{"id":16255,"date":"2026-10-05T10:33:08","date_gmt":"2026-10-05T10:33:08","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=16255"},"modified":"2026-10-05T10:33:08","modified_gmt":"2026-10-05T10:33:08","slug":"muhyiddin-gesa-siasatan-telus-tragedi-irene-sofiya","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/muhyiddin-gesa-siasatan-telus-tragedi-irene-sofiya\/","title":{"rendered":"Muhyiddin gesa siasatan telus tragedi Irene Sofiya"},"content":{"rendered":"<p>Ahli Parlimen Pagoh, Muhyiddin Yassin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, 16, yang meninggal dunia dalam kejadian tragis di sebuah sekolah di Yong Peng, Johor.<\/p>\n<p>Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu menyifatkan pemergian pelajar berkenaan pada usia muda sebagai satu kehilangan besar kepada keluarganya dan berharap mereka diberikan kekuatan menghadapi dugaan itu.<\/p>\n<p>\u201cSaya amat dukacita dengan berita pemergian Allahyarhamah Irene Sofiya, 16, dalam kejadian tragis di sebuah sekolah di Yong Peng.<\/p>\n<p>\u201cSaya merakamkan ucapan takziah yang sedalam-dalamnya kepada seluruh keluarga Allahyarhamah. Kehilangan seorang anak pada usia yang begitu muda merupakan ujian yang amat berat,\u201d katanya dalam kenyataan.<\/p>\n<p>Pada masa sama, Muhyiddin menggesa pihak berkuasa menjalankan siasatan secara menyeluruh, telus dan segera bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.<\/p>\n<p>Katanya, sekiranya siasatan mendapati wujud unsur jenayah atau kecuaian, tindakan sewajarnya perlu diambil mengikut undang-undang tanpa mengira pihak yang terbabit.<\/p>\n<p>Beliau turut meminta Kementerian Pendidikan mengambil langkah pencegahan segera dan tidak hanya menunggu sehingga siasatan selesai.<\/p>\n<p>Menurutnya, sebarang kelemahan berkaitan keselamatan, pemantauan, disiplin serta pengurusan kes buli dan keganasan di sekolah perlu dikenal pasti dan diperbaiki.<\/p>\n<p>Muhyiddin turut mencadangkan audit menyeluruh terhadap sistem keselamatan dan mekanisme pencegahan buli di semua sekolah, termasuk menilai keberkesanan saluran aduan serta tindakan susulan terhadap laporan yang diterima.<\/p>\n<p>\u201cSebarang tanda buli, ugutan, gangguan atau ancaman terhadap keselamatan pelajar mesti dipandang serius dan ditangani sebelum keadaan menjadi lebih buruk,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau dalam masa sama mengingatkan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan, selain menghormati keluarga mangsa dan proses siasatan.<\/p>\n<p>Muhyiddin menegaskan pemergian Irene Sofiya tidak seharusnya berakhir dengan ucapan takziah semata-mata, sebaliknya perlu menjadi peringatan untuk memperkukuh keselamatan pelajar di sekolah.<\/p>\n<p>\u201cKita mesti memastikan tragedi seperti ini tidak berulang dan setiap anak yang melangkah ke sekolah dapat belajar dalam suasana yang selamat serta pulang ke pangkuan keluarga mereka dengan selamat,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut mendoakan agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Ahli Parlimen Pagoh, Muhyiddin Yassin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, 16, yang meninggal dunia dalam kejadian tragis di sebuah sekolah di Yong Peng, Johor. Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu menyifatkan pemergian pelajar berkenaan pada usia muda sebagai satu kehilangan besar kepada keluarganya dan berharap mereka diberikan kekuatan menghadapi dugaan itu. [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":2168,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[1221,5146,630,1590,1031,773,5147],"authors":[],"class_list":["post-16255","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-buli","tag-irene-sofiya-mohd-khairool-faisal","tag-johor","tag-muhyiddin-yassin","tag-pagoh","tag-pelajar","tag-yong-peng"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16255","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=16255"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16255\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":16256,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16255\/revisions\/16256"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/2168"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=16255"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=16255"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=16255"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=16255"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}