{"id":16107,"date":"2026-10-01T06:13:37","date_gmt":"2026-10-01T06:13:37","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=16107"},"modified":"2026-10-01T07:43:05","modified_gmt":"2026-10-01T07:43:05","slug":"uitm-holdings-ada-kelompongan-tatakelola-sprm","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/uitm-holdings-ada-kelompongan-tatakelola-sprm\/","title":{"rendered":"UiTM Holdings ada kelompongan tatakelola: SPRM"},"content":{"rendered":"<p>Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesan beberapa isu dan kepincangan tatakelola dalam pengurusan UiTM Holdings Sdn Bhd (UiTM Holdings) hasil siasatan berhubung kerugian dialami syarikat pegangan pelaburan itu.<\/p>\n<p>Ketua Pesuruhjaya SPRM, Abd Halim Aman berkata pihaknya akan mengemukakan syor penambahbaikan kepada UiTM Holdings bagi menutup kelompongan yang dikenal pasti sepanjang siasatan.<\/p>\n<p>Menurutnya, penelitian terhadap aspek tatakelola merupakan sebahagian daripada proses penyiasatan SPRM, termasuk mengenal pasti kelemahan dalam prosedur serta pengurusan organisasi.<\/p>\n<p>\u201cWalaupun tatakelola itu bukan suatu kesalahan yang boleh dipertuduhkan di mahkamah, syor adalah satu penambahbaikan.<\/p>\n<p>\u201cMaknanya pihak SPRM akan mengesyorkan penambahbaikan yang perlu dilakukan terhadap apa jua proses yang kami dapati ada kepincangan,\u201d katanya pada sidang media selepas Majlis Sambutan Ulang Tahun SPRM ke-59 di Ibu Pejabat SPRM, hari ini.<\/p>\n<p>Abd Halim berkata siasatan terhadap UiTM Holdings yang bermula sejak 2023 masih diteruskan dan tidak terikat dengan tempoh tertentu selagi pihak penyiasat masih perlu mendapatkan maklumat, dokumen serta bahan bukti berkaitan.<\/p>\n<p>\u201cSelagi belum selesai penyiasatan untuk mendapatkan maklumat, eksibit bukti dan dokumen, selagi itulah kes akan terus disiasat,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau berkata setakat ini siasatan menjurus kepada seorang suspek, namun skop penyiasatan boleh diperluaskan sekiranya SPRM menemukan elemen atau bukti baharu yang mempunyai kaitan dengan kes berkenaan.<\/p>\n<p>\u201cSetakat ini, penyiasatan menjurus kepada seorang suspek, namun jika terdapat elemen atau bahan bukti baharu, maka penyiasatan tersebut akan diteruskan kepada pihak lain,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Perkembangan itu berlaku selepas bekas Ketua Pegawai Eksekutif UiTM Holdings, Azlizan Fadzil, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini dan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan pecah amanah membabitkan wang berjumlah RM37.37 juta pada 2017.<\/p>\n<p>Kes tersebut menjadi sebahagian daripada siasatan SPRM terhadap pengurusan dan kerugian yang dikaitkan dengan UiTM Holdings, sebuah syarikat pegangan pelaburan berkaitan Universiti Teknologi MARA (UiTM).<\/p>\n<p>Siasatan SPRM turut memberi perhatian kepada proses pengurusan serta tatakelola syarikat bagi mengenal pasti punca kelemahan dan langkah penambahbaikan yang boleh dilaksanakan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesan beberapa isu dan kepincangan tatakelola dalam pengurusan UiTM Holdings Sdn Bhd (UiTM Holdings) hasil siasatan berhubung kerugian dialami syarikat pegangan pelaburan itu. Ketua Pesuruhjaya SPRM, Abd Halim Aman berkata pihaknya akan mengemukakan syor penambahbaikan kepada UiTM Holdings bagi menutup kelompongan yang dikenal pasti sepanjang siasatan. Menurutnya, penelitian terhadap aspek [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":16108,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[1441,23,21,3084,5067],"authors":[],"class_list":["post-16107","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-rugi","tag-siasatan","tag-sprm","tag-tatakelola","tag-uitm-holdings"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16107","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=16107"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16107\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":16109,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16107\/revisions\/16109"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/16108"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=16107"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=16107"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=16107"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=16107"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}