{"id":15980,"date":"2026-09-28T04:33:33","date_gmt":"2026-09-28T04:33:33","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=15980"},"modified":"2026-09-28T04:33:33","modified_gmt":"2026-09-28T04:33:33","slug":"pertemuan-terakhir-dengan-siti-hasmah-jadi-kenangan-syed-saddiq","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/pertemuan-terakhir-dengan-siti-hasmah-jadi-kenangan-syed-saddiq\/","title":{"rendered":"Pertemuan terakhir dengan Siti Hasmah jadi kenangan Syed Saddiq"},"content":{"rendered":"<p>Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, menyifatkan pertemuan terakhirnya bersama Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali empat hari lalu sebagai kenangan yang akan kekal dalam ingatan sepanjang hayat.<\/p>\n<p>Syed Saddiq berkata, beliau bersama tunangnya, Bella Astillah, sempat meluangkan masa bersama Allahyarham di kediaman bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.<\/p>\n<p>&#8220;Kalaulah saya tahu itu pertemuan terakhir kita, saya berharap dua jam (pertemuan) kekal selamanya,&#8221; katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.<\/p>\n<p>Allahyarham Dr Siti Hasmah meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pagi ini pada usia 100 tahun.<\/p>\n<p>Syed Saddiq turut meluahkan rasa terkilan apabila hasrat Allahyarham untuk menghadiri majlis perkahwinannya bersama Bella pada 10 Oktober ini tidak kesampaian.<\/p>\n<p>Menurutnya, walaupun Bella dan beliau tidak dapat memenuhi hasrat itu, segala nasihat yang diberikan Allahyarham akan terus menjadi pegangan mereka dalam membina rumah tangga.<\/p>\n<p>&#8220;Saddiq dan Bella tak dapat memenuhi hajat Tun untuk hadir ke majlis perkahwinan kami nanti tetapi saya berjanji semua nasihat Tun akan tetap diingati.<\/p>\n<p>&#8220;Kami akan pegang setiap nasihat itu dalam rumah tangga, kehidupan kami, dan insya-Allah, sepanjang hayat,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut berkongsi beberapa foto kenangan bersama Allahyarham, termasuk ketika mereka menjamu selera dan berbual bersama.<\/p>\n<p>Menurut Syed Saddiq, pertemuan itu dipenuhi gurauan, cerita serta nasihat berkaitan perkahwinan, keluarga dan kehidupan.<\/p>\n<p>Beliau menyifatkan Dr Siti Hasmah sebagai seorang yang berhati mulia, penyayang dan mempunyai kebijaksanaan hasil pengalaman hidup yang panjang.<\/p>\n<p>&#8220;Tun orangnya berhati mulia, kelakar, penyayang dan kebijaksanaannya hanya dapat diperoleh melalui pengalaman hidup yang sarat dengan kasih sayang dan pengorbanan.<\/p>\n<p>&#8220;Dan hari ini, Tun sudah tiada. Saya benar-benar masih tidak mampu menerima kenyataan ini. Saya sayangkan Tun,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Pemergian Dr Siti Hasmah sebelum ini disahkan anaknya, Mokhzani Mahathir. Allahyarham meninggalkan tujuh anak serta legasi panjang sebagai tokoh perubatan dan isteri kepada bekas Perdana Menteri.<\/p>\n<p>Syed Saddiq mengakhiri perkongsiannya dengan mendoakan Allahyarham ditempatkan di syurga tertinggi serta memohon agar mereka dipertemukan kembali suatu hari nanti.<\/p>\n<p>&#8220;Semoga Allah SWT menempatkan Tun di syurga yang tertinggi dan mempertemukan kita di sana, Tun. Al-Fatihah,&#8221; katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, menyifatkan pertemuan terakhirnya bersama Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali empat hari lalu sebagai kenangan yang akan kekal dalam ingatan sepanjang hayat. Syed Saddiq berkata, beliau bersama tunangnya, Bella Astillah, sempat meluangkan masa bersama Allahyarham di kediaman bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. &#8220;Kalaulah saya [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":5902,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[459,2219,4619,51,5076],"authors":[],"class_list":["post-15980","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-dr-mahathir","tag-muar","tag-syed-saddiq-syed-abdul-rahman","tag-takziah","tag-tun-dr-siti-hasmah-mohd-ali"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15980","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=15980"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15980\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15981,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15980\/revisions\/15981"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/5902"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=15980"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=15980"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=15980"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=15980"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}