{"id":16156,"date":"2026-10-02T12:00:32","date_gmt":"2026-10-02T12:00:32","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=16156"},"modified":"2026-10-02T12:00:32","modified_gmt":"2026-10-02T12:00:32","slug":"jpj-gantung-khidmat-myeg-mulai-5-oktober","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/jpj-gantung-khidmat-myeg-mulai-5-oktober\/","title":{"rendered":"JPJ gantung khidmat MYEG mulai 5 Oktober"},"content":{"rendered":"<p>Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menggantung semua perkhidmatan MyEG Sdn Bhd dan Zetrix AI Bhd di bawah Kumpulan MYEG sebagai Ejen Pemungut JPJ mulai 12.01 pagi, 5 Oktober 2026.<\/p>\n<p>Ketua Pengarah JPJ, Aedy Fadly Ramli berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pematuhan terhadap terma dan syarat perjanjian ditetapkan, termasuk obligasi yang masih belum dipenuhi atau diselesaikan syarikat berkenaan.<\/p>\n<p>\u201cSelaras dengan keputusan itu, semua perkhidmatan JPJ yang sebelum ini ditawarkan melalui saluran Kumpulan MYEG akan digantung mulai tarikh berkenaan.<\/p>\n<p>\u201cJPJ memberi jaminan urusan dan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat akan terus berjalan seperti biasa melalui saluran rasmi dan alternatif yang disediakan,\u201d katanya dalam kenyataan pada Jumaat.<\/p>\n<p>Menurutnya, tempahan Ujian Undang-Undang Berkomputer (KPP01) yang dibuat melalui saluran MYEG sebelum 5 Oktober masih sah dan boleh diteruskan seperti biasa.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, bagi tempahan baharu mulai 5 Oktober, urusan tempahan dan pelaksanaan ujian perlu dibuat melalui Pusat Ujian KPP yang disediakan di Institut Memandu di seluruh negara.<\/p>\n<p>Bagi pembayaran saman membabitkan bukan warganegara Malaysia di pintu masuk sempadan Malaysia-Singapura pula, JPJ akan menyediakan kemudahan pembayaran melalui Unit Mobile JPJ.<\/p>\n<p>Kemudahan itu ditempatkan di Kompleks Sultan Abu Bakar dan Bangunan Sultan Iskandar, Johor, mulai 8 pagi hingga 10 malam.<\/p>\n<p>JPJ turut menasihatkan orang ramai supaya menggunakan saluran rasmi bagi memastikan setiap urusan dapat dilakukan dengan lancar dan selamat.<\/p>\n<p>\u201cJPJ kekal komited memastikan kesinambungan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat serta memastikan setiap urusan dilaksanakan secara teratur, telus dan berintegriti,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menggantung semua perkhidmatan MyEG Sdn Bhd dan Zetrix AI Bhd di bawah Kumpulan MYEG sebagai Ejen Pemungut JPJ mulai 12.01 pagi, 5 Oktober 2026. Ketua Pengarah JPJ, Aedy Fadly Ramli berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pematuhan terhadap terma dan syarat perjanjian ditetapkan, termasuk obligasi yang masih belum dipenuhi [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":16157,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[5133,5130,53,5129,5131,5132],"authors":[],"class_list":["post-16156","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-aedy-fadly-ramli","tag-ejen","tag-jpj","tag-myeg","tag-pemungut","tag-unit-mobile-jpj"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16156","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=16156"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16156\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":16158,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16156\/revisions\/16158"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/16157"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=16156"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=16156"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=16156"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=16156"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}