{"id":16145,"date":"2026-10-02T07:28:51","date_gmt":"2026-10-02T07:28:51","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=16145"},"modified":"2026-10-02T07:28:51","modified_gmt":"2026-10-02T07:28:51","slug":"kewangan-islam-mesti-kekal-relevan-berdaya-saing-anwar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/kewangan-islam-mesti-kekal-relevan-berdaya-saing-anwar\/","title":{"rendered":"Kewangan Islam mesti kekal relevan, berdaya saing: Anwar"},"content":{"rendered":"<p>Perdana Menteri Anwar Ibrahim menggesa kepimpinan pemikiran Syariah terus diperkasa supaya kewangan Islam kekal relevan, inovatif dan mampu bersaing di peringkat global.<\/p>\n<p>Beliau berkata, pendekatan itu penting bagi memastikan tradisi ilmu Syariah terus berkembang seiring perubahan semasa, terutama ketika dunia berdepan ketidaktentuan ekonomi, ketegangan geopolitik dan jurang ketidaksamaan yang semakin melebar.<\/p>\n<p>Menurutnya, kepimpinan pemikiran Syariah perlu bersifat responsif dan tangkas dalam menangani realiti baharu kewangan Islam.<\/p>\n<p>&#8220;Kita perlu menyuburkan kepimpinan pemikiran Syariah atau \u2018shariah thought leadership\u2019 yang bukan sahaja berakarumbikan tradisi, malah responsif dan tangkas dalam mendepani realiti kontemporari.<\/p>\n<p>&#8220;Kita juga mesti memastikan kewangan Islam kekal inovatif, inklusif dan berdaya saing di peringkat global,&#8221; katanya menerusi teks ucapan yang dibacakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Zulkifli Hasan pada Majlis Perasmian Persidangan Meja Bulat Cendekiawan Syariah Antarabangsa (iSHAR) 2026 di sebuah hotel di Kuala Lumpur, hari ini.<\/p>\n<p>Turut hadir Pengerusi Bank Rakyat, Mohd Irwan Mohd Mubarak dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bank Rakyat, Ahmad Shahril Mohd Shariff.<\/p>\n<p>Anwar berkata, sistem kewangan pada masa kini tidak seharusnya hanya berorientasikan keuntungan, sebaliknya perlu berpaksikan nilai etika, keadilan dan ihsan.<\/p>\n<p>Katanya, pendekatan itu selari dengan kerangka MADANI yang menekankan keseimbangan antara pertumbuhan ekonomi dan tanggungjawab moral, selain memastikan keuntungan turut disertai matlamat yang memberi manfaat kepada masyarakat.<\/p>\n<p>&#8220;Kerangka MADANI yang kita junjung menuntut keseimbangan antara pertumbuhan ekonomi dengan tanggungjawab moral, antara keuntungan dengan matlamat murni.<\/p>\n<p>&#8220;Kewangan Islam yang berpaksikan prinsip Syariah menawarkan acuan keseimbangan yang tepat,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Dalam masa sama, beliau menyeru supaya hasil perbincangan dalam iSHAR tidak terhenti sebagai wacana semata-mata, sebaliknya diterjemahkan kepada dasar, produk dan amalan yang memberi kesan kepada masyarakat.<\/p>\n<p>Anwar turut menekankan kepentingan kerjasama strategik antara cendekiawan Syariah, pengawal selia, institusi kewangan dan pemain ekonomi bagi memperkukuh ekosistem kewangan Islam.<\/p>\n<p>&#8220;Marilah kita melonjakkan usaha ke arah pelaksanaan. Mari kita pastikan segala buah fikiran dan cetusan idea yang terhasil di sini diterjemahkan menjadi dasar, produk dan amalan yang mampu mengangkat martabat serta membela masyarakat,&#8221; katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Perdana Menteri Anwar Ibrahim menggesa kepimpinan pemikiran Syariah terus diperkasa supaya kewangan Islam kekal relevan, inovatif dan mampu bersaing di peringkat global. Beliau berkata, pendekatan itu penting bagi memastikan tradisi ilmu Syariah terus berkembang seiring perubahan semasa, terutama ketika dunia berdepan ketidaktentuan ekonomi, ketegangan geopolitik dan jurang ketidaksamaan yang semakin melebar. Menurutnya, kepimpinan pemikiran Syariah [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":12396,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[170,5128,610,287,5127,18,5126,3143],"authors":[],"class_list":["post-16145","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anwar-ibrahim","tag-ishar","tag-islam","tag-kewangan","tag-persidangan-meja-bulat-cendekiawan-syariah-antarabangsa","tag-pmx","tag-syariah","tag-zulkifli-hasan"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16145","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=16145"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16145\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":16146,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16145\/revisions\/16146"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/12396"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=16145"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=16145"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=16145"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=16145"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}