{"id":16182,"date":"2026-10-03T08:25:46","date_gmt":"2026-10-03T08:25:46","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=16182"},"modified":"2026-10-03T08:25:46","modified_gmt":"2026-10-03T08:25:46","slug":"ph-sedia-solo-jika-tiada-kerjasama-di-melaka-amirudin","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/ph-sedia-solo-jika-tiada-kerjasama-di-melaka-amirudin\/","title":{"rendered":"PH sedia solo jika tiada kerjasama di Melaka: Amirudin"},"content":{"rendered":"<p>Pakatan Harapan (PH) tidak meletakkan harapan tinggi untuk menjalinkan kerjasama dengan mana-mana parti, termasuk Barisan Nasional (BN), bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.<\/p>\n<p>Pengarah Pilihan Raya PH, Amirudin Shari berkata, PH bagaimanapun masih membuka ruang rundingan dengan mana-mana parti, namun pada masa sama bersedia bergerak solo sekiranya tiada kesepakatan dicapai.<\/p>\n<p>Menurutnya, perkembangan rundingan antara PAS dan UMNO yang dilaporkan sudah mencapai 90 peratus tidak menjadi urusan PH dan pihaknya menyerahkan keputusan itu kepada kedua-dua parti berkenaan.<\/p>\n<p>\u201cSemalam katanya baru 90 peratus, ada lagi 10 peratus. 10 peratus itu macam-macam boleh jadi. Saya tak mahu campur urusan mereka. Biar mereka buat keputusan itu.<\/p>\n<p>\u201cKita terbuka kalau ada ruang perbincangan, kita berbincang. Kalau tidak, kita juga bersedia untuk bertanding mengikut kapasiti dan fahaman yang ada,\u201d katanya selepas Majlis Pelancaran Program Tuaian Anak Harapan Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas) (Tuah), hari ini.<\/p>\n<p>Sebelum ini, laporan media menyebut rundingan PAS dan UMNO bagi menghadapi PRN Melaka semakin hampir mencapai kata sepakat, dengan pembahagian kerusi antara kedua-dua parti dilaporkan sudah mencapai 90 peratus.<\/p>\n<p>PAS turut dilaporkan bersedia menggunakan logo BN dalam PRN Melaka sekiranya pendekatan itu dapat memuktamadkan kerjasama antara kedua-dua parti.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan berkaitan, Amirudin yang juga Naib Presiden PKR berkata PH tidak menolak kemungkinan untuk bekerjasama dengan Parti Bersatu bagi menghadapi pilihan raya berkenaan.<\/p>\n<p>Katanya, perkembangan politik semasa masih berubah-ubah dan keputusan mengenai bentuk kerjasama mungkin hanya dapat dilihat dalam tempoh satu atau dua minggu akan datang.<\/p>\n<p>\u201cKita sedang melihat kebarangkalian itu dan mungkin dalam tempoh tertentu, minggu hadapan atau satu dua minggu lagi kita akan dapat lihat. Kadang-kadang parti politik begitu, berunding, berbincang tetapi tak selesai.<\/p>\n<p>\u201cSampailah pada hari pengumuman calon dibuat nanti barulah selesai. Itu biasa sebab sekarang suasana politik sangat cair dan masing-masing sedang mencari solusi untuk mendapatkan keputusan terbaik,\u201d katanya.<\/p>\n<p>PRN Melaka kini menjadi tumpuan selepas parti-parti politik mula memperkemas strategi, termasuk rundingan pembahagian kerusi dan bentuk kerjasama menjelang penetapan tarikh pilihan raya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pakatan Harapan (PH) tidak meletakkan harapan tinggi untuk menjalinkan kerjasama dengan mana-mana parti, termasuk Barisan Nasional (BN), bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Pengarah Pilihan Raya PH, Amirudin Shari berkata, PH bagaimanapun masih membuka ruang rundingan dengan mana-mana parti, namun pada masa sama bersedia bergerak solo sekiranya tiada kesepakatan dicapai. Menurutnya, perkembangan rundingan antara [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":5162,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[306,192,727,126,9,103,758,146],"authors":[],"class_list":["post-16182","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-amirudin-shari","tag-melaka","tag-pakatan-harapan","tag-pas","tag-pkr","tag-prn","tag-rundingan","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16182","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=16182"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16182\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":16183,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16182\/revisions\/16183"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/5162"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=16182"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=16182"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=16182"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=16182"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}