{"id":16101,"date":"2026-10-01T05:53:09","date_gmt":"2026-10-01T05:53:09","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=16101"},"modified":"2026-10-01T05:53:09","modified_gmt":"2026-10-01T05:53:09","slug":"kpm-hentikan-program-penceramah-bebas-susulan-dakwaan-tular","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/kpm-hentikan-program-penceramah-bebas-susulan-dakwaan-tular\/","title":{"rendered":"KPM hentikan program penceramah bebas susulan dakwaan tular"},"content":{"rendered":"<p>Kementerian Pendidikan (KPM) mengarahkan semua program membabitkan penceramah bebas yang dikaitkan dengan dakwaan perbuatan tidak wajar terhadap murid dihentikan serta-merta.<\/p>\n<p>Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata tindakan itu diambil bagi memberi ruang kepada siasatan menyeluruh dijalankan susulan dakwaan yang sedang tular di media sosial.<\/p>\n<p>Menurutnya, KPM mengambil serius dakwaan berkenaan kerana ia membabitkan aspek keselamatan dan perlindungan murid yang perlu diberi keutamaan.<\/p>\n<p>\u201cSaya mengambil maklum beberapa dakwaan yang sedang tular dalam media sosial melibatkan penceramah bebas yang pernah mengendalikan program bersama murid di sekolah.<\/p>\n<p>\u201cDakwaan yang dibangkitkan adalah serius kerana melibatkan keselamatan dan perlindungan murid,\u201d katanya dalam satu kenyataan hari ini.<\/p>\n<p>Fadhlina berkata, beliau turut mengarahkan KPM mendapatkan maklumat lanjut berhubung perkara berkenaan bagi memastikan tindakan sewajarnya dapat diambil.<\/p>\n<p>Pada masa sama, beliau menyeru mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan dakwaan itu supaya tampil membuat laporan kepada pihak polis.<\/p>\n<p>\u201cLaporan kepada pihak berkuasa sangat penting bagi memastikan anak-anak mendapat perlindungan dan sokongan yang sewajarnya,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau menegaskan keselamatan murid perlu sentiasa menjadi keutamaan dan tidak boleh dikompromi, terutama ketika mereka mengikuti program anjuran atau melibatkan pihak luar di sekolah.<\/p>\n<p>\u201cKeselamatan anak-anak di bawah jagaan kita tidak boleh dikompromi,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Sebelum ini, media sosial kecoh dengan dakwaan mengenai perlakuan tidak wajar membabitkan seorang penceramah bebas yang dilaporkan kerap mengendalikan program di sekolah dan berinteraksi dengan pelajar.<\/p>\n<p>KPM kini mengambil langkah menghentikan sementara program membabitkan individu berkenaan sehingga maklumat lanjut dan siasatan dapat dijalankan pihak berkuasa.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kementerian Pendidikan (KPM) mengarahkan semua program membabitkan penceramah bebas yang dikaitkan dengan dakwaan perbuatan tidak wajar terhadap murid dihentikan serta-merta. Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata tindakan itu diambil bagi memberi ruang kepada siasatan menyeluruh dijalankan susulan dakwaan yang sedang tular di media sosial. Menurutnya, KPM mengambil serius dakwaan berkenaan kerana ia membabitkan aspek keselamatan dan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1663,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[196,134,975,5118,973,974],"authors":[],"class_list":["post-16101","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-bebas","tag-fadhlina-sidek","tag-kpm","tag-penceramah","tag-pendidikan","tag-sekolah"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16101","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=16101"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16101\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":16102,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16101\/revisions\/16102"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1663"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=16101"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=16101"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=16101"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=16101"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}