{"id":16094,"date":"2026-10-01T03:30:30","date_gmt":"2026-10-01T03:30:30","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=16094"},"modified":"2026-10-01T03:30:30","modified_gmt":"2026-10-01T03:30:30","slug":"shahrol-shiro-nafi-lantikan-di-ukm-kerana-politik-laporan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/shahrol-shiro-nafi-lantikan-di-ukm-kerana-politik-laporan\/","title":{"rendered":"Shahrol Shiro nafi lantikan di UKM kerana politik: Laporan"},"content":{"rendered":"<p>Pelawak Shahrol Shiro menafikan pelantikannya sebagai tenaga pengajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi sesi 2026\/2027 mempunyai kaitan dengan politik atau pengaruh mana-mana pihak.<\/p>\n<p>Shahrol Azizie Azmi, 42, berkata peluang itu hadir selepas kira-kira enam bulan perbincangan bersama pihak UKM mengenai usaha memanfaatkan seni komedi bagi membantu membentuk kemahiran mahasiswa.<\/p>\n<p>Menurutnya, perbincangan berkenaan bermula menerusi usaha membawa program Temasya Komedi Rakyat ke institusi pengajian tinggi.<\/p>\n<p>\u201cSaya tidak tahu dari mana datangnya persepsi itu kerana memang tidak ada kena-mengena dengan politik. Langsung tidak ada! Saya rasa mungkin sebab saya terlibat dengan dunia politik dan jenama politik itu kuat, jadi bila saya buat apa-apa pun ada yang tidak suka,\u201d katanya dipetik laporan Utusan Malaysia.<\/p>\n<p>Anak kelahiran Kluang, Johor itu berkata beliau tidak mampu menghalang orang ramai daripada terus membuat andaian, namun memilih untuk menjelaskan perkara sebenar bagi mengelakkan isu berkenaan menjadi lebih besar.<\/p>\n<p>Shahrol turut mengakui ada pihak mempersoalkan latar belakang serta pengalamannya dalam bidang pendidikan dan komedi.<\/p>\n<p>\u201cSaya sudah jelaskan perkara tersebut tiada kena-mengena, dari A sampai Z. Saya tidak perlu memberitahu seorang demi seorang tentang pengalaman diri, tetapi di media sosial saya tetap menghasilkan karya bersama rakan-rakan dan terus menyokong perkembangan komedi tanah air,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Menurut Shahrol, selepas Temasya Komedi Rakyat dilaksanakan di Kuantan, Pahang, program itu dibawa ke beberapa institusi pengajian tinggi termasuk Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan UKM.<\/p>\n<p>Pertemuannya dengan Profesor Dr Norinsan di UKM kemudian membuka ruang perbincangan mengenai perkembangan industri komedi serta potensinya dalam membentuk kemahiran komunikasi mahasiswa.<\/p>\n<p>Katanya, seni komedi bukan sekadar medium hiburan, malah mempunyai teknik yang boleh digunakan untuk melatih keberanian, keyakinan dan kemahiran bercakap di hadapan khalayak. Kemahiran itu penting untuk mahasiswa ketika membuat pembentangan, berinteraksi dengan orang ramai dan memasuki alam pekerjaan.<\/p>\n<p>\u201cKalau awak boleh masukkan sedikit komedi dalam percakapan, tidaklah awak bercakap secara mendatar. Bukan bermaksud buat benda yang melampau, tetapi hiburan sedikit itu boleh membantu dan pada saya ia juga boleh membina keyakinan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Shahrol turut mengakui membaca sebahagian komen orang ramai di media sosial selepas berkongsi mengenai tawaran tersebut.<\/p>\n<p>Katanya, terdapat komen yang menyokong dan tidak kurang juga yang mengkritik, namun perkara itu dianggap lumrah apabila seseorang berkongsi pandangan secara terbuka.<\/p>\n<p>\u201cKalau kita tidak mahu dapat perkara macam itu, kita kena diam dan tidak berkata-kata. Sedangkan dengan isteri pun, dua kepala sahaja, bila keluarkan pendapat boleh bergaduh, ini pula kita lemparkan satu pendapat kepada 30 juta rakyat Malaysia, jadi wajarlah ada yang sokong dan ada yang tidak suka,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pelawak Shahrol Shiro menafikan pelantikannya sebagai tenaga pengajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi sesi 2026\/2027 mempunyai kaitan dengan politik atau pengaruh mana-mana pihak. Shahrol Azizie Azmi, 42, berkata peluang itu hadir selepas kira-kira enam bulan perbincangan bersama pihak UKM mengenai usaha memanfaatkan seni komedi bagi membantu membentuk kemahiran mahasiswa. Menurutnya, perbincangan berkenaan bermula menerusi [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":16095,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[735,5117,1072,146],"authors":[],"class_list":["post-16094","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-lantikan","tag-shahrol-shiro","tag-ukm","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16094","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=16094"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16094\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":16096,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16094\/revisions\/16096"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/16095"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=16094"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=16094"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=16094"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=16094"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}