{"id":16247,"date":"2026-10-05T07:29:30","date_gmt":"2026-10-05T07:29:30","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=16247"},"modified":"2026-10-05T07:29:30","modified_gmt":"2026-10-05T07:29:30","slug":"myeg-digantung-rm314-juta-hasil-kerajaan-masih-tertunggak","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/myeg-digantung-rm314-juta-hasil-kerajaan-masih-tertunggak\/","title":{"rendered":"MYEG digantung, RM314 juta hasil kerajaan masih tertunggak"},"content":{"rendered":"<p>Perkhidmatan pembayaran melalui MyEG Sdn Bhd dan Zetrix AI Bhd digantung selepas Kumpulan MYEG gagal memindahkan RM314 juta kutipan hasil kepada kerajaan bagi tempoh 19 Mei hingga 30 September lalu.<\/p>\n<p>Menteri Pengangkutan Anthony Loke, berkata tindakan itu diambil selepas syarikat berkenaan gagal menyelesaikan tunggakan meskipun 35 notis peringatan sudah dikeluarkan selain beberapa sesi libat urus diadakan sejak Mei lalu.<\/p>\n<p>Menurutnya, MYEG turut menyerahkan cek bernilai RM231 juta bertarikh 30 September, namun bayaran itu tidak dapat diproses pihak bank susulan arahan daripada syarikat berkenaan.<\/p>\n<p>\u201cJusteru, Kementerian Pengangkutan dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) terpaksa mengambil langkah drastik menggantung perkhidmatan pembayaran menggunakan saluran MYEG dan Zetrix AI bermula 5 Oktober,\u201d katanya pada sidang media hari ini.<\/p>\n<p>Loke turut menafikan laporan media mendakwa tunggakan bayaran MYEG sudah berlaku sejak tiga tahun lalu.<\/p>\n<p>Katanya, sebelum Mei lalu memang terdapat tunggakan dari semasa ke semasa, namun ia diselesaikan selepas syarikat menerima notis peringatan daripada kerajaan.<\/p>\n<p>\u201cTetapi tunggakan sebanyak RM314 juta adalah sejak Mei tahun ini, iaitu beberapa bulan lepas dan bukannya tiga tahun,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau berkata perkhidmatan MYEG sebagai ejen pemungut hasil kerajaan akan kekal digantung sehingga tunggakan berkenaan diselesaikan.<\/p>\n<p>Pada masa sama, kerajaan sedang mempertimbangkan tindakan perundangan terhadap syarikat terbabit dengan perkara itu akan dirujuk kepada Kementerian Kewangan dan agensi pusat berkaitan.<\/p>\n<p>\u201cKerajaan memandang serius sebarang ketidakpatuhan dalam pengurusan dan pemindahan hasil awam serta tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang gagal memenuhi tanggungjawab berkaitan wang kerajaan.<\/p>\n<p>\u201cPerkara ini bukan sahaja melibatkan kewajipan kontrak, malah menyalahi undang-undang kerana mereka mengutip wang itu bagi pihak kerajaan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Loke turut menegaskan tindakan terhadap MYEG tidak mempunyai kaitan dengan faktor pemilikan syarikat atau hubungan dengan mana-mana parti politik.<\/p>\n<p>\u201cSaya memperlakukan semua syarikat, setiap ejen sebagai sama. Soal ia berkaitan dengan parti mana, itu bukan pertimbangan kami.<\/p>\n<p>\u201cFaktanya ialah ada tunggakan yang sepatutnya menjadi obligasi kepada kerajaan tidak dipenuhi dan tindakan perlu diambil,\u201d katanya.<\/p>\n<p>MYEG dilantik sebagai ejen pemungut JPJ sejak 2000 bagi beberapa perkhidmatan termasuk pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM), pertukaran hak milik kenderaan, Lesen Memandu Malaysia (LMM) serta pembayaran saman secara elektronik.<\/p>\n<p>Sebagai ejen pemungut, syarikat bertanggungjawab memindahkan kutipan hasil kerajaan setiap hari mengikut ketetapan, iaitu dalam tempoh satu hari bekerja selepas transaksi dibuat.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Perkhidmatan pembayaran melalui MyEG Sdn Bhd dan Zetrix AI Bhd digantung selepas Kumpulan MYEG gagal memindahkan RM314 juta kutipan hasil kepada kerajaan bagi tempoh 19 Mei hingga 30 September lalu. Menteri Pengangkutan Anthony Loke, berkata tindakan itu diambil selepas syarikat berkenaan gagal menyelesaikan tunggakan meskipun 35 notis peringatan sudah dikeluarkan selain beberapa sesi libat urus [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":16157,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[508,286,53,1826,5158,157,5159],"authors":[],"class_list":["post-16247","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anthony-loke","tag-hasil","tag-jpj","tag-menteri-pengangkutan","tag-myeg-sdn-bhd","tag-tunggakan","tag-zetrix-ai-bhd"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16247","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=16247"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16247\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":16248,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16247\/revisions\/16248"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/16157"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=16247"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=16247"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=16247"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=16247"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}