{"id":15866,"date":"2026-09-24T10:31:08","date_gmt":"2026-09-24T10:31:08","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=15866"},"modified":"2026-09-24T10:31:08","modified_gmt":"2026-09-24T10:31:08","slug":"pemuda-ph-negeri-sembilan-desak-mb-kemuka-senarai-exco-baharu","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/pemuda-ph-negeri-sembilan-desak-mb-kemuka-senarai-exco-baharu\/","title":{"rendered":"Pemuda PH Negeri Sembilan desak MB kemuka senarai Exco baharu"},"content":{"rendered":"<p>Angkatan Muda Harapan (AMH) Negeri Sembilan menggesa Menteri Besar, Ismail Lasim segera mengemukakan senarai calon Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) baharu untuk pertimbangan dan perkenan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.<\/p>\n<p>AMH Negeri Sembilan berkata langkah itu perlu dilaksanakan selaras dengan Perkara XXXVIII(2) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (UUTKNS) 1959 bagi memastikan kemelut berkaitan barisan Exco dapat diselesaikan.<\/p>\n<p>Dalam kenyataan hari ini, AMH berkata tidak sepatutnya wujud lagi kekeliruan mengenai tindakan yang perlu diambil bagi menyelesaikan isu berkenaan.<\/p>\n<p>\u201cTidak sepatutnya wujud lagi kekeliruan mengenai langkah yang perlu diambil. AMH Negeri Sembilan berpandangan kemelut ini tidak seharusnya terus dipanjangkan sehingga menjejaskan kestabilan pentadbiran negeri dan keyakinan rakyat,\u201d menurut kenyataan itu.<\/p>\n<p>Menurut AMH, Ismail sendiri sebelum ini menegaskan tanggungjawab kerajaan negeri adalah memastikan pentadbiran terus berjalan, rakyat menerima perkhidmatan sewajarnya serta kemuliaan institusi adat dan Raja Negeri Sembilan terus dipelihara.<\/p>\n<p>Sehubungan itu, AMH berpandangan isu berkenaan tidak seharusnya dilihat sebagai soal siapa menang atau kalah dalam pertikaian politik, sebaliknya perlu diselesaikan bagi memastikan pentadbiran negeri kembali berjalan secara jelas, teratur dan stabil.<\/p>\n<p>\u201cRakyat Negeri Sembilan tidak seharusnya terus dibebankan dengan ketidaktentuan yang berpanjangan. Tamatkan kebuntuan dan kembalikan kestabilan pentadbiran Negeri Sembilan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Kemelut barisan Exco Negeri Sembilan tercetus selepas Tuanku Muhriz membatalkan pelantikan beberapa anggota Exco, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai kedudukan dan perjalanan pentadbiran kerajaan negeri.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan terbaharu hari ini, Ismail memohon pihak berkuasa mempertimbangkan semula arahan larangan terhadap bekas Exco yang telah dibatalkan pelantikan mereka daripada memasuki pejabat serta menjalankan semula tugas pentadbiran.<\/p>\n<p>Beliau berkata perkara itu perlu dilihat dengan mengambil kira keperluan urusan kerajaan negeri dan kepentingan rakyat.<\/p>\n<p>Isu berkenaan kini menjadi perhatian kerana melibatkan kelancaran pentadbiran kerajaan negeri serta hubungan antara institusi Raja dengan kerajaan negeri.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Angkatan Muda Harapan (AMH) Negeri Sembilan menggesa Menteri Besar, Ismail Lasim segera mengemukakan senarai calon Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) baharu untuk pertimbangan dan perkenan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir. AMH Negeri Sembilan berkata langkah itu perlu dilaksanakan selaras dengan Perkara XXXVIII(2) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (UUTKNS) 1959 bagi [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":9664,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[1219,2580,4644,1154,727,2358,3684],"authors":[],"class_list":["post-15866","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-amh","tag-exco","tag-ismail-lasim","tag-negeri-sembilan","tag-pakatan-harapan","tag-senarai","tag-tuanku-muhriz-tuanku-munawir"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15866","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=15866"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15866\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15867,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15866\/revisions\/15867"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/9664"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=15866"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=15866"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=15866"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=15866"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}