{"id":16123,"date":"2026-10-01T16:47:08","date_gmt":"2026-10-01T16:47:08","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=16123"},"modified":"2026-10-01T16:47:08","modified_gmt":"2026-10-01T16:47:08","slug":"belanjawan-2027-mahasiswa-ipt-diberi-perhatian-khusus-kerajaan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/belanjawan-2027-mahasiswa-ipt-diberi-perhatian-khusus-kerajaan\/","title":{"rendered":"Belanjawan 2027: Mahasiswa, IPT diberi perhatian khusus kerajaan"},"content":{"rendered":"<p>Mahasiswa dan institusi pengajian tinggi (IPT) dijangka menjadi antara kelompok yang diberi perhatian dalam Belanjawan 2027 yang sedang dimuktamadkan kerajaan.<\/p>\n<p>Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, belanjawan berkenaan turut mengambil kira keperluan pelbagai sektor dan kelompok masyarakat, termasuk petani, nelayan, Orang Asli serta bidang teknologi dan kecerdasan buatan (AI).<\/p>\n<p>Menurutnya, mahasiswa dan universiti turut berada dalam pertimbangan kerajaan ketika proses penyediaan belanjawan itu.<\/p>\n<p>\u201cInsya-Allah, tentunya mahasiswa dan universiti juga tergolong dalam (belanjawan) itu. Mudah-mudahan saya dapat sampaikan apa yang mampu dalam keterbatasan yang ada,\u201d katanya ketika berucap pada Majlis Anugerah Tokoh Siswa Negara, malam tadi.<\/p>\n<p>Turut hadir Menteri Pendidikan Tinggi, Zambry Abd Kadir; Timbalannya, Adam Adli Abd Halim serta Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi, Aminuddin Hassim.<\/p>\n<p>Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, penyediaan Belanjawan 2027 memerlukan penelitian terhadap pelbagai permintaan daripada ribuan persatuan, ratusan jabatan dan puluhan kementerian.<\/p>\n<p>Katanya, tuntutan daripada pelbagai sektor perlu dipertimbangkan secara menyeluruh bagi memastikan peruntukan kerajaan dapat disalurkan mengikut keperluan rakyat.<\/p>\n<p>\u201cSemuanya adalah munasabah dan rasional. Daripada sawah-sawah (petani) di Kedah, nelayan di Terengganu, ada Orang Asli, rumah Iban di Sarawak, bidang teknologi, bidang AI, semuanya menuntut perhatian,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan sama, Anwar memaklumkan kesibukannya menyiapkan Belanjawan 2027 menyebabkan hampir semua program yang dijadualkan minggu ini terpaksa dibatalkan, kecuali beberapa acara tertentu.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, beliau memilih untuk menghadiri Majlis Anugerah Tokoh Siswa Negara sebagai tanda penghargaan kepada mahasiswa.<\/p>\n<p>\u201cSaya batalkan semua acara tetapi acara malam ini saya teruskan. Khusus mahasiswa ini, saya rasa saya mahu hadir,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Belanjawan 2027 dijadual dibentangkan di Dewan Rakyat pada 9 Oktober ini. Ia merupakan Belanjawan MADANI kelima dan belanjawan kedua di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13).<\/p>\n<p>Kerajaan sebelum ini meletakkan Belanjawan 2027 dalam kerangka meneruskan agenda Ekonomi MADANI, termasuk usaha meningkatkan pertumbuhan ekonomi, memperkukuh kesejahteraan rakyat serta mempercepat pembaharuan tatakelola pentadbiran negara.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Mahasiswa dan institusi pengajian tinggi (IPT) dijangka menjadi antara kelompok yang diberi perhatian dalam Belanjawan 2027 yang sedang dimuktamadkan kerajaan. Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, belanjawan berkenaan turut mengambil kira keperluan pelbagai sektor dan kelompok masyarakat, termasuk petani, nelayan, Orang Asli serta bidang teknologi dan kecerdasan buatan (AI). Menurutnya, mahasiswa dan universiti turut berada dalam [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":9125,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[13,1359,774,287,654,973,18],"authors":[],"class_list":["post-16123","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anwar","tag-belanjawan","tag-ipt","tag-kewangan","tag-mahasiswa","tag-pendidikan","tag-pmx"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16123","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=16123"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16123\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":16124,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16123\/revisions\/16124"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/9125"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=16123"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=16123"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=16123"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=16123"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}