{"id":16072,"date":"2026-09-30T06:46:19","date_gmt":"2026-09-30T06:46:19","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=16072"},"modified":"2026-09-30T06:46:19","modified_gmt":"2026-09-30T06:46:19","slug":"umno-tak-paksa-ph-pintu-kerjasama-masih-terbuka-asyraf-wajdi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/umno-tak-paksa-ph-pintu-kerjasama-masih-terbuka-asyraf-wajdi\/","title":{"rendered":"UMNO tak paksa PH, pintu kerjasama masih terbuka: Asyraf Wajdi"},"content":{"rendered":"<p>UMNO tidak akan memaksa Pakatan Harapan (PH) untuk bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, namun parti itu tetap membuka ruang kerjasama dengan mana-mana pihak.<\/p>\n<p>Setiausaha Agung UMNO, Asyraf Wajdi Dusuki berkata keputusan untuk bekerjasama atau sebaliknya adalah hak setiap parti dan UMNO menghormati pendirian berkenaan.<\/p>\n<p>\u201cKalau dia tak nak kerjasama, itu hak dia. Kita tak boleh paksa. Itu parti dia, bukan parti kita.<\/p>\n<p>\u201cKita sentiasa terbuka,\u201d katanya kepada media selepas majlis prapelancaran Mara Automotive Ecosystem (Matec) 2026 di Menara MARA.<\/p>\n<p>Beliau berkata demikian ketika mengulas pendirian Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad, yang sebelum ini menyatakan PH tidak akan bekerjasama dengan BN pada PRN Melaka akan datang.<\/p>\n<p>Khalid turut menyatakan PH terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana parti kecuali BN dan Perikatan Nasional (PN).<\/p>\n<p>Dalam perkembangan berkaitan, spekulasi mengenai kemungkinan kerjasama antara PH dan Bersatu turut menjadi perhatian susulan pertemuan tertutup pemimpin kedua-dua pihak di sebuah hotel di Melaka.<\/p>\n<p>Pertemuan itu dihadiri beberapa pemimpin termasuk Ketua Penerangan Bersatu, Faisal Ismail Aziz; Pengarah Pilihan Raya Bersatu Melaka, Mohamad Ali Mohamad; Ketua Amanah Melaka, Ashraf Mukhlis Minghat dan Pemangku Ketua PKR Melaka, Adam Adli.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, Pengarah Komunikasi PH, Fahmi Fadzil, sebelum ini menjelaskan tiada perbincangan rasmi mengenai kerjasama berkenaan.<\/p>\n<p>Menurutnya, sebarang keputusan berkaitan kerjasama politik perlu diputuskan oleh Majlis Presiden PH.<\/p>\n<p>Sementara itu, Asyraf berkata UMNO masih menjalankan rundingan dan setakat ini belum membentuk sebarang jajaran politik baharu bagi menghadapi PRN Melaka.<\/p>\n<p>Katanya, parti itu masih menunggu perkembangan termasuk pengumuman rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai tarikh pilihan raya.<\/p>\n<p>\u201cSetakat ini sedang berunding. Kita tunggu. Suruhanjaya Pilihan Raya belum umum tarikh.<\/p>\n<p>\u201cMasih jajaran sama,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>UMNO tidak akan memaksa Pakatan Harapan (PH) untuk bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, namun parti itu tetap membuka ruang kerjasama dengan mana-mana pihak. Setiausaha Agung UMNO, Asyraf Wajdi Dusuki berkata keputusan untuk bekerjasama atau sebaliknya adalah hak setiap parti dan UMNO menghormati pendirian berkenaan. \u201cKalau dia tak nak kerjasama, [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":15377,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[4154,824,192,727,347,103,146],"authors":[],"class_list":["post-16072","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-asyraf-wajdi-dusuki","tag-kerjasama","tag-melaka","tag-pakatan-harapan","tag-ph","tag-prn","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16072","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=16072"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16072\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":16073,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16072\/revisions\/16073"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/15377"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=16072"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=16072"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=16072"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=16072"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}