{"id":15888,"date":"2026-09-25T06:23:58","date_gmt":"2026-09-25T06:23:58","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=15888"},"modified":"2026-09-25T06:23:58","modified_gmt":"2026-09-25T06:23:58","slug":"notis-ros-mahfuz-bidas-pas-salahkan-kerajaan-walhal-pn-sendiri-ada-konflik-dalaman","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/notis-ros-mahfuz-bidas-pas-salahkan-kerajaan-walhal-pn-sendiri-ada-konflik-dalaman\/","title":{"rendered":"Notis RoS: Mahfuz bidas PAS salahkan kerajaan walhal PN sendiri ada konflik dalaman"},"content":{"rendered":"<p>Naib Presiden Parti Amanah, Mahfuz Omar menyifatkan konflik dalaman Perikatan Nasional (PN) yang membawa kepada aduan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) tidak wajar dikaitkan dengan kerajaan.<\/p>\n<p>Beliau berkata, tindakan RoS mengeluarkan notis kepada PN bukan bermaksud pendaftaran gabungan itu sudah dibatalkan, sebaliknya memberi ruang untuk penjelasan berhubung aduan yang dikemukakan Bersatu.<\/p>\n<p>Mahfuz mengulas kenyataan Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari yang mendakwa agensi kerajaan digunakan untuk menindas pihak lawan serta memberi amaran pihak kerajaan hari ini mungkin berada di pihak pembangkang pada masa depan.<\/p>\n<p>\u201cPersoalannya mudah. Mengapa masalah pergaduhan dan perebutan dalaman PN yang disusuli aduan daripada Bersatu kepada RoS, tiba-tiba kerajaan pula dipersalahkan?\u201d katanya dalam kenyataan media.<\/p>\n<p>Menurut Mahfuz, RoS juga sudah menjelaskan notis berkenaan bukan keputusan membatalkan pendaftaran PN, manakala perintah penggantungan aktiviti dibuat mengikut peruntukan Akta Pertubuhan 1966.<\/p>\n<p>Justeru, beliau berkata PN wajar menggunakan saluran undang-undang sekiranya merasakan tidak melakukan sebarang kesalahan.<\/p>\n<p>\u201cKalau PAS dan PN yakin mereka tidak melakukan sebarang kesalahan, jawablah notis itu. Kemukakan penjelasan, dokumen dan bukti. Gunakan proses undang-undang yang tersedia,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Mahfuz turut menyambut baik pendirian PN untuk menggunakan proses undang-undang bagi mencabar asas tindakan RoS, sambil menegaskan hak tersebut perlu dihormati.<\/p>\n<p>Beliau pada masa sama mempersoalkan tindakan menjadikan kerajaan sebagai pihak yang dipersalahkan setiap kali berlaku masalah dalaman sesebuah organisasi.<\/p>\n<p>\u201cYang membuat aduan ialah Bersatu. Yang diminta memberikan penjelasan ialah PN. Tetapi kerajaan pula yang dituduh menindas,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Mahfuz menggunakan perumpamaan rumah yang retak untuk menggambarkan konflik tersebut.<\/p>\n<p>\u201cIni seperti rumah sendiri yang retak, tetapi jiran pula dituduh memecahkan dinding. Jangan salahkan RoS kerana menunjukkan keretakan yang berlaku. Yang perlu diperbetulkan ialah masalah dalam rumah sendiri,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut mengingatkan semua pihak supaya menghormati prinsip kedaulatan undang-undang tanpa mengira kedudukan politik.<\/p>\n<p>\u201cKalau benar yakin tidak bersalah, jawab notis. Kalau tidak bersetuju, cabar melalui undang-undang. Kalau ada bukti wujud konspirasi, bentangkan bukti,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Mahfuz berkata persoalan berkaitan undang-undang tidak sepatutnya terus ditukar menjadi dakwaan penindasan politik sebelum proses berkaitan selesai.<\/p>\n<p>\u201cJangan salahkan cermin kalau muka sendiri penuh dengan jerawat batu. Cermin tidak mencipta jerawat, cermin cuma menunjukkan apa yang ada,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Naib Presiden Parti Amanah, Mahfuz Omar menyifatkan konflik dalaman Perikatan Nasional (PN) yang membawa kepada aduan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) tidak wajar dikaitkan dengan kerajaan. Beliau berkata, tindakan RoS mengeluarkan notis kepada PN bukan bermaksud pendaftaran gabungan itu sudah dibatalkan, sebaliknya memberi ruang untuk penjelasan berhubung aduan yang dikemukakan Bersatu. Mahfuz mengulas kenyataan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1211,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[1649,275,73,3300,4085,126,541,2991],"authors":[],"class_list":["post-15888","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-aduan","tag-amanah","tag-bersatu","tag-mahfuz-omar","tag-notis","tag-pas","tag-perikatan-nasional","tag-ros"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15888","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=15888"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15888\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15889,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15888\/revisions\/15889"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1211"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=15888"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=15888"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=15888"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=15888"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}