,1154,3684],"authors":[],"class_list":["post-15853","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-exco","tag-ismail-lasim","tag-menteri-besar","tag-mmkn","tag-negeri-sembilan","tag-tuanku-muhriz-tuanku-munawir"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15853","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=15853"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15853\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15854,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15853\/revisions\/15854"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/13991"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=15853"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=15853"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=15853"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=15853"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}