{"id":1596,"date":"2025-07-18T01:57:05","date_gmt":"2025-07-18T01:57:05","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=1596"},"modified":"2025-07-18T01:57:05","modified_gmt":"2025-07-18T01:57:05","slug":"adendum-kenapa-ketua-umno-bahagian-bermesyuarat-ketika-zahid-di-luar-negara","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/adendum-kenapa-ketua-umno-bahagian-bermesyuarat-ketika-zahid-di-luar-negara\/","title":{"rendered":"Adendum: Kenapa Ketua UMNO Bahagian bermesyuarat ketika Zahid di luar negara?"},"content":{"rendered":"<p>Semalam berlangsung pertemuan ketua-ketua UMNO Bahagian di sebuah hotel bagi membincangkan isu titah adendum terhadap bekas perdana menteri, Najib Razak.<\/p>\n<p>Anehnya, mesyuarat malam tadi itu berlangsung tanpa kehadiran Presiden parti, Ahmad Zahid Hamidi yang diketahui sedang dalam lawatan kerja di luar negara dan masih belum pulang.<\/p>\n<p>Kumpulan ketua bahagian itu kemudiaannya mendesak Zahid mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk membincangkan pelaksanaan tahanan dalam rumah kepada Najib.<\/p>\n<p>Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju, Mohd Shafei Abdullah, berkata pemimpin bahagian tidak akan berdiam diri sekiranya titah adendum itu tidak dilaksanakan oleh Anwar.<\/p>\n<p>&#8220;Saya mewakili 145 Ketua UMNO Bahagian seluruh negara yang menghadiri perjumpaan tertutup ini, manakala 15 lagi tidak hadir.<\/p>\n<p>&#8220;Perjumpaan khas ini diadakan atas semangat memperkukuhkan kerja untuk Presiden yang terdahulu, kini dan selamanya, termasuk usaha memastikan titah adendum itu dilaksanakan segera.<\/p>\n<p>&#8220;Namun jika Titah Adendum itu tidak dilaksanakan oleh Perdana Menteri, kami tidak akan berdiam diri. Kami akan &#8216;menyeberangi jambatan&#8217; apabila tiba masanya (we cross the bridge when we come to it),&#8221; katanya pada sidang media selepas Perjumpaan Khas Ketua-ketua UMNO Bahagian.<\/p>\n<p>Antara yang hadir ialah Ketua UMNO Bahagian Langkawi, Mohd Nazifuddin Najib; Ahmad Bashah Md Hanipah (Alor Setar); Suraya Yaacob (Pendang); Jamil Khir Baharom (Jerai); ohan Abdul Aziz (Hulu Langat); dan Ahmad Said (Kemaman).<\/p>\n<p>Mengulas lanjut, Mohd Shafei menekankan bahawa fakta mengenai kewujudan titah itu sudah disahkan secara rasmi oleh Istana Pahang melalui surat bertarikh 4 Januari lalu, selain turut diputuskan sebagai sah oleh Mahkamah Rayuan pada 6 Januari 2025.<\/p>\n<p>&#8220;Namun, amat mendukacitakan apabila titah itu disorok lebih setahun oleh bekas Peguam Negara, yang jelas menafikan prinsip ketelusan, kebertanggungjawaban dan mencemarkan institusi diraja,&#8221; dakwanya.<\/p>\n<p>Berikutan itu, katanya, Ketua-ketua UMNO Bahagian sebulat suara bersetuju mendesak kerajaan segera melaksanakan tiga keputusan utama dalam mempertahankan keadilan dan institusi diraja.<\/p>\n<p>Beliau berkata, isu itu bukan sekadar membabitkan nasib seorang individu, sebaliknya membabitkan soal kedaulatan undang-undang dan penghormatan terhadap institusi diraja yang wajib dipertahankan.<\/p>\n<p>Mohd Shafei sekali gus menzahirkan keyakinan bahawa Perdana Menteri akan mengambil tindakan sewajarnya dalam masa terdekat untuk menghormati titah adendum itu dan mengelakkan ketegangan politik.<\/p>\n<p>Mengulas mengenai kenyataan Lim Lip Eng yang didakwa mempersendakan titah itu pula, Mohd Shafei berkata, ia hanya pandangan peribadi Ahli Parlimen Kepong itu dan tidak mencerminkan pendirian parti dalam kerajaan perpaduan.<\/p>\n<p>&#8220;Kita mendesak kerajaan untuk mengambil tindakan segera&#8230; kalau boleh semalam,&#8221; katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Semalam berlangsung pertemuan ketua-ketua UMNO Bahagian di sebuah hotel bagi membincangkan isu titah adendum terhadap bekas perdana menteri, Najib Razak. Anehnya, mesyuarat malam tadi itu berlangsung tanpa kehadiran Presiden parti, Ahmad Zahid Hamidi yang diketahui sedang dalam lawatan kerja di luar negara dan masih belum pulang. Kumpulan ketua bahagian itu kemudiaannya mendesak Zahid mengadakan pertemuan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1597,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[263,13,937,121,18,262,146],"authors":[],"class_list":["post-1596","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-adendum","tag-anwar","tag-bahagian","tag-najib","tag-pmx","tag-titah","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/1596","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=1596"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/1596\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":1598,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/1596\/revisions\/1598"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1597"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=1596"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=1596"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=1596"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=1596"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}