{"id":15886,"date":"2026-09-25T03:03:41","date_gmt":"2026-09-25T03:03:41","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=15886"},"modified":"2026-09-25T03:03:41","modified_gmt":"2026-09-25T03:03:41","slug":"krisis-negeri-sembilan-aminuddin-persoal-tindakan-ismail-tandatangan-proklamasi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/krisis-negeri-sembilan-aminuddin-persoal-tindakan-ismail-tandatangan-proklamasi\/","title":{"rendered":"Krisis Negeri Sembilan: Aminuddin persoal tindakan Ismail tandatangan proklamasi"},"content":{"rendered":"<p>Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun mempersoalkan tindakan Menteri Besar, Ismail Lasim menandatangani dokumen proklamasi berkaitan kedudukan Yang di-Pertuan Besar sedangkan sebelum ini beliau sendiri memilih untuk tidak menandatangani dokumen berkenaan.<\/p>\n<p>Aminuddin berkata, dokumen proklamasi bertarikh 19 April 2026 itu pernah dikemukakan kepadanya pada 20 April lalu ketika beliau masih memegang jawatan Menteri Besar untuk ditandatangani mengikut Perkara 10(2) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959.<\/p>\n<p>Menurutnya, beliau mengambil keputusan untuk tidak menandatangani dokumen berkenaan selepas terdapat persoalan serius mengenai proses yang dilalui.<\/p>\n<p>\u201cSaya membuat keputusan untuk tidak menandatangani dokumen tersebut kerana terdapat persoalan serius mengenai proses yang telah dilalui.<\/p>\n<p>\u201cJika saya ketika menjadi Menteri Besar boleh membuat keputusan untuk tidak menandatangani dokumen tersebut kerana mempunyai keraguan terhadap prosesnya, bagaimana pula tandatangan Menteri Besar selepas saya boleh berada pada dokumen yang sama?\u201d katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.<\/p>\n<p>Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, persoalan tersebut perlu dijelaskan kepada rakyat, terutama selepas Ismail mendakwa tandatangan berkenaan dibuat dalam keadaan dipaksa.<\/p>\n<p>Katanya, dakwaan Ismail sudah dibawa kepada pihak berkuasa dan wajar disiasat bagi menentukan fakta sebenar.<\/p>\n<p>\u201cNamun dari sudut tanggungjawab awam, satu persoalan tetap perlu dijawab,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Aminuddin turut menegaskan beliau bersedia bertanggungjawab terhadap setiap keputusan yang dibuat sepanjang tempoh menerajui pentadbiran Negeri Sembilan.<\/p>\n<p>\u201cJangan sekadar menggunakan istilah kerajaan terdahulu sebagai jawapan umum. Jika ada kesalahan, nyatakan kesalahannya. Jika ada pelanggaran undang-undang, nyatakan peruntukannya.<\/p>\n<p>\u201cDalam perkara sebesar ini, rakyat berhak diberikan fakta yang jelas dan boleh diperiksa,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut merujuk pendirian Jabatan Peguam Negara pada 17 September lalu yang menyatakan Proklamasi bertarikh 19 April 2026 tidak sah kerana tidak mematuhi kehendak mandatori Perkara 10 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan.<\/p>\n<p>Menurut Aminuddin, perbezaan pendirian antara Jabatan Peguam Negara dengan Sekretariat Majlis Undang Yang Empat mengenai pematuhan proses di bawah Perkara 10 menunjukkan isu itu memerlukan penjelasan berdasarkan fakta dan rekod.<\/p>\n<p>\u201cSaya berpegang pada pendirian Jabatan Peguam Negara yang lebih berautoriti,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Kemelut itu menjadi perhatian selepas timbul persoalan mengenai proses berkaitan kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, termasuk kesahihan dokumen proklamasi dan tindakan pihak yang terlibat.<\/p>\n<p>Aminuddin berkata, Ismail perlu menjelaskan sendiri keadaan yang membawa kepada tandatangannya pada dokumen berkenaan, termasuk dakwaan beliau dipaksa berbuat demikian.<\/p>\n<p>\u201cPersoalan itu tidak boleh dijawab dengan hanya menyalahkan kerajaan terdahulu,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun mempersoalkan tindakan Menteri Besar, Ismail Lasim menandatangani dokumen proklamasi berkaitan kedudukan Yang di-Pertuan Besar sedangkan sebelum ini beliau sendiri memilih untuk tidak menandatangani dokumen berkenaan. Aminuddin berkata, dokumen proklamasi bertarikh 19 April 2026 itu pernah dikemukakan kepadanya pada 20 April lalu ketika beliau masih memegang jawatan Menteri Besar [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":9361,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[3686,4644,408,1154,5063,4088],"authors":[],"class_list":["post-15886","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-aminuddin-harun","tag-ismail-lasim","tag-menteri-besar","tag-negeri-sembilan","tag-proklamasi","tag-yang-di-pertuan-besar"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15886","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=15886"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15886\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15887,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15886\/revisions\/15887"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/9361"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=15886"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=15886"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=15886"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=15886"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}