{"id":16090,"date":"2026-10-01T03:17:39","date_gmt":"2026-10-01T03:17:39","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=16090"},"modified":"2026-10-01T03:17:39","modified_gmt":"2026-10-01T03:17:39","slug":"razali-idris-beri-bayangan-tinggalkan-bersatu-sertai-parti-lain","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/razali-idris-beri-bayangan-tinggalkan-bersatu-sertai-parti-lain\/","title":{"rendered":"Razali Idris beri bayangan tinggalkan Bersatu, sertai parti lain"},"content":{"rendered":"<p>Exco Terengganu, Razali Idris, memberi bayangan akan meninggalkan Bersatu selepas 10 tahun memegang pelbagai jawatan kepimpinan dalam parti itu.<\/p>\n<p>Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal itu dalam hantaran di Facebook memaklumkan tempoh 10 tahun beliau sebagai pemimpin Bersatu berakhir semalam, sambil memberi petunjuk akan meneruskan perjalanan politik menerusi wadah baharu.<\/p>\n<p>\u201c10 tahun sebagai pemimpin Bersatu hari ini berhenti. InsyaAllah, saya jalan terus dengan wadah baru,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Perkembangan itu menguatkan spekulasi mengenai hala tuju politik Razali selepas beliau melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Bersatu Terengganu pada Ogos lalu.<\/p>\n<p>Beliau sebelum ini turut memaklumkan akan berundur sebagai Ketua Bersatu Bahagian Marang pada pertengahan September, namun tidak menjelaskan secara terbuka alasan di sebalik keputusan berkenaan.<\/p>\n<p>Razali pernah memegang jawatan Ketua Penerangan Bersatu dan menjadi antara pemimpin utama parti itu di Terengganu.<\/p>\n<p>Selepas peletakan jawatannya sebagai pimpinan negeri, dua lagi ADUN Bersatu turut melepaskan jawatan masing-masing dalam kepimpinan Bersatu Terengganu, masing-masing sebagai ketua penerangan dan bendahari.<\/p>\n<p>Perkembangan itu berlaku ketika Bersatu berdepan pergolakan dalaman susulan tindakan parti terhadap beberapa pemimpin, termasuk pemecatan bekas Timbalan Presiden Bersatu, Hamzah Zainudin, pada Februari lalu.<\/p>\n<p>Hamzah kemudian melancarkan Wawasan yang menyertai gabungan Perikatan Nasional (PN) bersama Pejuang pada Jun.<\/p>\n<p>Dalam tempoh sama, hubungan antara Bersatu dan PAS turut mengalami ketegangan selepas PAS mengumumkan penamatan kerjasama politik dengan Bersatu pada Jun.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Exco Terengganu, Razali Idris, memberi bayangan akan meninggalkan Bersatu selepas 10 tahun memegang pelbagai jawatan kepimpinan dalam parti itu. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal itu dalam hantaran di Facebook memaklumkan tempoh 10 tahun beliau sebagai pemimpin Bersatu berakhir semalam, sambil memberi petunjuk akan meneruskan perjalanan politik menerusi wadah baharu. \u201c10 tahun sebagai pemimpin Bersatu [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1314,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[73,2580,5116,2581,4152],"authors":[],"class_list":["post-16090","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-bersatu","tag-exco","tag-razali","tag-terengganu","tag-wawasan"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16090","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=16090"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16090\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":16091,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16090\/revisions\/16091"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1314"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=16090"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=16090"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=16090"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=16090"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}