{"id":16211,"date":"2026-10-04T10:45:50","date_gmt":"2026-10-04T10:45:50","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=16211"},"modified":"2026-10-04T10:45:50","modified_gmt":"2026-10-04T10:45:50","slug":"prn-melaka-amanah-masih-buka-ruang-kerjasama-tunggu-jodoh-politik","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/prn-melaka-amanah-masih-buka-ruang-kerjasama-tunggu-jodoh-politik\/","title":{"rendered":"PRN Melaka: Amanah masih buka ruang kerjasama, tunggu \u2018jodoh\u2019 politik"},"content":{"rendered":"<p>Rundingan kerjasama Pakatan Harapan (PH) dengan mana-mana parti bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka masih terbuka, kata Parti Amanah.<\/p>\n<p>Setiausaha Agung Amanah, Muhammad Faiz Fadzil berkata, parti itu lebih mengutamakan kerjasama dengan rakan yang ikhlas dan mempunyai matlamat sama bagi memastikan kestabilan kerajaan negeri selepas PRN.<\/p>\n<p>Menurutnya, setakat ini belum ada sebarang keputusan muktamad mengenai bentuk kerjasama politik di Melaka dan keputusan akhir akan ditentukan kepimpinan parti.<\/p>\n<p>\u201cPendirian Amanah ialah untuk mencari rakan-rakan yang ikhlas untuk memerintah Melaka ini. Keikhlasan itulah yang akan membentuk satu kestabilan dalam kerajaan.<\/p>\n<p>\u201cSiapa rakan kita itu, biarlah rahsia. Masih terbuka lagi,\u201d katanya selepas menghadiri Program Sesi Libat Urus (SLU) Pengerusi LKIM bersama nelayan kawasan Telok Mas di Pangkalan Nelayan Tinjong Nibong, Telok Mas, hari ini.<\/p>\n<p>Beliau berkata, pandangan semua parti komponen PH termasuk DAP akan diambil kira sebelum sebarang keputusan dibuat dalam mesyuarat Majlis Presiden PH minggu depan.<\/p>\n<p>Katanya, Amanah berpandangan kerjasama dengan parti yang berkongsi matlamat untuk membentuk kerajaan stabil lebih baik berbanding bergerak secara bersendirian.<\/p>\n<p>\u201cPandangan-pandangan itu kita akan ambil kira. Tetapi Amanah berpandangan berpadu dengan rakan sekutu yang mahu mewujudkan sebuah kerajaan yang stabil di Melaka ini lebih baik,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Mengulas sama ada Amanah sudah mengadakan rundingan dengan mana-mana parti, Muhammad Faiz mengakui terdapat komunikasi dengan beberapa pihak, namun enggan mendedahkan identiti parti berkenaan.<\/p>\n<p>Ketika ditanya mengenai BN, beliau berkata hubungan PH dengan parti dalam kerajaan perpaduan di peringkat Persekutuan tidak semestinya menggambarkan bentuk kerjasama pada PRN Melaka.<\/p>\n<p>\u201cDi peringkat nasional, kita adalah kerajaan perpaduan. Kita bersama dengan mereka di peringkat nasional. Sama ada di Melaka ini, bergantung kepada rakan yang ikhlas untuk membentuk kerajaan yang stabil,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Muhammad Faiz turut berseloroh ketika menggambarkan keadaan rundingan politik yang masih belum mencapai kesepakatan.<\/p>\n<p>\u201cKadang-kadang orang yang kita kenal itu mungkin tak ada jodoh. Jadi kita tunggu jodohnya,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau menegaskan Amanah tidak menutup pintu untuk bekerjasama dengan mana-mana parti sekiranya wujud keikhlasan dan komitmen memastikan kestabilan pentadbiran negeri.<\/p>\n<p>\u201cKita sedia bersekutu dengan siapa yang kita fikir ikhlas untuk membentuk kerajaan yang stabil,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Menurutnya, Amanah juga mempunyai rekod mengekalkan kerjasama politik dan tidak mengkhianati rakan dalam pentadbiran negeri sebelum ini.<\/p>\n<p>\u201cKita ini suami yang baik. Saya nak tegaskan, suami yang baik. Suami yang penuh dengan kasih sayang.<\/p>\n<p>\u201cSebab itu kita tidak pernah mengkhianati mana-mana parti. Lihatlah di Perak, lihatlah di Pahang, kita tidak pernah khianat,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Rundingan kerjasama Pakatan Harapan (PH) dengan mana-mana parti bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka masih terbuka, kata Parti Amanah. Setiausaha Agung Amanah, Muhammad Faiz Fadzil berkata, parti itu lebih mengutamakan kerjasama dengan rakan yang ikhlas dan mempunyai matlamat sama bagi memastikan kestabilan kerajaan negeri selepas PRN. Menurutnya, setakat ini belum ada sebarang keputusan muktamad [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3586,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[275,73,378,278,192,727,103,146],"authors":[],"class_list":["post-16211","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-amanah","tag-bersatu","tag-bn","tag-faiz-fadzil","tag-melaka","tag-pakatan-harapan","tag-prn","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16211","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=16211"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16211\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":16212,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16211\/revisions\/16212"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/3586"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=16211"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=16211"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=16211"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=16211"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}