{"id":15900,"date":"2026-09-25T09:00:59","date_gmt":"2026-09-25T09:00:59","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=15900"},"modified":"2026-09-25T09:00:59","modified_gmt":"2026-09-25T09:00:59","slug":"ros-gantung-pn-bersatu-dakwa-perlembagaan-dilanggar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/ros-gantung-pn-bersatu-dakwa-perlembagaan-dilanggar\/","title":{"rendered":"RoS gantung PN: Bersatu dakwa perlembagaan dilanggar"},"content":{"rendered":"<p>Parti Bersatu mendakwa keputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) menggantung semua kegiatan Perikatan Nasional (PN) berkait rapat dengan aduan dibuat parti itu mengenai dakwaan pelanggaran Perlembagaan PN.<\/p>\n<p>Setiausaha Agungnya, Mohamed Azmin Ali berkata, pihaknya menerima salinan perintah penggantungan di bawah subseksyen 13(2A) Akta Pertubuhan 1966 daripada RoS.<\/p>\n<p>Menurutnya, RoS turut mengeluarkan notis bertarikh 22 September lalu di bawah subseksyen 13(2) akta sama bagi mendapatkan penjelasan PN mengenai aduan dikemukakan Bersatu.<\/p>\n<p>\u201cBersatu telah membuat aduan bertulis pada 11 Ogos 2026 kepada JPPM berkenaan pelanggaran Perlembagaan Parti Perikatan Nasional oleh kepimpinan baharu Perikatan Nasional,\u201d katanya dalam kenyataan.<\/p>\n<p>Antara perkara dibangkitkan termasuk dakwaan Bersatu tidak dilibatkan dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi PN pada 16 Julai lalu serta persoalan mengenai kedudukan keanggotaan parti itu dalam gabungan berkenaan.<\/p>\n<p>Azmin mendakwa tindakan menafikan hak Bersatu untuk menghadiri mesyuarat, memberikan pandangan dan mengundi dalam Majlis Tertinggi PN bercanggah dengan Fasal 7.1 Perlembagaan PN.<\/p>\n<p>\u201cBersatu juga telah mengemukakan aduan kepada RoS mengenai kewujudan \u2018kuasa veto\u2019 yang mempengaruhi keputusan yang telah dibuat oleh Majlis Tertinggi Perikatan Nasional,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut mendakwa terdapat individu yang bukan pemegang jawatan dalam Majlis Tertinggi PN mengeluarkan kenyataan yang boleh dianggap sebagai ancaman atau tekanan terhadap Bersatu, termasuk usaha untuk melucutkan atau menggugurkan keanggotaan parti itu dalam PN.<\/p>\n<p>Menurutnya, tindakan sedemikian didakwa bercanggah dengan kuasa diberikan kepada Majlis Presiden PN di bawah Fasal 7A.1(c) Perlembagaan PN.<\/p>\n<p>Azmin berkata, RoS sudah mengesahkan penerimaan aduan Bersatu dan menjalankan penelitian berdasarkan Akta Pertubuhan 1966, peraturan berkaitan serta Perlembagaan PN.<\/p>\n<p>Beliau turut hadir memberikan keterangan kepada JPPM di Putrajaya pada 18 Ogos lalu bagi menjelaskan asas aduan tersebut.<\/p>\n<p>\u201cSaya telah memberikan kerjasama penuh kepada Pegawai Penyiasat RoS dan menerangkan asas aduan yang dibuat pada 11 Ogos 2026,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Sebelum ini, RoS menjelaskan penggantungan PN tidak bermaksud pendaftaran gabungan itu dibatalkan. Sebaliknya, perintah tersebut bertujuan menjaga kepentingan pertubuhan sementara proses berkaitan pelanggaran aturan pertubuhan sedang dijalankan.<\/p>\n<p>Azmin turut menggesa kepimpinan dan pengurusan PN tidak memperlekehkan peranan RoS dengan mengeluarkan dakwaan yang tidak berasas.<\/p>\n<p>\u201cBersatu akan sentiasa melaksanakan tanggungjawab untuk memelihara Perlembagaan Perikatan Nasional dan memastikan perjalanan parti ini adalah telus, berintegriti serta menjunjung prinsip kebertanggungjawaban,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Parti Bersatu mendakwa keputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) menggantung semua kegiatan Perikatan Nasional (PN) berkait rapat dengan aduan dibuat parti itu mengenai dakwaan pelanggaran Perlembagaan PN. Setiausaha Agungnya, Mohamed Azmin Ali berkata, pihaknya menerima salinan perintah penggantungan di bawah subseksyen 13(2A) Akta Pertubuhan 1966 daripada RoS. Menurutnya, RoS turut mengeluarkan notis bertarikh 22 September [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3822,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[73,631,1846,541,951,2991],"authors":[],"class_list":["post-15900","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-bersatu","tag-gantung","tag-mohamed-azmin-ali","tag-perikatan-nasional","tag-pn","tag-ros"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15900","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=15900"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15900\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15901,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15900\/revisions\/15901"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/3822"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=15900"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=15900"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=15900"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=15900"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}