{"id":16190,"date":"2026-10-03T14:34:43","date_gmt":"2026-10-03T14:34:43","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=16190"},"modified":"2026-10-03T14:34:43","modified_gmt":"2026-10-03T14:34:43","slug":"razali-tegaskan-masih-ahli-bersatu","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/razali-tegaskan-masih-ahli-bersatu\/","title":{"rendered":"Razali tegaskan masih ahli Bersatu"},"content":{"rendered":"<p>Razali Idris menegaskan beliau masih ahli Parti Bersatu meskipun melepaskan semua jawatan kepimpinan yang disandang dalam parti itu.<\/p>\n<p>Beliau berkata, keputusan pada 1 Oktober lalu hanya membabitkan jawatan sebagai Ketua Bersatu Bahagian Marang dan ahli Badan Pimpinan Negeri, bukan keahlian parti.<\/p>\n<p>\u201cSekarang saya ahli biasa Bersatu. Saya tidak pernah hantar surat untuk keluar parti, cuma meletakkan jawatan sebagai Ketua Bahagian Marang. Itu sahaja,\u201d katanya dipetik laporan media hari ini.<\/p>\n<p>Razali berkata, selepas kira-kira 10 tahun terlibat dalam kepimpinan Bersatu, beliau kini sedang mempertimbangkan kemungkinan untuk menyertai \u2018wadah baharu\u2019, namun belum membuat sebarang keputusan.<\/p>\n<p>\u201cSaya ada fikir, cuma keputusan buat masa sekarang belum lagi. Saya masih ahli biasa dan bukan pimpinan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Menurutnya, status sebagai ahli Bersatu membolehkannya terus menegur parti sekiranya terdapat keputusan atau tindakan yang dianggap tidak wajar.<\/p>\n<p>\u201cKalau parti saya membuat kesalahan yang berat, saya mahu kritik lagi. Saya pengasas parti dan daripada mula bersama parti, jadi saya rasa bertanggungjawab,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Mengulas isu bayaran atau tindakan terhadap ahli yang meninggalkan Bersatu, Razali berkata perkara itu perlu dilihat berdasarkan syarat parti, termasuk kewajipan mematuhi arahan yang tidak bercanggah dengan agama.<\/p>\n<p>\u201cKalau bercanggah dengan agama, kita tidak boleh ikut. Jadi bagi saya, perkara berkaitan bayaran itu perlu dilihat dalam konteks tersebut,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Razali turut mendakwa terdapat pihak tertentu yang cuba mendesaknya keluar daripada Bersatu sebelum tindakan boleh dikenakan terhadapnya.<\/p>\n<p>\u201cSaya belum keluar lagi tetapi sudah dihukum atau dihakimi seperti saya sudah keluar,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan berkaitan, Razali berpandangan hubungan Bersatu dan PAS perlu dipertahankan bagi mengelakkan perpecahan dalam Perikatan Nasional (PN).<\/p>\n<p>\u201cSaya mahu Bersatu dan PAS terus bersama. Saya sudah berusaha sekian lama mencari jalan penyelesaian, tetapi belum berjaya,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau sebelum ini merupakan antara tokoh kepimpinan Bersatu Terengganu dan pernah memegang beberapa jawatan dalam parti itu sejak penubuhannya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Razali Idris menegaskan beliau masih ahli Parti Bersatu meskipun melepaskan semua jawatan kepimpinan yang disandang dalam parti itu. Beliau berkata, keputusan pada 1 Oktober lalu hanya membabitkan jawatan sebagai Ketua Bersatu Bahagian Marang dan ahli Badan Pimpinan Negeri, bukan keahlian parti. \u201cSekarang saya ahli biasa Bersatu. Saya tidak pernah hantar surat untuk keluar parti, cuma [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1314,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[73,1139,267,126,513,2581],"authors":[],"class_list":["post-16190","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-bersatu","tag-keluar","tag-parti","tag-pas","tag-razali-idris","tag-terengganu"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16190","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=16190"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16190\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":16191,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16190\/revisions\/16191"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1314"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=16190"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=16190"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=16190"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=16190"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}