{"id":15860,"date":"2026-09-24T07:55:14","date_gmt":"2026-09-24T07:55:14","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=15860"},"modified":"2026-09-24T07:55:14","modified_gmt":"2026-09-24T07:55:14","slug":"tindakan-ros-gantung-pn-bukan-dibuat-sewenang-wenangnya-zahid","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/tindakan-ros-gantung-pn-bukan-dibuat-sewenang-wenangnya-zahid\/","title":{"rendered":"Tindakan RoS gantung PN bukan dibuat sewenang-wenangnya: Zahid"},"content":{"rendered":"<p>Tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) mengeluarkan perintah penggantungan terhadap semua aktiviti Perikatan Nasional (PN) bukan dilakukan dengan sewenang-wenangnya, sebaliknya berdasarkan aduan yang diterima.<\/p>\n<p>Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi berkata menjadi tanggungjawab RoS menjaga kepentingan anggota mana-mana pertubuhan yang berdaftar dengan pertubuhan tersebut di bawah Akta Pertubuhan 1966.<\/p>\n<p>\u201cTentunya ada beberapa kepincangan yang telah berlaku dalam Perikatan Nasional yang menyebabkan penggantungan ini dibuat oleh RoS.<\/p>\n<p>\u201cDalam konteks ini, tentunya ada rungutan ataupun aduan yang dihantar oleh sebuah daripada parti gabungan itu menyebabkan penggantungan telah dilakukan,\u201d katanya selepas merasmikan sidang pertama Majlis Konvokesyen Politeknik dan Kolej Komuniti Zon Tengah Tahun 2026 di Dewan Tuanku Canselor, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), hari ini.<\/p>\n<p>Ahmad Zahid berharap tindakan penggantungan itu dihadapi dengan tenang oleh PN dan parti yang berada di bawah gabungan itu sementelah Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bakal menjelang.<\/p>\n<p>Beliau berkata PN pasti mempunyai perancangan sendiri jika penggantungan tersebut berterusan.<\/p>\n<p>\u201cTentunya parti-parti gabungan itu akan menggunakan lambang parti masing-masing untuk masuk ke gelanggang pilihan raya negeri Melaka atau pilihan raya umum yang akan datang,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Terdahulu, RoS mengeluarkan perintah penggantungan terhadap semua aktiviti PN berkuat kuasa pada 23 Sept lepas.<\/p>\n<p>Menurut RoS, tindakan itu diambil di bawah Subseksyen 13(2A) Akta Pertubuhan 1966 susulan notis yang dikeluarkan kepada PN pada 22 Sept 2026. &#8211; Bernama<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) mengeluarkan perintah penggantungan terhadap semua aktiviti Perikatan Nasional (PN) bukan dilakukan dengan sewenang-wenangnya, sebaliknya berdasarkan aduan yang diterima. Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi berkata menjadi tanggungjawab RoS menjaga kepentingan anggota mana-mana pertubuhan yang berdaftar dengan pertubuhan tersebut di bawah Akta Pertubuhan 1966. \u201cTentunya ada beberapa kepincangan yang telah [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":337,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[147,631,541,951,2991,146],"authors":[],"class_list":["post-15860","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-ahmad-zahid-hamidi","tag-gantung","tag-perikatan-nasional","tag-pn","tag-ros","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15860","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=15860"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15860\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15861,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15860\/revisions\/15861"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/337"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=15860"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=15860"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=15860"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=15860"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}