{"id":16258,"date":"2026-10-05T10:40:56","date_gmt":"2026-10-05T10:40:56","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=16258"},"modified":"2026-10-05T10:40:56","modified_gmt":"2026-10-05T10:40:56","slug":"subsidi-kerajaan-turun-40-peratus-bantuan-untuk-rakyat-melonjak","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/subsidi-kerajaan-turun-40-peratus-bantuan-untuk-rakyat-melonjak\/","title":{"rendered":"Subsidi kerajaan turun 40 peratus, bantuan untuk rakyat melonjak"},"content":{"rendered":"<p>Perbelanjaan subsidi kerajaan pada 2025 turun 40.1 peratus kepada RM23.43 bilion berbanding RM39.10 bilion pada 2024, susulan penurunan harga minyak mentah dunia dan pelaksanaan penyasaran semula subsidi diesel serta petrol.<\/p>\n<p>Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2\/2026 mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan Tahun 2025, penurunan itu bersamaan RM15.67 bilion, dengan pengurangan terbesar direkodkan dalam perbelanjaan subsidi produk petroleum.<\/p>\n<p>Perbelanjaan subsidi produk petroleum susut RM15.79 bilion kepada RM19.11 bilion pada 2025 berbanding RM34.91 bilion pada tahun sebelumnya.<\/p>\n<p>\u201cPengurangan perbelanjaan subsidi antaranya disebabkan oleh penurunan harga minyak mentah dunia dan inisiatif penyasaran semula subsidi diesel bermula Jun 2024 serta subsidi petrol pada September 2025,\u201d menurut laporan berkenaan.<\/p>\n<p>Laporan itu turut merekodkan harga purata minyak mentah dunia menurun kepada AS$69.053 setong pada 2025 daripada AS$80.818 setong pada 2024.<\/p>\n<p>Mengikut pecahan, perbelanjaan subsidi petrol berkurangan 46.5 peratus kepada RM10.51 bilion daripada RM19.66 bilion, manakala subsidi diesel susut 48.2 peratus kepada RM5.98 bilion daripada RM11.54 bilion.<\/p>\n<p>Subsidi gas petroleum cecair (LPG) turut menurun 29.1 peratus kepada RM2.63 bilion berbanding RM3.71 bilion pada 2024.<\/p>\n<p>Namun, pengurangan perbelanjaan subsidi turut disusuli peningkatan ketara peruntukan bagi kebajikan dan bantuan kepada rakyat.<\/p>\n<p>Perbelanjaan bagi pemberian kebajikan serta bantuan kepada masyarakat, individu dan keluarga melonjak 380.8 peratus kepada RM20.36 bilion pada 2025 berbanding hanya RM4.24 bilion pada 2024.<\/p>\n<p>\u201cPeningkatan perbelanjaan ini antaranya disebabkan oleh penyaluran Sumbangan Asas Rahmah (SARA), Sumbangan Tunai Rahmah (STR), Program Bantuan Subsidi MADANI (BUDI MADANI) dan kos operasi STR,\u201d menurut laporan itu.<\/p>\n<p>Perubahan tersebut mencerminkan peralihan pendekatan kerajaan daripada pemberian subsidi secara menyeluruh kepada bantuan yang lebih disasarkan kepada golongan yang memerlukan.<\/p>\n<p>Penyasaran subsidi diesel mula dilaksanakan pada Jun 2024, manakala penyasaran subsidi petrol dilaksanakan pada September 2025 sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan mengurangkan ketirisan serta mengurus kedudukan kewangan negara.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Perbelanjaan subsidi kerajaan pada 2025 turun 40.1 peratus kepada RM23.43 bilion berbanding RM39.10 bilion pada 2024, susulan penurunan harga minyak mentah dunia dan pelaksanaan penyasaran semula subsidi diesel serta petrol. Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2\/2026 mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan Tahun 2025, penurunan itu bersamaan RM15.67 bilion, dengan pengurangan terbesar direkodkan dalam perbelanjaan subsidi [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1759,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[944,1948,5162,76,5161,296],"authors":[],"class_list":["post-16258","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-bantuan","tag-ketua-audit","tag-penyata-kewangan-kerajaan-persekutuan","tag-petrol","tag-rakkyat","tag-subsidi"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16258","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=16258"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16258\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":16259,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/16258\/revisions\/16259"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1759"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=16258"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=16258"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=16258"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=16258"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}