{"id":16199,"date":"2026-10-04T07:48:55","date_gmt":"2026-10-04T07:48:55","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=16199"},"modified":"2026-10-04T07:48:55","modified_gmt":"2026-10-04T07:48:55","slug":"kes-kematian-pelajar-irene-sofiya-anwar-arah-siasatan-segera-telus","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/kes-kematian-pelajar-irene-sofiya-anwar-arah-siasatan-segera-telus\/","title":{"rendered":"Kes kematian pelajar Irene Sofiya: Anwar arah siasatan segera, telus"},"content":{"rendered":"<p>Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengarahkan siasatan segera, menyeluruh dan telus dijalankan susulan kematian pelajar Tingkatan Empat, Irene Sofiya Mohd Khairoul Faisal di sebuah sekolah di Yong Peng, Johor, semalam.<\/p>\n<p>Anwar berkata, tindakan tegas mengikut undang-undang perlu diambil sekiranya siasatan mendapati wujud unsur jenayah dalam kejadian itu.<\/p>\n<p>\u201cKeselamatan anak-anak kita adalah tanggungjawab bersama. Kerajaan tidak akan berkompromi dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan mereka sentiasa terpelihara,\u201d katanya menerusi hantaran di Facebook.<\/p>\n<p>Beliau turut menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga dan waris Irene Sofiya serta mendoakan mereka diberikan kekuatan dan ketabahan menghadapi kehilangan berkenaan.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan sama, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek memaklumkan seorang remaja lelaki berusia 16 tahun ditahan dan direman selama enam hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.<\/p>\n<p>Fadhlina berkata, Kementerian Pendidikan (KPM) turut mengarahkan pemeriksaan menyeluruh terhadap aspek keselamatan di sekolah terbabit, termasuk rekod kehadiran pelajar ketika kelas tambahan serta kelulusan dan rondaan syarikat kawalan keselamatan.<\/p>\n<p>\u201cJika terdapat kecuaian atau tanggungjawab yang tidak dilaksanakan sebagaimana sepatutnya, tindakan tegas akan diambil.<\/p>\n<p>\u201cSaya mahu semua perkara yang berada di bawah tanggungjawab Kementerian Pendidikan diperiksa dengan menyeluruh. Jangan sembunyikan apa-apa,\u201d katanya dalam kenyataan di Facebook.<\/p>\n<p>Menurutnya, beliau berada di Yong Peng bagi mendapatkan perkembangan terkini kejadian itu selain memastikan KPM memberikan kerjasama penuh kepada pihak polis.<\/p>\n<p>Fadhlina turut menegaskan pihak kementerian tidak akan mendahului siasatan polis, khususnya berkaitan motif dan punca sebenar kematian mangsa.<\/p>\n<p>Pada masa sama, sokongan kaunseling disediakan kepada warga sekolah yang terkesan susulan kejadian itu. Orang ramai turut diminta tidak membuat spekulasi sehingga siasatan selesai.<\/p>\n<p>Sebelum ini, Irene Sofiya, 16, dilaporkan ditemui meninggal dunia di sebuah sekolah menengah di Yong Peng pada petang semalam.<\/p>\n<p>Mangsa dipercayai tidak pulang ke rumah selepas menghadiri kelas bimbingan sebelum neneknya datang ke sekolah kira-kira jam 5.30 petang dan menemui cucunya.<\/p>\n<p>Siasatan polis kini sedang dijalankan bagi menentukan punca serta kejadian sebenar yang membawa kepada kematian pelajar berkenaan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengarahkan siasatan segera, menyeluruh dan telus dijalankan susulan kematian pelajar Tingkatan Empat, Irene Sofiya Mohd Khairoul Faisal di sebuah sekolah di Yong Peng, Johor, semalam. Anwar berkata, tindakan tegas mengikut undang-undang perlu diambil sekiranya siasatan mendapati wujud unsur jenayah dalam kejadian itu. \u201cKeselamatan anak-anak kita adalah tanggungjawab bersama. Kerajaan tidak akan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":9125,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[13,5146,314,567,43,773,18,974],"authors":[],"class_list":["post-16199","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anwar","tag-irene-sofiya-mohd-khairool-faisal","tag-kes","tag-mati","tag-pdrm","tag-pelajar","tag-pmx","tag-sekolah"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16199","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=16199"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16199\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":16200,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16199\/revisions\/16200"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/9125"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=16199"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=16199"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=16199"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=16199"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}