{"id":15862,"date":"2026-09-24T08:02:50","date_gmt":"2026-09-24T08:02:50","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=15862"},"modified":"2026-09-24T08:03:32","modified_gmt":"2026-09-24T08:03:32","slug":"bekas-coo-tabung-haji-didakwa-terima-kos-ubah-suai-rm302499-bernama","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/bekas-coo-tabung-haji-didakwa-terima-kos-ubah-suai-rm302499-bernama\/","title":{"rendered":"Bekas COO Tabung Haji didakwa terima kos ubah suai RM302,499: Bernama"},"content":{"rendered":"<p>Bekas Ketua Pegawai Operasi (COO) Lembaga Tabung Haji (TH), Adi Azuan Abdul Ghani, 56, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini atas tiga pertuduhan menerima manfaat berupa kos pengubahsuaian tiga buah rumah berjumlah RM302,499.27, sembilan tahun lalu.<\/p>\n<p>Pengakuan itu dibuat selepas ketiga-tiga pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud.<\/p>\n<p>Mengikut pertuduhan, Adi Azuan yang ketika itu merupakan COO TH didakwa menerima benda berharga dengan balasan yang diketahui tidak mencukupi, membabitkan kos pengubahsuaian tiga rumah di Shah Alam, Kota Damansara dan Subang Jaya.<\/p>\n<p>Kos pengubahsuaian itu masing-masing bernilai RM235,866.58 bagi rumah di Jalan Polo Air, Seksyen 13, Shah Alam; RM50,698.74 di Jalan Sepah Puteri, Kota Damansara, Petaling Jaya; serta RM15,933.95 di Jalan USJ Heights, Subang Jaya.<\/p>\n<p>Ketiga-tiga manfaat berkenaan didakwa diterima daripada Thamsulazri Ismail, pengarah AG Reka Sdn Bhd, yang mempunyai urusan berkaitan tugas rasmi tertuduh.<\/p>\n<p>Kesalahan itu didakwa berlaku pada 7 Mac 2017 dan pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan, seksyen berkenaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.<\/p>\n<p>Dalam prosiding hari ini, Timbalan Pendakwa Raya Muaz Ahmad Khairuddin menawarkan jaminan RM70,000 dengan seorang penjamin selain memohon syarat tambahan supaya tertuduh melaporkan diri kepada SPRM serta menyerahkan pasport kepada mahkamah.<\/p>\n<p>Peguam tertuduh pula memohon jumlah jaminan dikurangkan atas alasan anak guamnya sudah bersara daripada TH sejak 2025 dan merupakan penanggung tunggal keluarga. Tertuduh mempunyai isteri yang tidak bekerja serta empat anak berusia antara 12 hingga 25 tahun.<\/p>\n<p>Mahkamah kemudian membenarkan Adi Azuan diikat jamin RM50,000 dengan dua penjamin warganegara Malaysia yang menetap di Selangor atau Kuala Lumpur.<\/p>\n<p>Mahkamah turut menetapkan tertuduh perlu melaporkan diri di Pejabat SPRM Putrajaya setiap bulan, menyerahkan pasport dan tidak mengganggu mana-mana saksi pendakwaan.<\/p>\n<p>Kes itu ditetapkan untuk sebutan semula dan pengurusan kes pada 25 November depan.<\/p>\n<p>Kes berkenaan merupakan antara perkembangan susulan siasatan terhadap dakwaan salah laku membabitkan pengurusan TH, termasuk perkara yang dibangkitkan dalam laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan institusi itu.<\/p>\n<p>Sebelum ini, prosiding terhadap Adi Azuan yang sepatutnya berlangsung pada 3 September ditangguhkan selepas beliau dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) kerana masalah berkaitan jantung.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Bekas Ketua Pegawai Operasi (COO) Lembaga Tabung Haji (TH), Adi Azuan Abdul Ghani, 56, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini atas tiga pertuduhan menerima manfaat berupa kos pengubahsuaian tiga buah rumah berjumlah RM302,499.27, sembilan tahun lalu. Pengakuan itu dibuat selepas ketiga-tiga pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud. Mengikut [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":2626,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[5056,4872,4920,21,1418],"authors":[],"class_list":["post-15862","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-adi-azuan-abdul-ghani","tag-coo","tag-lembaga-tabung-haji","tag-sprm","tag-th"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15862","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=15862"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15862\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15863,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15862\/revisions\/15863"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/2626"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=15862"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=15862"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=15862"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=15862"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}