{"id":16092,"date":"2026-10-01T03:19:16","date_gmt":"2026-10-01T03:19:16","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=16092"},"modified":"2026-10-01T03:20:21","modified_gmt":"2026-10-01T03:20:21","slug":"prn-melaka-bn-masih-buka-pintu-kerjasama-termasuk-dengan-ph","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/prn-melaka-bn-masih-buka-pintu-kerjasama-termasuk-dengan-ph\/","title":{"rendered":"PRN Melaka: BN masih buka pintu kerjasama, termasuk dengan PH"},"content":{"rendered":"<p>Barisan Nasional (BN) Melaka masih membuka ruang untuk bekerjasama dengan mana-mana parti bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, kata Pengerusinya, Ab Rauf Yusoh.<\/p>\n<p>Ab Rauf yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka berkata, BN ketika ini tidak menetapkan sebarang gabungan sebagai rakan strategik, sebaliknya semua kemungkinan masih terbuka untuk dibincangkan.<\/p>\n<p>Menurutnya, setiap cadangan kerjasama akan dinilai secara mendalam sebelum dibawa ke peringkat kepimpinan tertinggi UMNO untuk keputusan rasmi.<\/p>\n<p>\u201cJadi saya tak menjurus kepada mana-mana gabungan untuk menjadi rakan strategik, tapi akhirnya nanti menjurus kepada penilaian dan kajian yang mendalam.<\/p>\n<p>\u201cKeputusan akan diputuskan oleh Majlis Kerja Tertinggi UMNO,\u201d katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Negeri Melaka di Seri Bendahara, malam tadi.<\/p>\n<p>Ab Rauf berkata, proses rundingan turut mengambil kira pandangan Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi, termasuk menilai kesan sesuatu kerjasama kepada parti dan negeri.<\/p>\n<p>Beliau berkata demikian ketika mengulas perkembangan rundingan politik menjelang PRN Melaka, yang kini semakin mendapat perhatian susulan penggal Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka akan berakhir pada Disember ini.<\/p>\n<p>Sebelum ini, Ab Rauf diberikan mandat untuk mengadakan rundingan dengan mana-mana pihak yang berminat bekerjasama dengan BN bagi menghadapi PRN Melaka.<\/p>\n<p>Mengulas kenyataan Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad yang dilaporkan berkata Pakatan Harapan (PH) tidak akan bersama BN dalam PRN kali ini, Ab Rauf berkata perkara itu terpulang kepada PH.<\/p>\n<p>Katanya, BN tetap menghormati pendirian setiap parti dan bersedia berunding sekiranya ada pihak yang mahu membuka ruang kerjasama.<\/p>\n<p>\u201cKalau kita jemput dia tak nak datang, tak apa. Kalau jemput dia datang, kita berunding.<\/p>\n<p>\u201cItu saya tak ambil sebagai penanda aras. Sebab yang penting keputusan Majlis Presiden dia,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Pada PRN Melaka 2021, BN memenangi 21 daripada 28 kerusi DUN, manakala PH memperoleh lima kerusi dan Perikatan Nasional (PN) dua kerusi.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Barisan Nasional (BN) Melaka masih membuka ruang untuk bekerjasama dengan mana-mana parti bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, kata Pengerusinya, Ab Rauf Yusoh. Ab Rauf yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka berkata, BN ketika ini tidak menetapkan sebarang gabungan sebagai rakan strategik, sebaliknya semua kemungkinan masih terbuka untuk dibincangkan. Menurutnya, setiap cadangan kerjasama [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":10524,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[2680,378,824,192,727,103,146],"authors":[],"class_list":["post-16092","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-ab-rauf-yusoh","tag-bn","tag-kerjasama","tag-melaka","tag-pakatan-harapan","tag-prn","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16092","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=16092"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16092\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":16093,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16092\/revisions\/16093"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/10524"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=16092"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=16092"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=16092"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=16092"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}