{"id":16104,"date":"2026-10-01T05:59:24","date_gmt":"2026-10-01T05:59:24","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=16104"},"modified":"2026-10-01T05:59:24","modified_gmt":"2026-10-01T05:59:24","slug":"dr-mahathir-ziarah-pusara-isteri-dalam-suasana-hiba","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/dr-mahathir-ziarah-pusara-isteri-dalam-suasana-hiba\/","title":{"rendered":"Dr Mahathir ziarah pusara isteri dalam suasana hiba"},"content":{"rendered":"<p>Empat hari selepas kehilangan insan yang menemaninya sepanjang hampir tujuh dekad, Tun Dr Mahathir Mohamad kembali ke Pusara Negara pagi ini untuk menziarahi pusara isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.<\/p>\n<p>Dr Mahathir tiba kira-kira 11.05 pagi ditemani anggota keluarga sebelum berdiri di sisi pusara Allahyarham dalam suasana penuh hiba.<\/p>\n<p>Beliau berada kira-kira 20 minit di situ. Sepanjang tempoh itu, Dr Mahathir dilihat sebak dan menitiskan air mata ketika mengenang wanita yang sentiasa berada di sisinya sepanjang perjalanan hidup, termasuk ketika beliau memegang jawatan Perdana Menteri.<\/p>\n<p>Kehadiran Dr Mahathir turut menarik perhatian kira-kira 200 orang yang berada di Pusara Negara untuk memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham.<\/p>\n<p>Orang ramai memberikan ruang kepada beliau untuk melalui detik penuh kesedihan itu tanpa gangguan.<\/p>\n<p>Sebelum itu, anak sulung pasangan berkenaan, Marina Mahathir, turut hadir menziarahi pusara ibunya kira-kira 10 pagi.<\/p>\n<p>Antara yang turut datang memberikan penghormatan ialah bekas jaguh badminton negara, Lee Chong Wei, penyanyi Ramli Sarip dan Ahli Parlimen Putrajaya, Radzi Jidin.<\/p>\n<p>Chong Wei berkata antara kenangan paling dekat dengan Allahyarham ialah sikapnya yang sentiasa mengambil berat mengenai kebajikan atlet negara, terutama selepas mereka menyertai sesuatu kejohanan.<\/p>\n<p>\u201cApabila beliau datang berjumpa kami di stadium, beliau akan tanya seorang demi seorang. \u2018How are you?\u2019 Beliau ingat keperluan setiap atlet,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Menurutnya, Dr Siti Hasmah bukan hanya memberikan sokongan ketika atlet mencipta kemenangan, malah turut hadir dengan kata-kata semangat ketika mereka berdepan kekalahan.<\/p>\n<p>\u201cKetika kami menang, beliau akan hantar mesej kepada kami. Apabila kami kalah, ketika itulah kami lebih memerlukan sokongan dan beliau tidak pernah berputus asa dengan kami.<\/p>\n<p>\u201cBeliau akan telefon atau hantar mesej dan berkata, \u2018It\u2019s okay, you try your best, you have played very well\u2019. Jangan berputus asa, teruskan usaha. Itu yang saya tidak akan lupakan sepanjang karier saya sebagai atlet,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau berkata menerima berita pemergian Dr Siti Hasmah ketika berada di Nagoya, Jepun selepas selesai menyertai kejohanan di Filipina.<\/p>\n<p>\u201cSaya rasa seluruh pasukan badminton turut bersedih dengan berita itu. Kami hanya mampu mendoakan beliau,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau kemudian terus menziarahi pusara Allahyarham bersama isterinya, Wong Mew Choo, sebaik tiba di Malaysia sebagai tanda penghormatan terakhir.<\/p>\n<p>Pemergian Dr Siti Hasmah meninggalkan kesan mendalam bukan sahaja kepada keluarga, malah kepada masyarakat yang mengenali beliau sebagai tokoh wanita negara yang dekat dengan rakyat dan sentiasa memberikan sokongan kepada generasi muda serta atlet Malaysia.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Empat hari selepas kehilangan insan yang menemaninya sepanjang hampir tujuh dekad, Tun Dr Mahathir Mohamad kembali ke Pusara Negara pagi ini untuk menziarahi pusara isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali. Dr Mahathir tiba kira-kira 11.05 pagi ditemani anggota keluarga sebelum berdiri di sisi pusara Allahyarham dalam suasana penuh hiba. Beliau berada kira-kira 20 minit [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":16105,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[5085,459,5119,4686],"authors":[],"class_list":["post-16104","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-dr-hasmah-mohd-ali","tag-dr-mahathir","tag-pusara","tag-ziarah"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16104","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=16104"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16104\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":16106,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16104\/revisions\/16106"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/16105"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=16104"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=16104"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=16104"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=16104"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}