{"id":16229,"date":"2026-10-05T06:14:58","date_gmt":"2026-10-05T06:14:58","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=16229"},"modified":"2026-10-05T06:14:58","modified_gmt":"2026-10-05T06:14:58","slug":"kes-irene-sofiya-fadhlina-minta-hentikan-spekulasi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/kes-irene-sofiya-fadhlina-minta-hentikan-spekulasi\/","title":{"rendered":"Kes Irene Sofiya: Fadhlina minta hentikan spekulasi"},"content":{"rendered":"<p>Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek menafikan dakwaan tular di media sosial kononnya pelajar Tingkatan Empat, Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, diseret dari surau ke dewan sekolah sebelum ditemukan maut di Yong Peng, Johor.<\/p>\n<p>Fadhlina turut menafikan dakwaan terdapat cermin pecah di surau yang dikaitkan dengan kejadian itu.<\/p>\n<p>Menurutnya, penyebaran dakwaan tidak benar hanya akan menambah kesedihan keluarga mangsa, selain boleh menjejaskan proses siasatan membabitkan suspek yang juga masih bawah umur.<\/p>\n<p>\u201cAda dakwaan mengatakan mangsa diseret dari surau ke dewan tempat kejadian serta dakwaan cermin pecah di surau, ini semua tidak benar. Jangan kita menambah luka dengan spekulasi.<\/p>\n<p>\u201cSaya minta semua pihak berhati-hati sebelum berkongsi sesuatu. Kita sedang bercakap mengenai seorang anak yang sudah meninggal dunia, sebuah keluarga yang sedang berduka dan beberapa orang murid bawah umur yang sedang melalui proses siasatan,\u201d katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.<\/p>\n<p>Fadhlina pada masa sama menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Irene Sofiya dan menegaskan Kementerian Pendidikan (KPM) menyerahkan sepenuhnya siasatan kes kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).<\/p>\n<p>Beliau berkata, sekolah berkenaan mempunyai kemudahan kamera litar tertutup (CCTV), namun kamera tidak dipasang di lokasi kejadian.<\/p>\n<p>Susulan itu, KPM sedang menyemak aspek keselamatan sekolah termasuk rekod rondaan serta pelaksanaan tugas syarikat kawalan keselamatan pada hari kejadian bagi memastikan tiada pelanggaran prosedur operasi standard (SOP).<\/p>\n<p>\u201cSekolah itu ada CCTV, cuma CCTV itu tidak dipasang di tempat kejadian jenayah itu berlaku.<\/p>\n<p>\u201cSebab itu saya katakan, mana-mana sekolah yang sudah mempunyai CCTV tetapi tidak berfungsi atau rosak, sila maklumkan kepada kita untuk ditambah baik fungsinya supaya dapat merakam kejadian di sekolah,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Fadhlina turut menegaskan tindakan boleh dikenakan terhadap syarikat kawalan keselamatan sekiranya siasatan mendapati berlaku pelanggaran syarat kontrak, termasuk tindakan kewangan atau penamatan kontrak.<\/p>\n<p>Dalam sidang media yang berlangsung dalam suasana penuh emosi itu, Fadhlina beberapa kali dilihat menahan sebak ketika bercakap mengenai keselamatan pelajar.<\/p>\n<p>\u201cSaya bercakap bukan sahaja sebagai menteri, tetapi sebagai seorang ibu. Anak-anak saya melalui sistem persekolahan dan pendidikan yang sama. Anak-anak saya semua sekolah kerajaan.<\/p>\n<p>\u201cSaya juga pernah menghantar anak ke sekolah dan menyerahkan mereka kepada guru serta pihak sekolah seperti ibu bapa yang lain,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Fadhlina turut menjelaskan setiap kes berkaitan sekolah tetap melalui proses siasatan dan tindakan mengikut bidang kuasa masing-masing walaupun tidak lagi mendapat perhatian media.<\/p>\n<p>\u201cKes tidak terhenti hanya kerana ia tidak lagi menjadi tajuk berita atau perbualan di media sosial. Siasatan, tindakan tatatertib, proses undang-undang dan intervensi berkaitan terus berjalan mengikut bidang kuasa masing-masing,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Irene Sofiya, 16, ditemukan tidak sedarkan diri dan berlumuran darah di dewan sekolah pada kira-kira 5.50 petang.<\/p>\n<p>Ketua Polis Johor, Ab Rahaman Arsad berkata mangsa mengalami beberapa kecederaan pada bahagian kepala dan badan sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.<\/p>\n<p>Polis kemudian menahan seorang remaja lelaki berusia 16 tahun di sekitar Yong Peng kira-kira 7 malam pada hari sama.<\/p>\n<p>Suspek direman selama enam hari sehingga 9 Oktober bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.<\/p>\n<p>Kes itu kini menjadi perhatian susulan usia mangsa dan suspek, selain persoalan berkaitan aspek keselamatan di sekolah serta penyebaran maklumat tidak sahih di media sosial.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek menafikan dakwaan tular di media sosial kononnya pelajar Tingkatan Empat, Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, diseret dari surau ke dewan sekolah sebelum ditemukan maut di Yong Peng, Johor. Fadhlina turut menafikan dakwaan terdapat cermin pecah di surau yang dikaitkan dengan kejadian itu. Menurutnya, penyebaran dakwaan tidak benar hanya akan menambah kesedihan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":16230,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[134,5154,630,1239,5147],"authors":[],"class_list":["post-16229","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-fadhlina-sidek","tag-irene-sofiya","tag-johor","tag-menteri-pendidikan","tag-yong-peng"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16229","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=16229"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16229\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":16231,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16229\/revisions\/16231"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/16230"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=16229"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=16229"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=16229"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=16229"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}