{"id":16197,"date":"2026-10-04T07:47:15","date_gmt":"2026-10-04T07:47:15","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=16197"},"modified":"2026-10-04T07:47:15","modified_gmt":"2026-10-04T07:47:15","slug":"kpm-mahu-punca-kematian-irene-sofiya-dibongkar-sepenuhnya-fadhlina","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/kpm-mahu-punca-kematian-irene-sofiya-dibongkar-sepenuhnya-fadhlina\/","title":{"rendered":"KPM mahu punca kematian Irene Sofiya dibongkar sepenuhnya: Fadhlina"},"content":{"rendered":"<p>Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mahu semua aspek berkaitan kejadian kematian pelajar Tingkatan Empat, Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, diperiksa secara menyeluruh tanpa menyembunyikan sebarang maklumat.<\/p>\n<p>Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata semakan perlu merangkumi rekod kehadiran murid ketika kelas tambahan, kawalan keselamatan serta rondaan di sekolah berkenaan.<\/p>\n<p>Beliau turut meminta syarikat kawalan keselamatan yang terlibat memberikan kerjasama penuh bagi membantu melengkapkan semakan.<\/p>\n<p>\u201cJika terdapat kecuaian atau tanggungjawab yang tidak dilaksanakan sebagaimana sepatutnya, tindakan tegas akan diambil.<\/p>\n<p>\u201cKPM akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan tidak akan mendahului siasatan pihak polis,\u201d katanya menerusi hantaran di Facebook pada Ahad.<\/p>\n<p>Fadhlina berkata, sokongan kaunseling turut disediakan kepada murid dan warga sekolah yang terkesan susulan kejadian itu.<\/p>\n<p>Beliau turut meminta semua pihak menghormati keluarga mangsa serta memberi ruang kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan berdasarkan fakta.<\/p>\n<p>\u201cTiada apa-apa boleh disembunyikan. Kita mahu kebenaran diperoleh berdasarkan fakta dan bukan spekulasi,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Irene Sofiya, 16, ditemui tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia di sebuah sekolah menengah di Yong Peng, Johor pada Sabtu.<\/p>\n<p>Mangsa dilaporkan hadir ke sekolah pada sebelah petang bagi mengikuti kelas tambahan sebelum ditemukan di dalam dewan sekolah.<\/p>\n<p>Kejadian itu turut mengejutkan keluarganya selepas seorang rakan bertanyakan kepada nenek mangsa sama ada Irene berada di rumah pada tengah hari.<\/p>\n<p>Fadhlina berkata, beliau telah berada di Yong Peng bagi mendapatkan perkembangan terkini berkaitan kejadian itu, selain menerima taklimat daripada PDRM, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Johor, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Batu Pahat dan pihak sekolah.<\/p>\n<p>Beliau turut bertemu keluarga mangsa di Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat.<\/p>\n<p>\u201cSeorang anak telah pergi dan keluarganya berhak mendapat jawapan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Menurut Fadhlina, berdasarkan maklumat PDRM, mangsa ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di kawasan sekolah sebelum disahkan meninggal dunia.<\/p>\n<p>Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun telah ditahan dan direman selama enam hari bagi membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, manakala motif dan punca kejadian masih dalam siasatan.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan sama, KPM menegaskan kebajikan murid serta warga sekolah yang terkesan akan terus diberi perhatian sepanjang proses siasatan berlangsung.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mahu semua aspek berkaitan kejadian kematian pelajar Tingkatan Empat, Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, diperiksa secara menyeluruh tanpa menyembunyikan sebarang maklumat. Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata semakan perlu merangkumi rekod kehadiran murid ketika kelas tambahan, kawalan keselamatan serta rondaan di sekolah berkenaan. Beliau turut meminta syarikat kawalan keselamatan yang terlibat memberikan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1663,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[1221,134,5146,630,457,975,43,5145,5147],"authors":[],"class_list":["post-16197","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-buli","tag-fadhlina-sidek","tag-irene-sofiya-mohd-khairool-faisal","tag-johor","tag-kematian","tag-kpm","tag-pdrm","tag-tingkatan-empat","tag-yong-peng"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16197","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=16197"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16197\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":16198,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16197\/revisions\/16198"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1663"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=16197"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=16197"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=16197"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=16197"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}