{"id":16152,"date":"2026-10-02T07:44:52","date_gmt":"2026-10-02T07:44:52","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=16152"},"modified":"2026-10-02T07:44:52","modified_gmt":"2026-10-02T07:44:52","slug":"anwar-ulas-peletakan-jawatan-mp-petaling-jaya-terima-kasih-atas-sumbangan-selama-ini","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/anwar-ulas-peletakan-jawatan-mp-petaling-jaya-terima-kasih-atas-sumbangan-selama-ini\/","title":{"rendered":"Anwar ulas peletakan jawatan MP Petaling Jaya: Terima kasih atas sumbangan selama ini"},"content":{"rendered":"<p>Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata Lee Chean Chung sudah kira-kira setahun tidak aktif dalam PKR, termasuk tidak menghadiri mesyuarat dan kongres parti.<\/p>\n<p>Anwar yang juga Presiden PKR berkata, keadaan itu menunjukkan Lee sudah lama tidak terlibat dalam urusan dalaman parti.<\/p>\n<p>\u201cDia dah lama, setahun dia tak pernah campur soal urusan parti. Mesyuarat-mesyuarat parti tak pernah hadir, kongres pun tak hadir,\u201d katanya ketika ditemui di Kuarters TUDM Sungai Besi, hari ini.<\/p>\n<p>Menurut Anwar, sekiranya Chean Chung sudah tidak berminat untuk terus bersama PKR, beliau boleh meninggalkan parti secara baik.<\/p>\n<p>\u201cKalau dah tak minat, tak ada masalah. Pergi dengan baik. Terima kasih atas sumbangan selama ini,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Kenyataan itu menyusul keputusan Chean Chung meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Petaling Jaya berkuat kuasa hari ini, selepas keahliannya dalam PKR digantung selama tiga tahun pada 30 September lalu.<\/p>\n<p>Chean Chung sebelum ini mendakwa akses kepada peruntukan RM3 juta kawasan Petaling Jaya disekat dan pengurusan dana berkenaan diambil alih wakil parti.<\/p>\n<p>Beliau turut membangkitkan persoalan berkaitan hala tuju Kerajaan MADANI, termasuk isu rasuah, reformasi institusi dan beberapa kes berprofil tinggi.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, Anwar menegaskan pembangunan di Petaling Jaya tidak bergantung kepada kedudukan seseorang Ahli Parlimen.<\/p>\n<p>\u201cPeruntukan kawasan tak terjejas. Sekolah, surau, masjid, temple, jalan, apa-apa itu kita telah pastikan projek berjalan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Anwar turut menyerahkan kepada Setiausaha Agung PKR dan jawatankuasa perundangan parti sekiranya terdapat cadangan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Chean Chung.<\/p>\n<p>Perkembangan itu berlaku selepas Chean Chung pada Jun lalu melepaskan jawatan sebagai Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, namun ketika itu menegaskan beliau kekal sebagai anggota parti dan akan terus menjalankan tugas sebagai Ahli Parlimen sehingga Parlimen dibubarkan.<\/p>\n<p>Semasa pengumuman peletakan jawatan hari ini, Chean Chung turut memaklumkan beliau akan menyerahkan surat rasmi untuk keluar daripada PKR pada Isnin.<\/p>\n<p>Peletakan jawatan Chean Chung menambah perkembangan dalam PKR selepas beberapa wakil rakyat sebelum ini turut meninggalkan kedudukan masing-masing, termasuk Rafizi Ramli, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Wong Chen.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata Lee Chean Chung sudah kira-kira setahun tidak aktif dalam PKR, termasuk tidak menghadiri mesyuarat dan kongres parti. Anwar yang juga Presiden PKR berkata, keadaan itu menunjukkan Lee sudah lama tidak terlibat dalam urusan dalaman parti. \u201cDia dah lama, setahun dia tak pernah campur soal urusan parti. Mesyuarat-mesyuarat parti tak pernah [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":7641,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[13,2340,114,285,2067,9,18],"authors":[],"class_list":["post-16152","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-anwar","tag-lee-chean-chung","tag-letak-jawatan","tag-madani","tag-petaling-jaya","tag-pkr","tag-pmx"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16152","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=16152"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16152\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":16153,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16152\/revisions\/16153"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/7641"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=16152"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=16152"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=16152"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=16152"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}