{"id":15958,"date":"2026-09-27T23:51:37","date_gmt":"2026-09-27T23:51:37","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=15958"},"modified":"2026-09-27T23:51:37","modified_gmt":"2026-09-27T23:51:37","slug":"kerajaan-negeri-sembilan-perlu-berfungsi-seperti-biasa-jalaluddin","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/kerajaan-negeri-sembilan-perlu-berfungsi-seperti-biasa-jalaluddin\/","title":{"rendered":"Kerajaan Negeri Sembilan perlu berfungsi seperti biasa: Jalaluddin"},"content":{"rendered":"<p>Kerajaan Negeri Sembilan perlu terus berfungsi seperti biasa bagi memastikan urusan rakyat tidak terjejas susulan kemelut pentadbiran yang sedang berlaku di negeri itu.<\/p>\n<p>Pengerusi UMNO Negeri Sembilan, Jalaluddin Alias berkata, perkara itu menjadi antara fokus utama mesyuarat khas bersama 25 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN dan Perikatan Nasional (PN) yang dipengerusikan Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi di Menara Dato\u2019 Onn, malam tadi.<\/p>\n<p>\u201cInti pati perbincangan ialah kerajaan Negeri Sembilan mesti berjalan seperti biasa untuk kesejahteraan dan kepentingan rakyat.<\/p>\n<p>\u201cHal itu yang mesti diberi tumpuan dan insya-Allah daripada perbincangan yang panjang lebar, akan ada satu pendekatan supaya pihak kerajaan berjalan seperti biasa untuk kepentingan rakyat,\u201d katanya menurut laporan Bernama.<\/p>\n<p>Mesyuarat yang berlangsung hampir tiga jam itu diadakan ketika pentadbiran Negeri Sembilan berdepan kemelut susulan pembatalan pelantikan 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco).<\/p>\n<p>Perkembangan itu mencetuskan persoalan mengenai kelancaran pentadbiran negeri, termasuk pelaksanaan program dan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.<\/p>\n<p>Mengulas kemungkinan kerajaan negeri meneruskan pentadbiran tanpa barisan Exco, Jalaluddin berkata terdapat pelbagai kaedah yang boleh digunakan.<\/p>\n<p>\u201cTentunya Menteri Besar mempunyai formula tertentu untuk menggerakkan jentera kerajaan supaya agenda berkaitan kepentingan rakyat dapat diteruskan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Menurutnya, beliau hadir dalam pertemuan itu atas kapasiti sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, manakala perbincangan turut disertai wakil parti dan ADUN berkaitan.<\/p>\n<p>Sebelum mesyuarat, Ahmad Zahid berkata pertemuan itu bertujuan menyelaras usaha dan mengenal pasti pilihan terbaik bagi menyelesaikan kemelut berkenaan dengan mengambil kira Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri, peraturan DUN serta adat Negeri Sembilan.<\/p>\n<p>Beliau turut memberikan mandat kepada Menteri Besar Negeri Sembilan, Ismail Lasim untuk mencari penyelesaian terbaik termasuk menghadap Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, Undang Yang Empat dan Tunku Besar Tampin.<\/p>\n<p>Ahmad Zahid turut berpandangan keadaan keselamatan dan ketenteraman awam di Negeri Sembilan masih terkawal dan tidak memerlukan pengisytiharan darurat politik.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kerajaan Negeri Sembilan perlu terus berfungsi seperti biasa bagi memastikan urusan rakyat tidak terjejas susulan kemelut pentadbiran yang sedang berlaku di negeri itu. Pengerusi UMNO Negeri Sembilan, Jalaluddin Alias berkata, perkara itu menjadi antara fokus utama mesyuarat khas bersama 25 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN dan Perikatan Nasional (PN) yang dipengerusikan Pengerusi BN, Ahmad [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":9668,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[5074,2580,4644,1265,408,1154,146],"authors":[],"class_list":["post-15958","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-derhaka","tag-exco","tag-ismail-lasim","tag-jalaluddin-alias","tag-menteri-besar","tag-negeri-sembilan","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15958","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=15958"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15958\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15959,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15958\/revisions\/15959"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/9668"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=15958"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=15958"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=15958"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=15958"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}