{"id":16113,"date":"2026-10-01T07:42:42","date_gmt":"2026-10-01T07:42:42","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=16113"},"modified":"2026-10-01T07:42:42","modified_gmt":"2026-10-01T07:42:42","slug":"video-klia-tular-shuhaily-tampil-beri-penjelasan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/video-klia-tular-shuhaily-tampil-beri-penjelasan\/","title":{"rendered":"Video KLIA tular: Shuhaily tampil beri penjelasan"},"content":{"rendered":"<p>Penguatkuasaan terhad yang dijalankan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 28 September lalu hanya melibatkan pegawai Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) serta Keselamatan Penerbangan (AVSEC), kata Mohd Shuhaily Mohd Zain.<\/p>\n<p>Ketua Pengarah AKPS itu berkata, operasi itu dilakukan ketika beliau bersama pasukannya membuat tinjauan bagi melihat tahap persediaan dan kesiapsiagaan AKPS menjelang kemasukan pengunjung sempena penganjuran Formula 1 pada hujung minggu ini.<\/p>\n<p>Menurutnya, selepas tinjauan tersebut, beliau mengambil keputusan menjalankan penguatkuasaan terhad di aras lima KLIA selepas menerima aduan berkaitan kegiatan sindiket \u2018ulat\u2019 yang didakwa melibatkan warga asing.<\/p>\n<p>\u201cSelain faktor itu, kita juga berdepan isu cubaan menyeludup dadah ke Eropah dan kontraban lain. Hampir setiap hari kita menjumpai sindiket yang cuba menyeludup dadah ke Eropah,\u201d katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.<\/p>\n<p>Mohd Shuhaily berkata, ketika operasi dijalankan, pihaknya menerima aduan berkaitan kegiatan berkenaan dan turut menyaksikan sendiri kejadian sebelum menahan seorang warga asing yang disyaki terbabit dalam sindiket \u2018ulat\u2019.<\/p>\n<p>Individu itu kemudian dibawa ke bilik pemeriksaan bagasi milik AVSEC untuk tindakan lanjut.<\/p>\n<p>\u201cIngin saya tegaskan di sini setegas-tegasnya, penguatkuasaan itu hanya melibatkan pegawai AKPS dan AVSEC. Dalam bilik itu, sepatutnya hanya ada pegawai daripada AKPS dan AVSEC sahaja,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, beliau berkata dua individu tidak dikenali kemudian muncul dan merakam tindakan beliau bersama pasukannya ketika menemu bual warga asing berkenaan.<\/p>\n<p>Menurutnya, kedua-dua individu terbabit kemudian didekati pegawai AKPS dan dibawa ke hadapan untuk melihat rakaman yang dibuat sebelum diarahkan memadamkannya.<\/p>\n<p>\u201cSaya telah memberikan amaran yang paling tegas sebagai seorang pegawai polis yang telah diamanahkan dan biasa memberi arahan setegas-tegasnya,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Mohd Shuhaily turut mengakui dirinya tidak sempurna susulan insiden berkenaan yang mencetuskan perhatian selepas rakaman video terbabit tular di media sosial.<\/p>\n<p>\u201cSaya tidak sempurna. Saya telah mengatakan perkara itu banyak kali. Hari ini, saya berdiri di hadapan tuan-tuan, saya mengakui dan berdepan dengan ketidaksempurnaan saya,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan sama, beliau berkata satu laporan polis dibuat terhadapnya sehari selepas kejadian, manakala satu lagi laporan dibuat kira-kira jam 5 pagi pada 30 September lalu.<\/p>\n<p>Beliau berkata, pasukannya turut membuat laporan polis susulan dakwaan wujud usaha mencemarkan nama dan imej AKPS secara keseluruhan.<\/p>\n<p>Ditanya mengenai dakwaan berlaku kontak fizikal antara beliau dengan individu terbabit seperti dinyatakan dalam laporan polis, Mohd Shuhaily enggan mengulas lanjut.<\/p>\n<p>\u201cSaya tidak mahu mengulas sama ada kontak tersebut berlaku ataupun tidak kerana nanti ia akan menjadi \u2018my words against his words\u2019. Saya biarkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat lebih lanjut,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Penguatkuasaan terhad yang dijalankan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 28 September lalu hanya melibatkan pegawai Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) serta Keselamatan Penerbangan (AVSEC), kata Mohd Shuhaily Mohd Zain. Ketua Pengarah AKPS itu berkata, operasi itu dilakukan ketika beliau bersama pasukannya membuat tinjauan bagi melihat tahap persediaan dan kesiapsiagaan AKPS [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":16114,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[2338,453,561,3088,94,5120],"authors":[],"class_list":["post-16113","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-akps","tag-klia","tag-laporan","tag-mohd-shuhaily-mohd-zain","tag-polis","tag-ulat"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16113","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=16113"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16113\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":16115,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16113\/revisions\/16115"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/16114"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=16113"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=16113"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=16113"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=16113"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}