{"id":16214,"date":"2026-10-04T10:48:10","date_gmt":"2026-10-04T10:48:10","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=16214"},"modified":"2026-10-04T10:48:10","modified_gmt":"2026-10-04T10:48:10","slug":"menjelang-prn-melaka-j-kom-perkemas-strategi-komunikasi-tangkis-berita-palsu","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/menjelang-prn-melaka-j-kom-perkemas-strategi-komunikasi-tangkis-berita-palsu\/","title":{"rendered":"Menjelang PRN Melaka, J-Kom perkemas strategi komunikasi tangkis berita palsu"},"content":{"rendered":"<p>Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) sedang memperkemas strategi komunikasi bagi menangkis penyebaran maklumat palsu serta naratif negatif terhadap kerajaan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.<\/p>\n<p>Ketua Pengarah J-Kom, Mohd Hisyamuddin Ghazali berkata, lebih 80 program berkaitan komunikasi dan penerangan sedang dilaksanakan ketika ini bagi memastikan rakyat mendapat maklumat tepat mengenai dasar serta pencapaian kerajaan.<\/p>\n<p>Menurutnya, pendekatan itu penting supaya rakyat dapat menilai maklumat diterima dan membuat pilihan berdasarkan fakta ketika PRN Melaka nanti.<\/p>\n<p>\u201cUntuk PRN Melaka, kita akan cuba sedaya upaya menerangkan mesej yang baik kepada rakyat supaya mereka boleh membuat pilihan yang terbaik.<\/p>\n<p>\u201cMaklumat yang kita sampaikan bukan berunsur fitnah, tetapi fakta yang tepat mengenai kejayaan Malaysia MADANI,\u201d katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Program MADANI Kita (PMK) Bersama Komuniti Perai @Batu Kawan di Dewan Serbaguna Chai Leng Park, hari ini.<\/p>\n<p>Beliau berkata, pelaksanaan program berkenaan turut menjadi platform untuk kerajaan mendekati masyarakat dan mendapatkan maklum balas secara langsung daripada rakyat.<\/p>\n<p>Program PMK Bersama Komuniti Perai @Batu Kawan itu disertai 37 jabatan dan agensi kerajaan yang menyediakan maklumat berkaitan perkhidmatan, bantuan, kemudahan serta pelbagai inisiatif kerajaan di satu lokasi.<\/p>\n<p>Selain pameran dan perkhidmatan agensi, program berkenaan turut menampilkan aktiviti e-sukan, sukan rakyat, senamrobik serta persembahan kebudayaan.<\/p>\n<p>Mengulas lanjut, Mohd Hisyamuddin berkata, PMK bukan program bersifat sekali sahaja, sebaliknya akan diteruskan mengikut keperluan dan maklum balas masyarakat.<\/p>\n<p>Katanya, setiap program turut disertakan tinjauan bagi mengukur penerimaan rakyat terhadap usaha dan dasar kerajaan.<\/p>\n<p>\u201cSetiap kali program, kita buat tinjauan. Kita mahu lihat maklum balas mereka kepada kerajaan, sama ada positif atau negatif.<\/p>\n<p>\u201cKalau negatif, kita perlu baiki dan perkemaskan apa yang perlu. Kita juga akan buat susulan melalui program-program seterusnya,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau berkata, pegawai J-Kom di peringkat lapangan turut digalakkan untuk terus turun bertemu rakyat bagi memahami isu sebenar yang dihadapi masyarakat.<\/p>\n<p>Langkah itu dilihat penting menjelang PRN Melaka bagi memastikan ruang maklumat awam tidak didominasi berita palsu, fitnah atau naratif mengelirukan yang boleh mempengaruhi persepsi pengundi.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) sedang memperkemas strategi komunikasi bagi menangkis penyebaran maklumat palsu serta naratif negatif terhadap kerajaan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Ketua Pengarah J-Kom, Mohd Hisyamuddin Ghazali berkata, lebih 80 program berkaitan komunikasi dan penerangan sedang dilaksanakan ketika ini bagi memastikan rakyat mendapat maklumat tepat mengenai dasar serta pencapaian kerajaan. Menurutnya, pendekatan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":4510,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[1545,91,184,16,192,4131,103],"authors":[],"class_list":["post-16214","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-berita-palsu","tag-j-kom","tag-komunikasi","tag-mcmc","tag-melaka","tag-mohd-hisyamuddin-ghazali","tag-prn"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16214","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=16214"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16214\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":16215,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16214\/revisions\/16215"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/4510"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=16214"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=16214"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=16214"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=16214"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}