{"id":16022,"date":"2026-09-29T03:04:59","date_gmt":"2026-09-29T03:04:59","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=16022"},"modified":"2026-09-29T03:04:59","modified_gmt":"2026-09-29T03:04:59","slug":"amk-gesa-pas-isytihar-zahid-sebagai-poster-boy-calon-pm","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/amk-gesa-pas-isytihar-zahid-sebagai-poster-boy-calon-pm\/","title":{"rendered":"AMK gesa PAS isytihar Zahid sebagai \u2018poster boy\u2019 calon PM"},"content":{"rendered":"<p>Angkatan Muda Keadilan (AMK) mencabar PAS menamakan Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi sebagai calon Perdana Menteri jika gabungan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) benar-benar mahu bekerjasama menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16).<\/p>\n<p>Pengarah Strategi AMK, Mohd Shafiq Iqram Abdullah berkata, kerjasama antara BN dan PN perlu disertai penjelasan jelas mengenai bentuk kerajaan yang mahu dibentuk serta individu yang bakal menerajui pentadbiran selepas pilihan raya.<\/p>\n<p>Menurutnya, nama Ahmad Zahid kini disebut sebagai antara kemungkinan calon Perdana Menteri, sedangkan PAS sebelum ini turut memberi gambaran memiliki calon sendiri untuk jawatan berkenaan.<\/p>\n<p>\u201cJadi saya nak tanya secara terus kepada PAS. Kalau BN-PN membentuk kerajaan selepas PRU-16, adakah PAS bersedia menerima Ahmad Zahid sebagai Perdana Menteri?<\/p>\n<p>\u201cKalau tidak, siapa calon yang PAS mahu? Dan kalau BN pula mempunyai calon yang berbeza, bagaimana keputusan itu akan dibuat?\u201d katanya dalam kenyataan hari ini.<\/p>\n<p>Kenyataan itu susulan pandangan Pensyarah Kanan Sains Politik, Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi UiTM Pahang, Kampus Raub, Muhammad Ariff Asyrul Adnan sebelum ini yang berpandangan PAS perlu bersedia menerima kemungkinan Ahmad Zahid menjadi Perdana Menteri selepas PRU-16.<\/p>\n<p>Beliau turut menyifatkan penerimaan Ahmad Zahid oleh PAS, sekiranya BN dan PN bekerjasama, bukan sekadar soal menerima seorang pemimpin UMNO tetapi sebahagian daripada persetujuan politik antara parti yang terbabit.<\/p>\n<p>Sebelum ini, bekas pemimpin DAP, Ong Kian Ming turut membuat jangkaan Ahmad Zahid berpotensi menjadi Perdana Menteri sekiranya BN dan PN membentuk pakatan serta memenangi PRU-16.<\/p>\n<p>Mohd Shafiq berkata, persoalan siapa yang bakal menjadi Perdana Menteri akhirnya berkait dengan mandat rakyat dan perlu dijelaskan sebelum pengundian berlangsung.<\/p>\n<p>\u201cKalau BN-PN mahu membentuk sebuah kerajaan bersama, mereka perlu menjelaskan perkara asas ini kepada rakyat.<\/p>\n<p>\u201cSiapa calon Perdana Menteri mereka?<\/p>\n<p>\u201cBagi saya, soalan ini wajar dijawab secara terbuka sebelum PRU16, bukan selepas keputusan pilihan raya diketahui,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Angkatan Muda Keadilan (AMK) mencabar PAS menamakan Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi sebagai calon Perdana Menteri jika gabungan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) benar-benar mahu bekerjasama menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16). Pengarah Strategi AMK, Mohd Shafiq Iqram Abdullah berkata, kerjasama antara BN dan PN perlu disertai penjelasan jelas mengenai bentuk kerajaan yang [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":14904,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[147,164,4846,126,9,795,101,146],"authors":[],"class_list":["post-16022","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-ahmad-zahid-hamidi","tag-amk","tag-mohd-shafiq-iqram-abdullah","tag-pas","tag-pkr","tag-poster-boy","tag-pru-16","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16022","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=16022"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16022\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":16023,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16022\/revisions\/16023"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/14904"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=16022"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=16022"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=16022"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=16022"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}