{"id":15897,"date":"2026-09-25T08:59:15","date_gmt":"2026-09-25T08:59:15","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=15897"},"modified":"2026-09-25T08:59:15","modified_gmt":"2026-09-25T08:59:15","slug":"jenazah-abang-perdana-menteri-selamat-dikebumikan-bernama","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/jenazah-abang-perdana-menteri-selamat-dikebumikan-bernama\/","title":{"rendered":"Jenazah abang Perdana Menteri selamat dikebumikan: Bernama"},"content":{"rendered":"<p>Jenazah abang Perdana Menteri Anwar Ibrahim, Allahyarham Idrus Ibrahim, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Cheruk Tok Kun Bawah, hari ini.<\/p>\n<p>Cuaca redup mengiringi proses pengebumian Allahyarham yang dihadiri ratusan orang terdiri daripada ahli keluarga, saudara-mara, kenalan serta pemimpin politik daripada pelbagai parti.<\/p>\n<p>Terdahulu, jenazah Allahyarham dibawa keluar dari kediaman keluarga pada 12.20 tengah hari, dengan menaiki van ke Dewan Solat Sementara Masjid Jamek Cheruk Tok Kun Bawah di Jalan Kolam.<\/p>\n<p>Perdana Menteri bersama ahli keluarga dan orang ramai mengiringi jenazah dengan berjalan kaki kira-kira 200 meter dari kediaman Allahyarham ke dewan solat berkenaan.<\/p>\n<p>Solat jenazah yang diadakan selepas solat Jumaat diimamkan Mufti Pulau Pinang Prof Madya Datuk Dr Mohd Sukki Othman, sebelum jenazah dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Cheruk Tok Kun Bawah untuk dikebumikan pada 2.10 petang.<\/p>\n<p>Bacaan talkin kemudian disempurnakan Imam 1 Masjid Jamek Cheruk Tok Kun Bawah Ustaz Tengku Zahari Tengku Baharom di pusara Allahyarham, sebelum urusan pengebumian selesai pada 2.50 petang.<\/p>\n<p>Sebelum itu, Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ramli Ngah Talib bersama isteri Toh Puan Raja Noora Ashikin Raja Abdullah, menziarahi jenazah Allahyarham di kediaman keluarga pada 11.15 pagi.<\/p>\n<p>Tun Ramli meluangkan masa kira-kira 30 minit bersama dengan keluarga Allahyarham, selain menyampaikan ucapan takziah kepada Anwar serta ahli keluarga atas pemergian Allahyarham, sebelum beredar pada 11.45 pagi dengan diiringi Perdana Menteri.<\/p>\n<p>Turut hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Idrus ialah Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang Dr Mohamad Abdul Hamid, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang juga Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim Chee Keong, Mohd Sukki serta pemimpin politik daripada pelbagai parti.<\/p>\n<p>Idrus, 83, meninggal dunia ketika tidur di kediamannya pada 6.10 petang semalam. Allahyarham yang merupakan anak kedua daripada lapan beradik meninggalkan seorang isteri, empat anak dan 10 cucu.<\/p>\n<p>Allahyarham merupakan bekas guru dan pernah berkhidmat sebagai Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Bertam, Kepala Batas dan SK Stowell, Bukit Mertajam. &#8211; Bernama<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Jenazah abang Perdana Menteri Anwar Ibrahim, Allahyarham Idrus Ibrahim, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Cheruk Tok Kun Bawah, hari ini. Cuaca redup mengiringi proses pengebumian Allahyarham yang dihadiri ratusan orang terdiri daripada ahli keluarga, saudara-mara, kenalan serta pemimpin politik daripada pelbagai parti. Terdahulu, jenazah Allahyarham dibawa keluar dari kediaman keluarga pada 12.20 tengah hari, [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":15898,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[13,5060,2610,18,51],"authors":[],"class_list":["post-15897","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anwar","tag-idrus-ibrahim","tag-meninggal-dunia","tag-pmx","tag-takziah"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15897","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=15897"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15897\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15899,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15897\/revisions\/15899"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/15898"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=15897"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=15897"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=15897"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=15897"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}