{"id":15874,"date":"2026-09-24T15:07:48","date_gmt":"2026-09-24T15:07:48","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=15874"},"modified":"2026-09-24T15:07:48","modified_gmt":"2026-09-24T15:07:48","slug":"pengampunan-najib-tak-jejas-madani-khidmat-sampai-habis-penggal-bernama","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/pengampunan-najib-tak-jejas-madani-khidmat-sampai-habis-penggal-bernama\/","title":{"rendered":"&#8216;Pengampunan Najib tak jejas MADANI, khidmat sampai habis penggal&#8217; &#8211; Bernama"},"content":{"rendered":"<p>Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil yakin barisan Jemaah Menteri Kerajaan MADANI kekal profesional dan komited mempertahankan kestabilan politik negara, selain akan terus melaksanakan tugas serta tanggungjawab sehingga akhir penggal pentadbiran.<\/p>\n<p>Beliau berkata sebarang isu politik termasuk melibatkan keputusan pengampunan bersyarat terhadap bekas Perdana Menteri Najib Razak baru-baru ini tidak menjejaskan hubungan antara parti dalam gabungan itu terutamanya antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).<\/p>\n<p>\u201cAlhamdulillah, kita nampak komitmen daripada semua parti komponen (untuk memastikan kestabilan), tak kiralah apa yang disebut dalam perhimpunan dan sebagainya&#8230; ini penting kerana untuk menarik kemasukan pelabur, mereka akan melihat dua perkara utama, iaitu kestabilan politik dan dasar,&#8221; katanya ketika menjadi tetamu program audio siar The Tiger Show dihoskan wartawan Amin Iskandar hari ini.<\/p>\n<p>Fahmi juga berkata dalam tempoh empat tahun ini, Kerajaan MADANI berjaya membangunkan ekonomi sehingga pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar mencecah angka yang begitu tinggi.<\/p>\n<p>&#8220;Jadi, saya percaya pemimpin-pemimpin parti sanggup mengetepikan apa sahaja perbezaan demi negara,&#8221; katanya menjawab pertanyaan mengenai hubungan antara parti yang membentuk Kerajaan Persekutuan.<\/p>\n<p>Pengarah Komunikasi PH itu berkata parti berkenaan melihat perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim untuk pengampunan bersyarat kepada Najib, yang juga bekas Presiden UMNO, sebagai keputusan dasar yang dibuat berlandaskan semangat Perlembagaan dan undang-undang negara.<\/p>\n<p>\u201cIni bukan satu perkara bersifat dendam atau peribadi terhadap sosok tubuh seseorang yang bernama Datuk Seri Najib&#8230; Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) pun banyak kali dalam Parlimen dan luar Parlimen berkata bahawa beliau tidak ada apa-apa motif dendam tetapi ini adalah kedaulatan undang-undang,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Dalam pada itu, mengulas mengenai kebarangkalian untuk PH dan BN kembali bekerjasama pasca Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16 kelak, Fahmi tidak menolak kemungkinan berkenaan sekiranya situasi \u201cParlimen tergantung\u201d seperti pilihan raya lepas berulang.<\/p>\n<p>\u201cTak mustahil sebab saya nampak, bacaan sayalah, sekiranya dititahkan oleh Yang di-Pertuan Agong, untuk mengelakkan ketidakstabilan maka kita perlu ketepikan perbezaan dan bentuk kerajaan demi kestabilan, kemajuan serta keselamatan negara,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Ditanya mengenai Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang akan datang, Fahmi juga tidak menolak kemungkinan bekerjasama dengan BN yang menguasai 21 kerusi Dewan Undangan Negeri menerusi kaedah persefahaman politik terhad atau bersyarat.<\/p>\n<p>\u201cItu satu pilihan&#8230; kedua adalah totally go solo,\u201d katanya sambil menambah dinamik politik tanah air kini berbeza antara satu negeri dengan negeri yang lain.<\/p>\n<p>\u201cApa yang berlaku di satu negeri belum tentu sesuai dan berlaku di negeri yang lain&#8230; apa yang mungkin kita saksikan di dalam siri PRN, belum tentu akan menjadi seperti yang dijangkakan pada PRU.<\/p>\n<p>\u201cSebab macam (PRN) Melaka masa awal 2022, PH kalah teruk tapi masa PRU, kita menang tiga kerusi&#8230; BN dan PN pula tak ada kerusi Parlimen&#8230; jadi, pengundi sekarang ni complicated dan kompleks pemikiran dia,\u201d katanya.- Bernama<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil yakin barisan Jemaah Menteri Kerajaan MADANI kekal profesional dan komited mempertahankan kestabilan politik negara, selain akan terus melaksanakan tugas serta tanggungjawab sehingga akhir penggal pentadbiran. Beliau berkata sebarang isu politik termasuk melibatkan keputusan pengampunan bersyarat terhadap bekas Perdana Menteri Najib Razak baru-baru ini tidak menjejaskan hubungan antara parti dalam gabungan itu [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":15875,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[49,2117,811,407,146],"authors":[],"class_list":["post-15874","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-fahmi-fadzil","tag-menteri-komunikasi","tag-najib-razak","tag-pengampunan","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15874","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=15874"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15874\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15876,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15874\/revisions\/15876"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/15875"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=15874"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=15874"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=15874"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=15874"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}