{"id":15909,"date":"2026-09-26T01:25:10","date_gmt":"2026-09-26T01:25:10","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=15909"},"modified":"2026-09-26T01:25:10","modified_gmt":"2026-09-26T01:25:10","slug":"belanjawan-2027-kerajaan-akan-tambah-bantuan-untuk-usahawan-kecil","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/belanjawan-2027-kerajaan-akan-tambah-bantuan-untuk-usahawan-kecil\/","title":{"rendered":"Belanjawan 2027: Kerajaan akan tambah bantuan untuk usahawan kecil"},"content":{"rendered":"<p>Kerajaan akan menambah peruntukan bagi membantu golongan usahawan kecil menerusi Belanjawan 2027 yang akan dibentangkan pada Oktober depan.<\/p>\n<p>Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata, langkah itu penting bagi memastikan usahawan mikro yang menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan turut menikmati manfaat daripada pertumbuhan ekonomi negara.<\/p>\n<p>\u201cDalam belanjawan kita bulan depan, Insya-Allah, saya nak tambah peruntukan untuk usahawan kecil macam ini,\u201d katanya ketika merasmikan Majlis Perasmian Skim Usahawan Bangkit Negeri Kedah di Dewan Kompleks Persekutuan Muadzam Shah, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan semalam.<\/p>\n<p>Majlis itu dihadiri kira-kira 1,500 usahawan dan penjaja kecil dari seluruh Kedah.<\/p>\n<p>Menurut Anwar, pendekatan kerajaan dalam membantu golongan berpendapatan rendah tidak semestinya bergantung kepada projek berskala besar, sebaliknya bantuan kecil yang disalurkan secara terus mampu memberi kesan besar kepada penerima.<\/p>\n<p>Katanya, bantuan kepada usahawan mikro perlu disampaikan dengan lebih mudah tanpa melalui proses birokrasi yang berlebihan.<\/p>\n<p>Beliau memberi contoh bantuan yang diperlukan usahawan kecil termasuk mesin jahit, peti sejuk, peralatan membuat kuih serta kelengkapan lain mengikut jenis perniagaan yang dijalankan.<\/p>\n<p>\u201cAlat dia bukan puluh-puluh ribu, nak RM1,000, RM600, tapi kena bagi kepada dia langsung.<\/p>\n<p>\u201cTak payahlah agensi-agensi, jabatan-jabatan banyak-banyak sangat. Yang penting bagaimana nak cari jalan dengan bantuan kecil, tetapi sampai langsung ke tangan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Anwar berkata, pendekatan sama diterapkan menerusi Skim Usahawan Bangkit Kedah yang dilaksanakan dengan kerjasama Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) dan kerajaan negeri.<\/p>\n<p>Skim berkenaan menjadi antara pendekatan kerajaan untuk membantu usahawan mikro mendapatkan keperluan asas bagi mengembangkan perniagaan mereka.<\/p>\n<p>Anwar turut memuji pelaksanaan skim berkenaan di Kedah dan berharap kejayaan itu dapat dijadikan contoh kepada negeri lain.<\/p>\n<p>\u201cTahniah Kedah kerana jadi nombor satu Skim Usahawan Bangkit di peringkat negeri yang kita selaraskan dengan baik.<\/p>\n<p>\u201cMudah-mudahan kejayaan ini menjadi contoh apabila saya ke negeri-negeri lain,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Belanjawan 2027 dijangka menjadi antara tumpuan utama kerajaan dalam usaha memperkukuh pertumbuhan ekonomi serta memastikan manfaat pembangunan dapat dirasai pelbagai lapisan masyarakat, termasuk golongan usahawan mikro dan penjaja kecil.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kerajaan akan menambah peruntukan bagi membantu golongan usahawan kecil menerusi Belanjawan 2027 yang akan dibentangkan pada Oktober depan. Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata, langkah itu penting bagi memastikan usahawan mikro yang menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan turut menikmati manfaat daripada pertumbuhan ekonomi negara. \u201cDalam belanjawan kita bulan depan, Insya-Allah, saya nak tambah peruntukan untuk usahawan kecil [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":15910,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[13,4750,125,5064,535,18,3432],"authors":[],"class_list":["post-15909","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anwar","tag-belanjawan-2027","tag-kedah","tag-mikro","tag-peruntukan","tag-pmx","tag-usahawan"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15909","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=15909"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15909\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15911,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15909\/revisions\/15911"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/15910"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=15909"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=15909"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=15909"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=15909"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}