{"id":16184,"date":"2026-10-03T14:24:22","date_gmt":"2026-10-03T14:24:22","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=16184"},"modified":"2026-10-03T14:24:22","modified_gmt":"2026-10-03T14:24:22","slug":"capaian-wi-fi-usm-diperluas-dengan-1925-titik-akses-beroperasi-mcmc","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/capaian-wi-fi-usm-diperluas-dengan-1925-titik-akses-beroperasi-mcmc\/","title":{"rendered":"Capaian Wi-Fi USM diperluas dengan 1,925 titik akses beroperasi: MCMC"},"content":{"rendered":"<p>Capaian Internet di Universiti Sains Malaysia (USM) diperkukuh menerusi penambahan ratusan titik akses Wi-Fi berkapasiti tinggi bagi memberi pengalaman pembelajaran digital lebih baik kepada mahasiswa dan warga kampus.<\/p>\n<p>Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching, hari ini meninjau pelaksanaan Projek Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP) Wi-Fi di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Kampus Kejuruteraan Tuanku Syed Sirajuddin, USM, Nibong Tebal.<\/p>\n<p>Projek itu dilaksanakan Kementerian Komunikasi menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi meningkatkan kapasiti serta kualiti capaian Internet di institusi pendidikan awam.<\/p>\n<p>Di USM, sebanyak 822 titik akses tambahan menerusi Projek Wi-Fi IPTA Fasa 3 siap dipasang pada 18 September lalu, lima hari lebih awal daripada sasaran asal 23 September.<\/p>\n<p>Daripada jumlah itu, sebanyak 740 titik akses dipasang di Kampus Nibong Tebal, manakala masing-masing 41 titik akses di USM IPPT Bertam dan USM Bukit Jambul.<\/p>\n<p>Penambahan itu melengkapkan 1,103 titik akses yang disediakan menerusi Fasa 2 pada Julai 2025, menjadikan keseluruhan 1,925 titik akses Wi-Fi beroperasi di USM setakat 30 September lalu.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan sama, kerja pemasangan tambahan sebanyak 4,150 titik akses di Kampus Induk USM sedang dilaksanakan dan disasarkan siap menjelang 30 Oktober ini.<\/p>\n<p>Kemudahan Wi-Fi berkapasiti tinggi itu penting susulan peningkatan penggunaan perkhidmatan digital dalam aktiviti pembelajaran, terutama di dewan kuliah, makmal, perpustakaan, pusat pelajar dan kolej kediaman.<\/p>\n<p>Pelaksanaan projek di USM juga menjadi sebahagian daripada usaha memperluas capaian Wi-Fi di Pulau Pinang yang melibatkan 32 lokasi, termasuk IPTA serta institusi di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).<\/p>\n<p>Setakat 29 September lalu, sebanyak 24 lokasi atau 75 peratus daripada keseluruhan projek di Pulau Pinang sudah siap, dengan anggaran pelaburan RM61.5 juta melalui dana USP.<\/p>\n<p>Di peringkat nasional pula, projek Wi-Fi berkenaan melibatkan 538 lokasi membabitkan IPTA serta institusi latihan di bawah MARA dan KESUMA.<\/p>\n<p>Daripada jumlah itu, 408 lokasi atau 76 peratus sudah siap setakat 30 September lalu, dengan keseluruhan pelaburan dianggarkan RM634.1 juta.<\/p>\n<p>Kementerian Komunikasi dan MCMC akan terus bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Tinggi, institusi pendidikan serta penyedia perkhidmatan bagi memperluas capaian Internet berkualiti secara berperingkat.<\/p>\n<p>MCMC dalam kenyataannya berkata pelaburan menerusi USP bertujuan memberi manfaat secara langsung kepada mahasiswa, tenaga pengajar dan komuniti pendidikan melalui capaian Internet yang lebih stabil serta pantas.<\/p>\n<p>Usaha itu turut dilihat menyokong pembangunan modal insan dan pertumbuhan ekonomi digital negara.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Capaian Internet di Universiti Sains Malaysia (USM) diperkukuh menerusi penambahan ratusan titik akses Wi-Fi berkapasiti tinggi bagi memberi pengalaman pembelajaran digital lebih baik kepada mahasiswa dan warga kampus. Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching, hari ini meninjau pelaksanaan Projek Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP) Wi-Fi di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Kampus Kejuruteraan Tuanku Syed [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":16185,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[2598,186,16,33,5139,5140],"authors":[],"class_list":["post-16184","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-akses","tag-internet","tag-mcmc","tag-teo-nie-ching","tag-usm","tag-wi-fi"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16184","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=16184"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16184\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":16186,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16184\/revisions\/16186"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/16185"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=16184"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=16184"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=16184"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=16184"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}