{"id":16099,"date":"2026-10-01T05:51:40","date_gmt":"2026-10-01T05:51:40","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=16099"},"modified":"2026-10-01T06:14:08","modified_gmt":"2026-10-01T06:14:08","slug":"sprm-sedia-siasat-dakwaan-kementerian-bawah-zahid-belanja-lebih-rm2-1-bilion","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/sprm-sedia-siasat-dakwaan-kementerian-bawah-zahid-belanja-lebih-rm2-1-bilion\/","title":{"rendered":"SPRM sedia siasat dakwaan kementerian bawah Zahid belanja lebih RM2.1 bilion"},"content":{"rendered":"<p>Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersedia menjalankan siasatan berhubung dakwaan perbelanjaan berlebihan RM2.1 bilion membabitkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), sekiranya menerima aduan rasmi.<\/p>\n<p>Ketua Pesuruhjaya SPRM, Abd Halim Aman berkata, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang aduan rasmi berkaitan dakwaan itu dan hanya mengetahui perkara berkenaan menerusi laporan media.<\/p>\n<p>Menurutnya, SPRM tidak wajar memberikan ulasan lanjut selagi tiada aduan rasmi diterima untuk membolehkan perkara itu diteliti.<\/p>\n<p>\u201cKita baca melalui media massa sahaja. Belum ada lagi secara rasmi. Jadi saya tidak fikir wajar untuk saya komen.<\/p>\n<p>\u201cApabila perkara itu diadukan secara rasmi kepada pihak kami, sudah tentu pihak kami akan masuk (menyiasat),\u201d katanya selepas Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-59 SPRM dan Perhimpunan Bulanan SPRM Bil. 4\/2026 hari ini.<\/p>\n<p>Isu berkenaan timbul selepas Penasihat DAP, Lim Guan Eng menggesa SPRM mengambil tindakan susulan dakwaan KKDW membelanjakan RM2.1 bilion melebihi jumlah yang diperuntukkan.<\/p>\n<p>Dakwaan itu mendapat perhatian apabila persoalan dibangkitkan mengenai pengurusan dan penggunaan peruntukan kementerian, termasuk sama ada berlaku perbelanjaan melebihi jumlah yang diluluskan kerajaan.<\/p>\n<p>Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan menegaskan KKDW tidak akan membelanjakan peruntukan melebihi jumlah yang diluluskan kerajaan.<\/p>\n<p>Beliau turut menjelaskan perbelanjaan kementerian dibuat berdasarkan peruntukan yang ditetapkan dalam belanjawan atau jumlah yang telah mendapat kelulusan kerajaan.<\/p>\n<p>SPRM sebelum ini turut menegaskan sebarang laporan atau aduan rasmi berkaitan dakwaan salah guna kuasa, rasuah atau penyelewengan akan dinilai berdasarkan maklumat dan bukti yang dikemukakan sebelum tindakan lanjut diputuskan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersedia menjalankan siasatan berhubung dakwaan perbelanjaan berlebihan RM2.1 bilion membabitkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), sekiranya menerima aduan rasmi. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Abd Halim Aman berkata, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang aduan rasmi berkaitan dakwaan itu dan hanya mengetahui perkara berkenaan menerusi laporan media. Menurutnya, SPRM tidak wajar [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":6342,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[147,4901,4849,79,23,21,146],"authors":[],"class_list":["post-16099","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-ahmad-zahid-hamidi","tag-kementerian-kemajuan-desa-dan-wilayah","tag-kkdw","tag-lim-guan-eng","tag-siasatan","tag-sprm","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16099","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=16099"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16099\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":16100,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16099\/revisions\/16100"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/6342"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=16099"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=16099"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=16099"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=16099"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}