{"id":16223,"date":"2026-10-04T13:12:05","date_gmt":"2026-10-04T13:12:05","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=16223"},"modified":"2026-10-04T13:12:05","modified_gmt":"2026-10-04T13:12:05","slug":"loke-kekal-pendirian-berundur-selepas-najib-pulang-ke-rumah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/loke-kekal-pendirian-berundur-selepas-najib-pulang-ke-rumah\/","title":{"rendered":"Loke kekal pendirian berundur selepas Najib pulang ke rumah"},"content":{"rendered":"<p>Anthony Loke menegaskan beliau tetap akan meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan sebaik sahaja Najib Razak pulang ke rumah selepas menyelesaikan bayaran denda RM50 juta.<\/p>\n<p>Setiausaha Agung DAP itu berkata, tarikh peletakan jawatannya sudah dipersetujui Perdana Menteri Anwar Ibrahim ketika beliau menyerahkan surat peletakan jawatan pada 28 September lalu.<\/p>\n<p>Menurut Loke, keputusan itu dibuat atas pendirian peribadi dan bukan sekadar tindakan politik seperti didakwa sesetengah pihak.<\/p>\n<p>\u201cSudah tentu ada pihak mendakwa ini sekadar lakonan, tindakan politik dan sebagainya. Tetapi saya tetap berpegang pada pendirian ini. Sebaik sahaja beliau (Najib) pulang ke rumah, saya mesti berundur.<\/p>\n<p>\u201cSaya tidak akan berdolak-dalik. Beliau pulang, saya pergi,\u201d katanya dalam wawancara The Straits Times.<\/p>\n<p>Pada 19 September lalu, Loke mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan susulan keputusan DAP mengadakan mesyuarat tergempar Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) berhubung pengampunan bersyarat terhadap Najib.<\/p>\n<p>Najib sebelum ini dibenarkan menjalani baki hukuman penjara secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028, tertakluk kepada syarat membayar denda RM50 juta susulan sabitan kes SRC International.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, keputusan Loke menjadikan bayaran denda RM50 juta sebagai syarat kepada peletakan jawatan berkuat kuasa mengundang pelbagai reaksi dan kritikan.<\/p>\n<p>Dalam wawancara sama, Loke turut mengakui sokongan kuat pengundi Cina terhadap DAP masih belum mencukupi untuk membolehkan parti itu membentuk Kerajaan Persekutuan secara bersendirian.<\/p>\n<p>Beliau berkata DAP perlu terus bekerjasama dengan parti lain, selain mengambil kira perubahan landskap politik negara selepas PRU16.<\/p>\n<p>\u201cKami tahu situasi ini kadang-kadang menyulitkan, namun itulah hakikat politik Malaysia. DAP tidak boleh membentuk kerajaan secara bersendirian tanpa kerjasama dengan parti lain.<\/p>\n<p>\u201cSaya tidak menutup pintu kepada sesiapa. Politik kini perlu bersifat anjal, tetapi bukan tanpa prinsip atau prasyarat,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Loke turut menegaskan kerjasama politik boleh berubah mengikut keadaan, termasuk pengalaman DAP bekerjasama dengan UMNO selepas pilihan raya umum lalu bagi membentuk kerajaan pimpinan Anwar.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan berkaitan politik Melayu, beliau berpandangan naratif penyatuan Melayu yang dibawa UMNO dan PAS berdepan cabaran untuk dikekalkan berdasarkan perkembangan politik semasa.<\/p>\n<p>Menurutnya, kekalahan di Negeri Sembilan memberikan pengajaran mengenai dinamika kerjasama politik antara UMNO dan PAS.<\/p>\n<p>\u201cMomentum penyatuan Melayu tidak semestinya dapat dipertahankan dari segi trend pilihan raya,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Perkembangan itu memperlihatkan kedudukan DAP dalam Kerajaan Perpaduan terus berkait rapat dengan perubahan landskap politik negara, termasuk kemungkinan pembentukan kerjasama baharu selepas PRU-16.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Anthony Loke menegaskan beliau tetap akan meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan sebaik sahaja Najib Razak pulang ke rumah selepas menyelesaikan bayaran denda RM50 juta. Setiausaha Agung DAP itu berkata, tarikh peletakan jawatannya sudah dipersetujui Perdana Menteri Anwar Ibrahim ketika beliau menyerahkan surat peletakan jawatan pada 28 September lalu. Menurut Loke, keputusan itu dibuat atas pendirian [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":2740,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[508,63,114,121,1828,122,865],"authors":[],"class_list":["post-16223","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-anthony-loke","tag-dap","tag-letak-jawatan","tag-najib","tag-pengangkutan","tag-penjara","tag-tahanan-rumah"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16223","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=16223"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16223\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":16224,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16223\/revisions\/16224"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/2740"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=16223"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=16223"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=16223"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=16223"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}