{"id":16047,"date":"2026-09-30T02:00:53","date_gmt":"2026-09-30T02:00:53","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=16047"},"modified":"2026-09-30T02:00:53","modified_gmt":"2026-09-30T02:00:53","slug":"guan-eng-cadang-pekerja-asing-dikecualikan-daripada-kenaikan-gaji-minimum","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/guan-eng-cadang-pekerja-asing-dikecualikan-daripada-kenaikan-gaji-minimum\/","title":{"rendered":"Guan Eng cadang pekerja asing dikecualikan daripada kenaikan gaji minimum"},"content":{"rendered":"<p>Kerajaan digesa mengecualikan pekerja asing daripada sebarang kenaikan gaji minimum yang bakal diputuskan, selain memansuhkan segera caruman dua peratus Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi golongan itu.<\/p>\n<p>Penasihat DAP, Lim Guan Eng berkata langkah berkenaan penting bagi melindungi kepentingan pekerja tempatan serta mengurangkan tekanan kos yang sedang dihadapi majikan, khususnya perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).<\/p>\n<p>Menurutnya, pekerja asing tidak sepatutnya menerima manfaat daripada kenaikan gaji minimum sekiranya mereka telah diambil bekerja berdasarkan kontrak dan kadar gaji yang dipersetujui antara majikan dengan pekerja.<\/p>\n<p>\u201cLindungi PMKS dan utamakan perniagaan tempatan terlebih dulu, dengan mengecualikan pekerja asing daripada mendapat manfaat melalui sebarang kenaikan gaji minimum,\u201d katanya menerusi Facebook malam tadi.<\/p>\n<p>Guan Eng turut berpandangan caruman KWSP dua peratus bagi pekerja asing perlu dimansuhkan kerana langkah itu didakwa menambah kos kepada majikan tempatan, terutama PMKS, tanpa memberi manfaat besar kepada pekerja asing.<\/p>\n<p>Beliau berkata, keresahan dalam kalangan peniaga tempatan semakin meningkat susulan bayangan kerajaan untuk menyemak kadar gaji minimum sektor swasta.<\/p>\n<p>Katanya, PMKS kini berdepan tekanan persaingan yang sengit, termasuk pemotongan harga oleh pengeluar luar negara, selain peningkatan kos operasi, cukai dan pematuhan.<\/p>\n<p>\u201cDalam keadaan ekonomi yang agak lembap, kerajaan diharap dapat mengadakan libat urus dengan peniaga dan PMKS yang terjejas,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Perdana Menteri, Anwar Ibrahim sebelum ini memberi bayangan isu gaji pekerja akan menjadi antara perkara penting dalam pembentangan Belanjawan 2027 pada 9 Oktober ini.<\/p>\n<p>Anwar berkata pendekatan lebih tegas perlu diambil bagi menangani jurang antara keuntungan korporat dengan gaji pekerja, selain memastikan manfaat ekonomi diagihkan secara lebih seimbang.<\/p>\n<p>Ketika ini, Perintah Gaji Minimum 2024 menetapkan kadar gaji minimum RM1,700 dan mula berkuat kuasa pada Februari 2025. Kadar itu terpakai kepada semua pekerja, termasuk pekerja bukan warganegara dalam sektor swasta, kecuali pekhidmat domestik dan kontrak perantisan.<\/p>\n<p>Cadangan Guan Eng itu hadir ketika kerajaan dijangka menilai semula dasar berkaitan gaji dan kos penggajian menjelang Belanjawan 2027, dengan kepentingan pekerja, majikan serta daya saing perniagaan menjadi antara perkara yang mendapat perhatian.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kerajaan digesa mengecualikan pekerja asing daripada sebarang kenaikan gaji minimum yang bakal diputuskan, selain memansuhkan segera caruman dua peratus Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi golongan itu. Penasihat DAP, Lim Guan Eng berkata langkah berkenaan penting bagi melindungi kepentingan pekerja tempatan serta mengurangkan tekanan kos yang sedang dihadapi majikan, khususnya perusahaan mikro, kecil dan sederhana [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":2331,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[3425,63,106,488,79,5102,2506],"authors":[],"class_list":["post-16047","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-caruman","tag-dap","tag-gaji","tag-kwsp","tag-lim-guan-eng","tag-minimum","tag-pekerja-asing"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16047","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=16047"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16047\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":16048,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16047\/revisions\/16048"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/2331"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=16047"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=16047"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=16047"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=16047"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}