{"id":16218,"date":"2026-10-04T13:04:08","date_gmt":"2026-10-04T13:04:08","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=16218"},"modified":"2026-10-04T13:04:08","modified_gmt":"2026-10-04T13:04:08","slug":"bn-masih-runding-keputusan-kerjasama-tunggu-selepas-mesyuarat-spr-zahid","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/bn-masih-runding-keputusan-kerjasama-tunggu-selepas-mesyuarat-spr-zahid\/","title":{"rendered":"BN masih runding, keputusan kerjasama tunggu selepas mesyuarat SPR: Zahid"},"content":{"rendered":"<p>Barisan Nasional (BN) hanya akan mengumumkan bentuk kerjasama politik bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan mesyuarat khas pada 7 Oktober ini.<\/p>\n<p>Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi berkata, rundingan dengan parti-parti berkaitan kini berada pada tahap hampir muktamad, namun keputusan akhir hanya akan dibuat selepas SPR menetapkan tarikh penting PRN Melaka.<\/p>\n<p>Menurutnya, rundingan dengan pihak yang berpotensi menjadi rakan kerjasama kini mencapai tahap 9.5 daripada skala 10.<\/p>\n<p>\u201cPerbincangan 9.5. Kami berbincang dengan kedua-duanya dan akan menunggu keputusan pengumuman SPR pada 7 Oktober.<\/p>\n<p>\u201cSelepas itu akan ada pengumuman dengan gabungan mana kita akan bekerjasama atau jalinan kesefahaman untuk bergerak pada PRN Melaka,\u201d katanya selepas menghadiri Majlis Perasmian Wacana Semarak Patriotisme: Seminar Ilmuwan Islam di Dewan Canselor, Universiti Teknologi MARA (UiTM), hari ini.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan sama, Ahmad Zahid berkata BN terbuka terhadap sebarang keputusan PAS berkaitan penggunaan logo pada PRN Melaka.<\/p>\n<p>Katanya, BN tidak mempunyai masalah sekiranya PAS memilih untuk menggunakan logo sendiri, seperti dilakukan parti itu pada PRN Johor dan Negeri Sembilan sebelum ini.<\/p>\n<p>\u201cKami tidak ada masalah kalau mereka mahu menggunakan logo yang akan mereka kemukakan. Itu soal parti mereka.<\/p>\n<p>\u201cTentunya BN dan rakan-rakan dalam gabungan akan tetap menggunakan logo kami,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Ahmad Zahid turut menegaskan BN terbuka untuk meneruskan rundingan dengan Pakatan Harapan (PH), sekali gus memberi gambaran kerjasama antara kedua-dua blok politik masih menjadi antara pilihan yang sedang dipertimbangkan.<\/p>\n<p>\u201cKami sangat terbuka,\u201d katanya ringkas.<\/p>\n<p>PRN Melaka menjadi perhatian selepas perkembangan berkaitan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka membuka laluan kepada pilihan raya negeri berkenaan.<\/p>\n<p>SPR dijadual mengadakan mesyuarat pada 7 Oktober bagi menentukan perjalanan PRN Melaka, termasuk tarikh penting pilihan raya.<\/p>\n<p>Sebanyak 28 kerusi DUN akan dipertandingkan, menjadikan rundingan pembahagian kerusi dan bentuk kerjasama antara parti antara perkara utama yang kini diperhatikan.<\/p>\n<p>Keputusan BN untuk menunggu pengumuman SPR sebelum memuktamadkan kerjasama juga dijangka menentukan hala tuju persaingan politik Melaka, khususnya melibatkan BN, PH dan PAS.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Barisan Nasional (BN) hanya akan mengumumkan bentuk kerjasama politik bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan mesyuarat khas pada 7 Oktober ini. Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi berkata, rundingan dengan parti-parti berkaitan kini berada pada tahap hampir muktamad, namun keputusan akhir hanya akan dibuat selepas SPR menetapkan tarikh penting [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":822,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[147,824,192,126,103,758,146],"authors":[],"class_list":["post-16218","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-ahmad-zahid-hamidi","tag-kerjasama","tag-melaka","tag-pas","tag-prn","tag-rundingan","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16218","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=16218"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16218\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":16219,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16218\/revisions\/16219"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/822"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=16218"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=16218"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=16218"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=16218"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}