{"id":16154,"date":"2026-10-02T07:49:16","date_gmt":"2026-10-02T07:49:16","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=16154"},"modified":"2026-10-02T07:49:16","modified_gmt":"2026-10-02T07:49:16","slug":"mahfuz-persoal-kesediaan-pas-terima-zahid-sebagai-pm","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/mahfuz-persoal-kesediaan-pas-terima-zahid-sebagai-pm\/","title":{"rendered":"Mahfuz persoal kesediaan PAS terima Zahid sebagai PM"},"content":{"rendered":"<p>Naib Presiden Parti Amanah, Mahfuz Omar mempersoalkan sama ada PAS bersedia menerima Ahmad Zahid Hamidi sebagai calon Perdana Menteri sekiranya gabungan UMNO dan PAS membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16).<\/p>\n<p>Beliau berkata persoalan itu timbul susulan pandangan penganalisis politik Ong Kian Ming yang menjangkakan Zahid berpotensi mendapat sokongan dari Sabah dan Sarawak sekiranya Barisan Nasional (BN) dan PAS\/Perikatan Nasional (PN) membentuk kerajaan selepas PRU-16.<\/p>\n<p>Menurut Mahfuz, pendirian PAS terhadap Zahid wajar dijelaskan secara terbuka memandangkan parti itu sebelum ini pernah mempersoalkan kedudukan Zahid sebagai Timbalan Perdana Menteri ketika beliau berdepan 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi.<\/p>\n<p>\u201cDulu ketika Zahid mahu menjadi TPM, 47 pertuduhan menjadi persoalan. Kalau hari ini Zahid mahu menjadi PM, apakah 47 pertuduhan itu sudah tidak lagi menjadi persoalan?\u201d katanya dalam kenyataan media.<\/p>\n<p>Mahfuz turut mengingatkan rakyat mempunyai hak mendapatkan penjelasan mengenai standard dan prinsip yang digunakan dalam menentukan calon Perdana Menteri.<\/p>\n<p>Pada 4 September 2023, Mahkamah Tinggi memberikan DNAA kepada Zahid terhadap 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi.<\/p>\n<p>Pada Januari 2026, Jabatan Peguam Negara pula memutuskan tiada tindakan lanjut terhadap kes berkenaan selepas meneliti bahan serta keterangan baharu.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, pada 7 Mei 2026, Mahkamah Rayuan membenarkan Badan Peguam meneruskan semakan kehakiman bagi mencabar keputusan pendakwaan menghentikan prosiding terhadap Zahid.<\/p>\n<p>Mahkamah memutuskan permohonan itu menimbulkan isu undang-undang yang wajar didengar pada peringkat substantif.<\/p>\n<p>Mahkamah Persekutuan kemudian menetapkan 8 Oktober 2026 untuk mendengar permohonan Zahid dan Peguam Negara mendapatkan kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan itu.<\/p>\n<p>Mahfuz berkata isu berkenaan bukan bertujuan menghukum Zahid sebelum proses kehakiman selesai, sebaliknya menyentuh soal keyakinan, integriti dan standard kepimpinan negara.<\/p>\n<p>\u201cKalau PAS bersedia menerima Zahid sebagai PM, jelaskan kepada rakyat apa asas pertimbangannya. Kalau tidak bersedia, jelaskan pula bagaimana UMNO-PAS mahu membentuk kerajaan dan menentukan siapa Perdana Menteri,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut menyeru semua gabungan politik menjelaskan calon kepimpinan, prinsip, rekod dan dasar yang akan dibawa menjelang PRU-16.<\/p>\n<p>\u201cKerusi Perdana Menteri bukan hadiah kerana menang pilihan raya. Ia amanah yang lahir daripada kepercayaan rakyat,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Naib Presiden Parti Amanah, Mahfuz Omar mempersoalkan sama ada PAS bersedia menerima Ahmad Zahid Hamidi sebagai calon Perdana Menteri sekiranya gabungan UMNO dan PAS membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16). Beliau berkata persoalan itu timbul susulan pandangan penganalisis politik Ong Kian Ming yang menjangkakan Zahid berpotensi mendapat sokongan dari Sabah dan Sarawak sekiranya [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1211,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[147,275,136,3300,126,1079,146],"authors":[],"class_list":["post-16154","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-ahmad-zahid-hamidi","tag-amanah","tag-calon","tag-mahfuz-omar","tag-pas","tag-pm","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16154","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=16154"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16154\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":16155,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16154\/revisions\/16155"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1211"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=16154"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=16154"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=16154"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=16154"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}