{"id":15939,"date":"2026-09-27T09:26:27","date_gmt":"2026-09-27T09:26:27","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=15939"},"modified":"2026-09-27T09:26:27","modified_gmt":"2026-09-27T09:26:27","slug":"logo-pas-bukan-isu-bn-masih-runding-kerjasama-prn-melaka-zahid","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/logo-pas-bukan-isu-bn-masih-runding-kerjasama-prn-melaka-zahid\/","title":{"rendered":"Logo PAS bukan isu, BN masih runding kerjasama PRN Melaka: Zahid"},"content":{"rendered":"<p>Barisan Nasional (BN) menghormati keputusan PAS berhubung penggunaan logo pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, namun bentuk kerjasama politik bagi menghadapi pilihan raya itu masih belum dimuktamadkan.<\/p>\n<p>Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi berkata, beberapa rundingan dengan parti politik berkaitan akan berlangsung minggu ini sebelum keputusan dibawa kepada kepimpinan tertinggi UMNO dan Dewan Tertinggi BN.<\/p>\n<p>\u201cPada minggu ini kita akan ada perbincangan dengan beberapa pihak, dengan parti gabungan mana, dengan parti mana kita akan bertanding.<\/p>\n<p>\u201cKita menghormati keputusan yang akan dibuat oleh mereka, logo dan lambang apa yang mereka akan gunakan. Itu terserah kepada mereka,\u201d katanya selepas merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan ke-18 Parti Makkal Sakti Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), hari ini.<\/p>\n<p>Ahmad Zahid berkata, beliau turut berada di Melaka pada Sabtu dan mengadakan perbincangan dengan Ketua Menteri Melaka, Ab Rauf Yusoh berhubung persiapan menghadapi PRN.<\/p>\n<p>Menurutnya, hasil rundingan dengan pihak berkaitan akan dibawa kepada kepimpinan UMNO dan BN sebelum sebarang bentuk persefahaman politik diputuskan.<\/p>\n<p>\u201cIni untuk kita memuktamadkan bentuk persefahaman atau kerjasama yang perlu kita lakukan apabila Melaka menjalankan pilihan raya,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Isu penggunaan logo menjadi perhatian selepas PAS dan Perikatan Nasional (PN) berdepan penggantungan kegiatan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) bermula 23 September lalu.<\/p>\n<p>Setiausaha Agung PN merangkap Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan sebelum ini berkata, PN tidak menolak kemungkinan menggunakan logo PAS atau parti komponen lain sekiranya penggantungan itu masih berkuat kuasa ketika PRN Melaka.<\/p>\n<p>PAS juga dilaporkan tidak mempunyai masalah menggunakan logo sendiri bagi memastikan kerjasama politik dapat diteruskan.<\/p>\n<p>Pada Khamis, Pengarah Pilihan Raya PAS, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, kepimpinan pusat parti itu masih belum membincangkan secara khusus logo yang akan digunakan pada PRN Melaka.<\/p>\n<p>RoS menggantung semua kegiatan PN di bawah Subseksyen 13(2A) Akta Pertubuhan 1966 selepas mengeluarkan notis meminta penjelasan berhubung aduan diterima. RoS menjelaskan tindakan itu bukan pembatalan pendaftaran PN.<\/p>\n<p>PN pula menyatakan tidak bersetuju dengan asas keputusan berkenaan dan akan mengambil tindakan melalui saluran undang-undang.<\/p>\n<p>Sementara itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijadual mengadakan mesyuarat pada 7 Oktober ini bagi menentukan tarikh penting PRN Melaka termasuk hari penamaan calon, pengundian awal dan hari pengundian.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Barisan Nasional (BN) menghormati keputusan PAS berhubung penggunaan logo pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, namun bentuk kerjasama politik bagi menghadapi pilihan raya itu masih belum dimuktamadkan. Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi berkata, beberapa rundingan dengan parti politik berkaitan akan berlangsung minggu ini sebelum keputusan dibawa kepada kepimpinan tertinggi UMNO dan Dewan Tertinggi BN. \u201cPada [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":13678,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[2680,147,378,824,1712,192,126,103],"authors":[],"class_list":["post-15939","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-ab-rauf-yusoh","tag-ahmad-zahid-hamidi","tag-bn","tag-kerjasama","tag-logo","tag-melaka","tag-pas","tag-prn"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15939","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=15939"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15939\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15940,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15939\/revisions\/15940"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/13678"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=15939"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=15939"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=15939"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=15939"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}