{"id":15956,"date":"2026-09-27T23:45:08","date_gmt":"2026-09-27T23:45:08","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=15956"},"modified":"2026-09-27T23:45:08","modified_gmt":"2026-09-27T23:45:08","slug":"kemelut-negeri-sembilan-apa-dibincang-adun-umno-negeri-dengan-zahid","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/kemelut-negeri-sembilan-apa-dibincang-adun-umno-negeri-dengan-zahid\/","title":{"rendered":"Kemelut Negeri Sembilan: Apa dibincang ADUN UMNO negeri dengan Zahid?"},"content":{"rendered":"<p>Pertemuan antara wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) Negeri Sembilan dengan Pengerusi BN, Zahid Hamidi, berakhir selepas hampir tiga jam malam tadi, namun hasil perbincangan berhubung kemelut pentadbiran negeri itu masih menjadi tanda tanya.<\/p>\n<p>Pertemuan yang berlangsung di Menara Dato\u2019 Onn itu dipercayai membincangkan beberapa pilihan bagi meredakan krisis politik dan pentadbiran Negeri Sembilan yang semakin memuncak sejak kebelakangan ini.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, tiada seorang pun wakil rakyat yang hadir memberikan penjelasan kepada media selepas pertemuan berkenaan.<\/p>\n<p>Ketua Pemuda UMNO Negeri Sembilan, Fadil Zain, hanya memaklumkan perkembangan lanjut akan diumumkan Zahid sendiri.<\/p>\n<p>\u201cNanti presiden (Zahid) akan buat kenyataan,\u201d katanya ketika ditemui selepas pertemuan itu.<\/p>\n<p>Pertemuan berkenaan diketuai Menteri Besar Negeri Sembilan, Ismail Lasim, dan turut dihadiri Ketua UMNO Negeri Sembilan, Jalaluddin Alias yang juga ADUN Pertang.<\/p>\n<p>Turut hadir Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Fairuz Mohd Isa yang juga ADUN Serting serta Razali Abu Samah, ADUN Sikamat daripada Parti Wawasan Negara.<\/p>\n<p>Perbincangan itu berlangsung ketika krisis pentadbiran Negeri Sembilan memasuki fasa baharu susulan keputusan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, membatalkan pelantikan 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) berkuat kuasa 20 September lalu.<\/p>\n<p>Sepuluh bekas Exco berkenaan ialah Faizal Ramli, Zaifulbahri Idris, Mustapha Nagoor, Siow Kong Choon, Siti Nur Umaira, Asna Amin, Razi Ali, Suhaimizan Bizar, Fairuz dan Razali.<\/p>\n<p>Kemelut turut berkait dengan isu proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz pada April lalu yang sebelum ini diterima oleh 10 bekas Exco terbabit.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, Jabatan Peguam Negara (AGC) kemudian memutuskan proklamasi berkenaan tidak sah kerana tidak memenuhi kehendak mandatori Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959.<\/p>\n<p>AGC turut menegaskan Menteri Besar dan Exco tidak mempunyai kuasa secara unilateral untuk mengosongkan jawatan Yang Dipertuan Besar.<\/p>\n<p>Perkembangan itu kini memberi tekanan kepada pentadbiran negeri, dengan perhatian tertumpu kepada langkah seterusnya yang akan diambil kerajaan negeri serta pimpinan parti selepas pertemuan bersama Zahid.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pertemuan antara wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) Negeri Sembilan dengan Pengerusi BN, Zahid Hamidi, berakhir selepas hampir tiga jam malam tadi, namun hasil perbincangan berhubung kemelut pentadbiran negeri itu masih menjadi tanda tanya. Pertemuan yang berlangsung di Menara Dato\u2019 Onn itu dipercayai membincangkan beberapa pilihan bagi meredakan krisis politik dan pentadbiran [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":9664,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[356,147,378,5074,4644,585,1154,3684,146],"authors":[],"class_list":["post-15956","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-adun","tag-ahmad-zahid-hamidi","tag-bn","tag-derhaka","tag-ismail-lasim","tag-krisis","tag-negeri-sembilan","tag-tuanku-muhriz-tuanku-munawir","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15956","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=15956"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15956\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15957,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15956\/revisions\/15957"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/9664"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=15956"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=15956"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=15956"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=15956"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}