{"id":1624,"date":"2025-07-19T17:32:04","date_gmt":"2025-07-19T17:32:04","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=1624"},"modified":"2025-07-19T17:32:04","modified_gmt":"2025-07-19T17:32:04","slug":"rafizi-dibidas-bekas-pembantu-muhyiddin-kerana-menipu-dalam-isu-rundingan-pn-bn","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/rafizi-dibidas-bekas-pembantu-muhyiddin-kerana-menipu-dalam-isu-rundingan-pn-bn\/","title":{"rendered":"Rafizi dibidas bekas pembantu Muhyiddin kerana menipu\u2019 dalam isu rundingan PN-BN"},"content":{"rendered":"<p>Tindakan Rafizi Ramli yang memutar-belit fakta dalam isu rundingan sebelum ini antara Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) dibidas bekas Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri Malaysia ke-8, Marzuki Mohamad.<\/p>\n<p>Bekas pembantu Muhyiddin Yassin itu berkata Rafizi tidak mengetahui fakta yang sebenar dengan membuat tuduhan tidak berasas kononnya UMNO dipandang rendah semasa rundingan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu.<\/p>\n<p>\u201cSaya bukan setakat ada kaki dalam rundingan tersebut malah seluruh tubuh badan saya berada di situ dari awal rundingan hingga ke akhirnya,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Marzuki menjelaskan rundingan berlaku dalam suasana yang muhibbah dan tidak pernah sekali pun Muhyiddin memperkecilkan UMNO seperti didakwa bekas timbalan presiden PKR itu.<\/p>\n<p>Ujarnya lagi, semasa rundingan berjalan mestilah ada tawaran dan rombongan Ahli Parlimen BN datang dengan tawaran memberikan sokongan secara en-bloc kepadai Muhyiddin sebagai Perdana Menteri, katanya.<\/p>\n<p>\u201cSebagai balasan, PN menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada BN, jawatan Kabinet mengikut komposisi kerusi Parlimen yang dimenangi dan beberapa perkara lain.<\/p>\n<p>\u201cSiapa Timbalan Perdana Menteri dari BN tidak ditentukan. Ia mestilah dirunding antara Perdana Menteri dan pimpinan BN,\u201d katanya dalam kenyataan malam tadi.<\/p>\n<p>Marzuki juga turut memuat naik dokumen semasa perbincangan PN dengan BN.<\/p>\n<p>Di akhir rundingan, menurut Marzuki, delegasi BN yang diketuai Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohammad Hassan meminta supaya tawaran-tawaran tersebut dibuat secara bertulis untuk dibentangkan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada sebelah malamnya.<\/p>\n<p>\u201cPada ketika itu saya fikir tidak ada sebab untuk UMNO menolak tawaran-tawaran dengan terma-terma yang munasabah yang telah dibincangkan serta dipersetujui secara dasarnya dalam rundingan. Cuma ia perlu dibawa ke MT UMNO untuk pengesahan.<\/p>\n<p>\u201cSaya tidak pasti sama ada kandungan surat tersebut dibincangkan atau tidak di dalam mesyuarat MT UMNO pada malam 23 November 2022,\u201d katanya lagi.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, Marzuki agak terkejut pada keesokkan harinya apabila Setiausaha Agung UMNO ketika itu mengeluarkan kenyataan yang menyatakan MT parti itu telah memutuskan untuk menolak kerjasama dengan PN.<\/p>\n<p>Sebaliknya UMNO memilih untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH), katanya lagi.<\/p>\n<p>Terdahulu, Rafizi dalam satu podcast mendakwa PN tidak mengemukakan apa-apa tawaran kepada BN dalam rundingan pembentukan kerajaan selepas PRU-15.<\/p>\n<p>Malah bekas menteri PKR itu mendakwa Muhyiddin memandang rendah kepada UMNO.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Tindakan Rafizi Ramli yang memutar-belit fakta dalam isu rundingan sebelum ini antara Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) dibidas bekas Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri Malaysia ke-8, Marzuki Mohamad. Bekas pembantu Muhyiddin Yassin itu berkata Rafizi tidak mengetahui fakta yang sebenar dengan membuat tuduhan tidak berasas kononnya UMNO dipandang rendah semasa rundingan selepas Pilihan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1625,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[378,949,71,951,950,8,758],"authors":[],"class_list":["post-1624","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-bn","tag-marzuki-mohamad","tag-muhyiddin","tag-pn","tag-pru-15","tag-rafizi","tag-rundingan"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/1624","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=1624"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/1624\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":1626,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/1624\/revisions\/1626"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1625"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=1624"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=1624"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=1624"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=1624"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}